Pomander Orange Clove Ball Kering
Hampir sebulan dah bereksperimen dengan pomander orange-clove ball yang dijadikan sebagai pewangi semulajadi dalam rumah. Jujur cakap, bau dia memang best bermula dengan process cucuk clove (bunga cengkih) pada buah orange sampailah beberapa hari. Bau tu memang ada lah. Tapi selepas tu bau dia berkurang hari demi hari. Tapi apa yang Fiza baca daripada cariaan google, bau dia akan jadi lagi best bila kering.
Yang kecewanya bila pomander orange-clove lansung tak keluar bau yang kuat dah. Bau tu ada kalau dihidu dekat-dekat. Untuk secara menyuluruh satu bilik tu memang tak berbau kuatlah. Fiza rasa lah pomander ball ni sesuai untuk musim sejuk kot atau kena letak di ruang yang tidak besar atau perlu penuhkan orange dengan clove yang banyak atau mungkin juga perlu gunakan orange yang tertentu yang lebih sesuai untuk menghasilkan bau yang lebih kuat atau perlu buat banyak
Ermm..banyak juga kebarangkalian nak mengkaji. Tapi tak apalah, yang penting dah cuba dan menikmati bau pomander orange-clove yang sedap tu. Sangat sesuailah dijadikan pewangi semulajadi dalam rumah. Cuma bau dia tak tersebar luas dan tak kuat sangat. Entah mana silapnya pun tak tahu lah. Tapi bau dia serious sedap (untuk deria bau Fiza) dan sesuai dijadikan sebagai aromateraphy untuk membangkitkan mood yang positif dan happy
Ada yang dah pernah cuba tak? Atau ada tips yang berguna untuk buat pomander orange-clove ball ni berbau kuat sikit untuk sesebuah ruang. Tapi kalau dah jenis berbau kuat bila musim sejuk je, tak dapatlah nak membuatnya kan. Bye bye lah jawabnya. Nampaknya kena juga sentiasa gunakan essentials oil setiap hari sebagai aromateraphy.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/11/pomander-orange-clove-ball-kering.html