Tips Pelembab Muka Baik Untuk Kulit Berminyak Kering Kombinasi Hansaegee Nature


Hai semua. Tinggal beberapa bulan untuk kita berlabuh tirai 2019. Aku harap, lagi dua bulan mendatang sentiasa bahagia dan diberkati walaupun cuaca tidak menentu berubah, dengan iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Lama betul tak bersiaran, kekangan masa untuk FYP. Ohhemjii seteress kau. Hahaha
CARA MEMILIH PELEMBAB MUKA TERBAIK DENGAN KESUAIAN KULIT MUKAAku pasti semua orang melakukan rutin cucian muka menggunakan pencuci muka buih setiap hari. Iyalah seharian kulit muka dah terdedah dengan kotoran daripada persekitaran di sekeliling, mestilah kita nak bersihkan muka ni daripada kotoran. Apa yang aku nak tekan kan kat sini adalah memakai moisturizer atau pelembab muka. Ramai orang mengabaikan pemakaian pelembab muka setiap hari. Walhal rutin ini dalah salah satu rutin yang penting untuk kulit muka yang sihat. Nak dapatkan kulit yang cantik, basic step penjagaan muka mesti strong, janganlah malas... 

Bila Perlu Pakai Pelembab Kulit? Pelembab perlu di pakai sebaik sahaja anda mengeringkan kulit anda selepas mandi. Keadaan kulit yang masih lembab akan memudahkan pelembab untuk menembusi permukaan kulit dengan lebih berkesan.Selepas anda selesai membersihkan wajah anda dengan pembersih muka, anda perlu segera menggunakan pelembap yang sesuai. Ini kerana jika anda membiarkan muka anda terdedah terlalu lama tanpa pelembab, kelembapan semulajadi pada kulit anda akan tersejat bersama dengan udara sekeliling.Anda juga boleh menggunakan pelembab sebelum mengaplikasikan makeup dengan menjadikannya sebagai makeup base anda. Ini akan menjadikan makeup anda lebih tahan lama.
Pelembab Manakah Yang Boleh Digunakan?

Kalau korag pergi ke farmasi atau online store, korang boleh lihat sendiri pelbagai jenis pelembab yang ada dari pelbagai brand. Tetapi kita harus tahu tidak semua pelembab yang ada di pasaran sesuai dengan kulit kita. Adalah penting untuk mengetahui pelembab yang sesuai dengan muka anda, ianya bergantung kepada banyak faktor termasuklah jenis kulit, umur, masalah kulit seperti jerawat,ekzema dan sebagainya. 
Kulit Biasa: Kulit jenis ini adalah jenis kulit yang tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Kelembapan yang ada pada jenis kulit ini adalah seimbang, dan untuk mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit ini adalah disyorkan untuk menggunakan pelembab yang berasaskan air yang mempunyai tekstur yang ringan dan tidak berminyak

Kulit Kering: Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, adalah penting untuk memilih pelembab yang membantu mengembalikan kelembapan pada kulit anda. Kak Dela sarankan agar anda memilih pelembab yang berasaskan minyak yang mengandungi bahan-bahan untuk melembabkan kulit atau berasaskan petrolatum. Patrolatum berfungsi untuk mengunci kelembapan kulit dan membantu menjadikan kulit anda kekal terhidrasi.

Kulit Berminyak / Kombinasi: Jerawat adalah masalah biasa bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ramai yang beranggapan kulit muka berminyak tidak perlu memakai pelembab. Namun hakikatnya anggapan tersebut adalah salah. Walaupun kulit anda berminyak, penggunaan pelembab adalah sangat penting. Pilihlah pelembap jenis gel. Ini kerana formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Pelembab gel boleh menyalurkan kadar lembapan mencukupi untuk kulit dan pastinya mampu memperbaiki keadaan kulit yang kendur sekaligus memudahkan sapuan solekan ke atas kulit.

Kulit Sensitif: Penggunakan pelembap yang mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti chamomile atau aloe vera sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sebelum memilih produk, pastikan produk tersebut tidak mengandungi wangian, pewarna atau asid. Kulit Yang Matang: Seperti umur anda juga, kulit juga boleh menjadi matang. Kulit anda cenderung menjadi kering kerana kelenjar penghasil minyak menjadi kurang aktif apabila kulit telah matang. Untuk mengekalkan kelembapan kulit anda, pilih pelembap berasaskan minyak yang mengandungi petrolatum sebagai asas, bersama-sama dengan antioksidan untuk menyelesaikan masalah kulit yang berkaitan dengan usia seperti keriput, garis halus, pigmentasi dan sebagainya

Tips Pakai Pelembab.

Tips 1 Sebaiknya sapu pelembab sebaik sahaja selepas mandi.. Kerana di waktu itu liang roma terbuka.. Dan lebih mudah krim pelembab diserap.

Tips 2Pilih pelembap yang mempunyai aroma lembut yang menarik minat anda, kulit anda berasa selesa dengan pelembab tersebut dan yang penting sekali ia tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda.

Tips 3Pelembap yang berkualiti tidak akan merengsakan (kesan sakit / pedih) kulit anda dan tidak buat kulit anda rasa panas / terbakar.

Tips 4Elakkan pakai pelembab yang sama dengan pelembab badan. Haaa, jangan tersalah pilih pulak ya. Sekiranya pelembab muka kita pakai tuu tak sesuai, mungkin boleh mengakibatkan kulit boleh rengsa. Jadi, aku ada nak kongsikan pelembab muka terbaik setakat ini yang pernah aku pakai iaitu Aqua Whitening Cream Moisturising daripada Hansaegee Nature. 

Baru-baru ni aku ada dapat cream moisturiser magik. Tak sangka ia berfungsi baik buat aku dan korang patut mencubanya sekali. Produk yang magik sangat tuu merupakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. Sebelum ni aku ada pakai produk Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream. Pun best jugak tau. Kalau korang ragu-ragu, meh baca sat pengalaman dan kaji selidik sikit aku semasa pakai Aqua Whitening Cream ni
Apa itu Hansaegee Nature?Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia dan semua produk dibuat di Korea. Ditubuhkan sejak tahun 2011, produk berkualiti tinggi & produk penjagaan kulit asli dari Korea. Dan semua bahan produk diluluskan secara sah dan selamat digunakan.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature adalah krim moisturising & whitening. Ia membantu membaiki sunburn dan kulit rosak serta menembusi jauh ke kulit untuk mengekalkan kulit lembap. Aqua Whitening Cream adalah krim yang magik buat aku kerana ia diformulasikan dengan banyak ekstrak herba untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit. Bahan utama termasuk Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide.

Bahan-bahan Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract dan lain-lain

Tekstur Ini adalah water based dan kalau korang boleh tengok tekstur yang aku share kat bawah ni, boleh tengok ia tidak melekit dan sangat ringan.



Tekturnya yang jenis krim, ringan dan tidak melekit. Selepas beberapa sapuan, akan keluar titisan air daripada situ dengan segera pada kulit kita dalam beberapa saat, Magic kan!!.Hah, bila titisan air ni keluar, korang jangan lap dengan kain, tapi korang dap-dap je water drop tu dekat muka sampai dia serap ke dalam muka. Titisan air ni la yang menyegarkan muka, memang amat sesuai ketika cuaca panas.
 

Kelihatan berkrim-padat. Bila bersentuhan dengan kulit, krim ni akan perlahan tukar jadi titisan air dan menyerap lebih baik pada kulit.

water dropKelebihan Aqua Whitening Cream “Water drop” yang memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit.Memberikan efek kesegaran pada kulit dengan segeraIa mempunyai fungsi pemutih pada kulit dan dalam masa yang sama menghidrat kulit anda.Merawat kesan sunburn jika kulit terdedah kepada cahaya matahari.Mempunyai ekstrak herba supaya kulit dapat menyerap pelembap dengan lebih cepat dan berkesan.Whitening & Moisturizing effect plus formulated with Herbal extract which give deep penetrate within skin, normalize moisture level in the skin and make clearer & firmer skin.Cara PenggunaanBersihkan muka terlebih dahulu, lepas tu lap muka. korang boleh sapu Aqua Whitening Cream ni. Tak perlu sapu tebal-tebal, ambil sedikit sahaja dah memadai. Sapu di bahagian muka dan leher. Dalam masa beberapa saat, titisan air akan kelur. Dap-dap kan sahaja titisan air tu sehingga ia serap ke dalam kulit.

 
sapu perlahan-lahan di seluruh muka dan leher
Titisan air keluar selepas sapuan tadiTitisan air yang keluar tadi just dap dap jee perlahan lahan sehingga meresap ke dalam kulit. Jangan risau, Aqua Whitening Cream ni memang cepat meresap. Aku suka Moisturising dari Hansaegee Nature ni, sebab muka akan sentiasa lembab dan tidak kering. Sesuai jugak untuk rawatan kulit yang kena "sunburn"
Experiment Kemelekitan Aqua Whitening CreamExperiment: Antara cream “X” Brand Vs Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Menggunakan kertas untuk nak tengok tahap kemelekitan cream antara “X Brand dan Aqua Whitening Cream

Yaa betul! Lihat hasil ni tak melekat pun kertas tuuAqua Whitening Cream Review by Mimin AdamMerupakan Favorite Moisturizer Cream setakat ni. Ia magik Sebab tak melekit, menyerap sepenuhnya cepat. Ada fungsi cerah dan pemutihan juga selain dari pelembab kulit. Bila aku apply macam ada rasa sejuk-sejuk, walaupun takdela rasa berangin macam mentol ke apa, tetapi kesan menenangkan tu boleh rasa.


Sangat disyorkan untuk kulit yang sensitif dan sentiasa kulit senang sun burn. Cream ni memang fokus untuk mengurangkan kemerahan dan sunburn. Lagi satu, Niacinamide fungsinya untuk membantu mencerahkan kulit & membantu memperbaiki tekstur kulit (garis halus, liang-liang yang diperbesar dan sebagainya) Boleh pakai untuk siang dan malam rutin. Nak sapu sebelum solek juga okay, untuk menyiapkan kulit untuk Nampak kesan solek yang lebih baik.

------------------------------------------------------------------------------------

Website: www.hansaegee.com/shopIG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNatureYoutube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miminadam.com/2019/11/tips-pelembab-muka-baik-untuk-kulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Perawatan Kecantikan Kulit Yang Bisa Dilakukan Di Rumah

Tips Perawatan Kecantikan Kulit Yang Bisa Dilakukan Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 330 hits
Tips Perawatan Kecantikan Kulit Setiap wanita selalu mendambakan kecantikan Dengan kecantikan mereka akan merasa bangga dan tidak malu untuk berhadapan Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Remdii Sensitive Sesuai Untuk Kulit Sensitif Kering Mahupun Elergik

Remdii Sensitive Sesuai Untuk Kulit Sensitif Kering Mahupun Elergik

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 866 hits
Remdii Sensitive Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bagi Yang Mengalami Kulit sensitif Kering Atau Elergik Kulit sensitif Kulit kering Alergik Semestinya sesiapapun akan merasa tidak selesa kerana ianya akan menggangu aktiviti harian Jika orang de...
Buih Pembersih Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Buih Pembersih Aloe Ac Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 399 hits
Assalamualaikum Semakin banyak produk kecantikan dari negara Korea yang berada di Malaysia Salah satu jenama produk yang Fiza suka untuk gunakan adalah jenama Hansaegee Nature Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpusat di ...
Tips Muka Kekal Berseri Dengan Air Mawar

Tips Muka Kekal Berseri Dengan Air Mawar

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 842 hits
Khasiat Air Mawar Untuk Muka Kekal Berseri Assalamualaikum penat penat memang penat menjadi surirumah Lagi lagi jaga anak anak yang 100 memerlukan perhatian seorang ibu Adam Sufi lagi sebulan nak mencecah umur setahun Makin panjang akal man...
Wow Ribuan Ringgit Lesap Dari Akaun Aiman Tino Serik Dikhianati Rakan Baik Bukan Mengungkit Tapi Kesal Ditikam Belakang

Wow Ribuan Ringgit Lesap Dari Akaun Aiman Tino Serik Dikhianati Rakan Baik Bukan Mengungkit Tapi Kesal Ditikam Belakang

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 485 hits
Ribuan ringgit lesap dari akaun Aiman Tino serik dikhianati rakan baik Bukan mengungkit tapi kesal ditikam belakang GARA GARA terlalu mempercayai rakan baik penyanyi Aiman Tino mendedahkan pernah menjadi mangsa khianat sehingga membuatkan d...
Sederhana Cantik Dan Baik Ini Deretan Artis Indonesia Hobi Pakai Daster

Sederhana Cantik Dan Baik Ini Deretan Artis Indonesia Hobi Pakai Daster

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 496 hits
Deretan artis Indonesia yang memakai daster pasti enggak akan bisa lepas dari kecantikannya Seperti istri Ruben Onsu Sarwendah
Akta Oku Tidak Cukup Taring Perlu Ditambah Baik Kata Ras Adiba Radzi

Akta Oku Tidak Cukup Taring Perlu Ditambah Baik Kata Ras Adiba Radzi

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 423 hits
Akta OKU 2008 perlu ditambah baik bagi memastikan hak golongan itu dilindungi kata Ras Adiba Radzi Foto oleh Mukhriz HazimKUALA LUMPUR 11 Nov Akta Orang Kurang Upaya 2008 sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan hak golongan itu dilind...
Biar Betul Kajian Dedahkan Selalu Ber Whatsapp Baik Untuk Kesihatan

Biar Betul Kajian Dedahkan Selalu Ber Whatsapp Baik Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 351 hits
Mengikut kajian oleh penyilidik di Edge Hill University England mereka mendapati penggunaan aplikasi messaging Whatsapp adalah baik untuk kehidupan kita Sepanjang kaji sedilik atas talian yang dijalankan seramai 200 orang responden dalam li...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri