Pollitik Dalam Batang Tubuh Ulama 10185



Muhasabah diri kerana Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ (Subḥānahu Wa Taʿālā) 

Kita sebagai hamba Nya dan Umat Islam, Umat Nabi Muhammad ﷺ adalah wajib mematuhi perintah dan larangan Allah ﷻ sebagaimana Wahyu (Al Quran) yang telah disampaikan oleh Malaikat Jibril  kepada Rasulullah ﷺ serta Hadis yang merupakan Sunnah Nabi Rasullullah ﷺ. 

Ulama Pewaris Nabi Rasulullah ﷺ

Ulama yang berkecimpung dalam dunia kepimpinan atau politik sudah semestinya lebih baik dari insan kerdil yang lain, supaya beroleh rezeki yang halal. Beroleh pengaruh dan kuasa dengan cara yang benar di sisi Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ . Ulama menjadi contoh kepada kaum Muslim kerana mereka adalah Pewaris Nabi ﷺ. Tidak selamat kita jika menongkah arus atau menghina Ulama. 

Allah telah berfirman dalam Al Quran Surah Al Kahfi ayat ke 84:

وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا
Yang bermaksud: “Dan kami jadikan segala sesuatu itu memiliki sebab.” (QS. al-Kahfi : 84)

Lainlah jenis ulama palsu, pura-pura ulama, yang tersasar jauh menyimpang atau ketara lebih mengutamakan dunia berbanding akhirat. Kejap on kejap tak... berdasarkan kepentingan semasa, peribadi dan kelompok. Rembat hak orang tanah yang bergeran, kau ganti tanah yang tidak bergeran. ...sekadar contoh tanpa membabitkan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. 

Akhir zaman penuh dengan tipu daya, sebagaimana Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎‎ dalam Surah Ali Imran Ayat 185. 
Maksudnya: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Al Quran Surah Ali Imran 3:185)
Wassalamu. 

BAYAN LINNAS SIRI KE-12 : KEMATIAN ULAMA
Butiran: Dimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor 
Diterbitkan: 13 Februari 2015
Bayan Linnas

Mukaddimah

Kami pernah mencatat nama-nama sebahagian  besar para ulama yang masyhur di dunia kembali ke rahmatullah pada tahun 2014 yang lalu yang kami namakan buku tersebut sebagai Wada’ al-A’lam dengan maksud Selamat Tinggal Ulama dan kami slogankan dengan hilang permata Islam yang disegani pergimu tiada pengganti. Pada kali ini Bayan Linnas cuba mengupas isu para ulama yang kembali ke rahmatullah dan sikap kita sebagai umat Islam.

Kami namakan Bayan Linnas siri ini dengan “Kematian Ulama”. Semoga dengan kenyataan ini, kita mengasihi dan menghormati ulama disamping mendoakan kepada mereka sama ada yang masih hidup atau yang telah menemui Tuhan-nya.

Definisi Ulama

Sering kali kita dengar masyarakat mengelarkan seseorang sebagai ulama atau orang alim, kadang-kadang masyarakat sendiri keliru jika ditanya siapakah mereka yang dianggap ulama. Justeru dalam bab ini akan diterangkan pendapat ulama dan cerdik pandai berkenaan takrif ini.

Dinyatakan di sini dahulu pendapat Syeikh al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumait:

“Maka ilmu adalah punca dan sumber kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Ini kerana, sebesar-besar kedudukan pada hak anak Adam adalah kebahagiaan yang berkekalan di akhirat dan melihat wajah Allah serta menghuni syurga-Nya. Hal ini, tidak akan sampai kecuali dengan ilmu dan amal dan amalan tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan segala kaifiyatnya berdasarkan ilmu.”

Justeru dalam bab ini akan diterangkan pendapat ulama dan cerdik pandai berkenaan takrif ini.
Ulama ialah yang mengenali syariat Allah, faqih dalam agama, beramal dengan ilmu, mengikut hidayah yang Allah kurniakan kepada mereka dengan hikmah.Ulama ialah golongan yang Allah jadikan sebagai tiang kepada manusia untuk bersandar dan bergantung dalam permasalahan fiqh, ilmu urusan agama dan dunia, seperti kata al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan (3/327).Ulama ialah ahli fiqh Islam dan fatwa berkisar daripada pendapat mereka di kalangan manusia yang mana mereka dikhususkan untuk istinbat hukum dan begitu prihatin dalam mendhabitkan qawaid halal daripada yang haram. Lihat I’lam al-Muwaqi’in (1/7).Ulama ialah pemimpin agama yang telah mencapai kedudukan besar dengan sebab mereka berijtihad, sabar dan sempurna keyakinan, seperti firman Allah SWT:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ 
Maksudnya: “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” (Surah al-Sajdah: 24)
Ulama ialah golongan yang masyarakat dan umat ini belajar dan bertafaqquh dalam ilmu agama yang kemudian menyampaikan dakwah serta peringatan.Ulama ialah petunjuk kepada manusia yang sentiasa wujud di sepanjang zaman untuk membela agamanya.Ulama ialah ketua Jemaah yang diperintahkan kita beriltizam dengannya dan melarang kita daripada berpisah daripadanya.Cukuplah mulianya para ulama berdasarkan kepada penyaksian ketauhidan bersama dengan Allah dan para malaikat adalah para ulama. Firman Allah SWT:

شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 
Maksudnya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali Imran: 18)

Persoalan seterusnya, bagaimana cara kita mengenali ulama? Antaranya ialah:
Dengan ilmu mereka.Dengan kedalaman kaki mereka dalam bab syubhah sehingga dapat membezakan dengan jelas.Mereka dapat diketahui melalui jihad dan dakwah mereka serta penggunaan masa mereka pada jalan Allah.Mereka dikenali kerana kuat ibadat dan takutnya mereka kepada Allah.Mereka dikenali dengan mulianya mereka daripada dikalahkan oleh dunia.Ulama dikenali berdasarkan syahadah dan pengakuan guru-gurunya tentang ilmu. Dengan sebab itu, Imam Malik berkata: “Tidak sayugia seseorang merasa dirinya hebat dan berkeahlian sehingga ditanya kepada orang yang lebih alim daripadanya.”Semoga dengan takrifan dan definisi serta pengenalan ulama ini maka sudah pasti masyarakat benar-benar akan mengenali dhawabit ulama sejati.

Tafsiran Hadis Ilmu Dicabut

Ismail bin Abi Uwais telah menceritakan kepada kami, berkata Malik, telah menceritakan kepadaku daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Abdillah bin Amru bin al-As R.Anhuma katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”  [Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)]

Maksud mereka sesat kerana memberi fatwa kepada manusia dengan cara batil dan tanpa ilmu serta petunjuk yang sebenar. Sedangkan mereka menyesatkan manusia kerana mereka semua percayakan ulama tersebut. Justeru kesemuanya binasa.

Tafsiran hadis di atas, antaranya:
Ilmu merupakan kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Ini menunjukkan betapa kita perlu memohon daripada-Nya supaya dikurniakan ilmu.Cara ilmu dicabut ialah dengan kematian ulama. Justeru, hendaklah kita pelajari ilmu dari para ulama dengan cara bertalaqqi sebelum mereka meninggalkan kita. Ini kerana, ilmu tidak boleh diwarisi seperti mana harta, sebaliknya perlu dipelajari dan ditekuni dengan bersungguh-sungguh.Kelebihan ulama dalam memberi petunjuk keimanan kepada masyarakat supaya masyarakat menjadi celik daripada sebarang kejahilan kerana kejahilan akan membawa bala kepada mereka yang jahil tanpa pegangan agama yang kukuh.Seseorang itu haram mengeluarkan fatwa tanpa sebarang asas dan dalil yang kukuh jika menyalahi prinsip agama. Syarat mengeluarkan fatwa mestilah dengan berilmu, amanah, adil dan ikhlas semata-mata kerana Allah, bukan kerana yang lain daripada-Nya.Keperluan mempelajari adab menuntut ilmu daripada para ulama agar ia benar-benar memberi kesan daripada yang lain. Penuntut ilmu hendaklah berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menghindarkan sifat-sifat mazmumah.Kematian ulama dianggap sebagai musibah yang besar kerana ulama adalah pewaris nabi dan pelita bagi umat ini. Untuk melahirkan ulama yang berwibawa dan mursyid ummah, memerlukan tempoh yang panjang dan tapisan yang tebal. Justeru, sedikit sahaja yang tergolong dalam golongan ulama rabbani yang berani menyatakan kebenaran dan berdakwah dengan penuh hikmah.Perlu bagi kita memuliakan ulama dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Justeru, amat wajar dikasihi dan dimuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi SAW.Antara tanda akhir zaman ilmu berkaitan agama dan kefahaman Islam akan berkurangan dengan kematian tokoh ulamanya, sebaliknya ilmu berkaitan teknologi dan perkembangan semasa semakin canggih dan begitu terkehadapan. Hal ini tidak pelik dengan banyak penemuan ciptaan terbaru dan terkini.Ulama yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana peranannya yang cukup istimewa di sisi Allah. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu.Imam al-Syafie berkata: Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ianya menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh.

Pujangga berkata: Ilmu pengetahuan mempunyai dua keuntungan. Pertama, kita mengetahui masalah pokok dan kedua, kita mengetahui di mana kita dapat menemui maklumat berkaitan hal itu.
Penulis menutup perbincangan ini dengan kenyataan daripada Sulaiman Rahimahullah yang berkata:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا بَقِيَ الأَوَّلُ حَتَّى يَتَعَلَّمَ الآخِرُ، فَإِذَا هَلَكَ الأَوَّلُ قَبْلَ أَنْ يَتَعَلَّمَ الآخِرُ هَلَكَ النَّاسُ
Maksudnya: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana masih kekal generasi pertama sehingga yang kemudian dapat mempelajarinya. Jika binasa generasi yang pertama sebelum dipelajari oleh generasi seterusnya, maka binasalah manusia.”
Ketika ditanya kepada Sa’id Bin Jubair Rahimahullah: “Apakah alamat binasanya manusia? Jawabnya: “Apabila para ulama mereka meninggal dunia.”
Kematian Ulama
Seperti yang dinyatakan ulama adalah pewaris para Nabi dan menjadi pelita kepada Ummah di mana ia menerangi dengan panduan taufiq dan hidayah daripada Ilahi. Ilmu dan hikmah yang dimilikinya sudah pasti amat berguna kepada Ummah agar mereka tidak terbelenggu dalam kejahilan yang menyebabkan mereka begitu jarak daripada petunjuk Ilahi.
Selepas hampir puluhan tahun para ulama mengutip mutiara ilmu dan kemudian mengajarnya kepada khalayak maka sudah pasti ia bukan semata-mata bentuk pengajaran tetapi tarbawi dan khuluqi turut disertakan sekali. Disamping itu, qudwah dan uswah yang baik dipamerkan agar benar-benar bersebati dalam masyarakat.
Kematian ulama adalah musibah besar kepada Ummah, kerana kebiasaannya manusia mampu menggantikan jawatan tetapi tidak mampu menggantikan ilmu, sikap dan nilai yang dimiliki oleh seseorang. Bacalah sejarah kita akan dapati ulama yang berpengaruh yang begitu terkesan pada jiwa orang kampungnya atau negerinya sudah pasti tidak dapat dicari ganti selepas kematiannya.
Pertama: Al-Quran
Firman Allah SWT:
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ 
Maksudnya: “Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia kurang sedikit demi sedikit dari kebaikannya dan kemuliaannya?” (Surah al-Ra’d: 41)
Atha’ dan ramai ulama menafsirkan bumi kurang sedikit demi sedikit memberi maksud kematian para ulama dan hilangnya para fuqaha’.
Firman Allah SWT:
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.” (Surah al-Najm: 1)
Imam al-Nasafi berkata: “Allah bersumpah dengan orang alim apabila ia meninggal dunia.”
Kedua: Hadis
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”[Riwayat al-Bukhari (100) dan Muslim (2673)]
Ketiga: Athar
Dinyataka di sini beberapa hadis dan athar berkenaan dengan kematian para ulama.
Daripada al-Hasan, mereka (‘Aisyah, Ibn Mas’ud dan lain-lain) berkata:
مَوْتُ الْعَالِمِ ثُلْمَةٌ فِي الْإِسْلَامِ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ
Maksudnya: “Matinya seorang alim adalah seperti patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya sesuatu, walaupun bersilih ganti malam dan siang.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1590), al-Bazzar (171), al-Darimi (333) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/317)]
Daripada Abu Darda’ RA, berkata:
موتُ العالمِ مصيبةٌ لا تجبرُ، وثُلمةٌ لا تُسدُّ، ونَجمٌ طُمِسَ، موتُ قبيلةٍ أيسرُ من موتِ عالمٍ
Maksudnya: “Kematian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan mati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada mati seorang alim.” [Riwayat al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (1/206) dan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah (4838)]

Daripada Ali RA, berkata:

إِذَا مَاتَ العَالِمُ ثُلِّمَ فِي اَلإِسْلَامِ ثُلْمَةٌ لَا يَسُدُّهَا شَيْءٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang alim nescaya dipatahkan mercu tanda Islam yang tidak mungkin dapat ditampungnya oleh sesuatu hingga hari kiamat.” [Riwayat al-Syaukani dalam Fawaid Majmu’ah (287), al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa’ (1/105) dan al-Zurkani dalam Mukhtasar al-Maqasid (75)]

Daripada Umar RA, katanya:

لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ
Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”

Keempat: Pendapat Ulama

Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata:

مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا
Maksudnya: “Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.” [Riwayat al-Baihaqi (4/344) dan Abu Nu’aim (3/183)]

Pernah ditanya kepada Sa’id Bin Jubair: “Apakah alamat binasanya manusia?

Jawabnya: “Dengan kematian para ulama mereka.”

Daripada nas dan kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepada kita betapa ilmu, hikmah dan juga para ulama mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru apabila berlaku kematian ulama, maka sebenarnya cacatlah dunia ini dan umat manusia dengan terpadamnya pelita atau obor yang menyuluh kehidupan mereka.

Seperkara yang perlu diingati, kematian para ulama biasanya akan dirasai oleh generasi dan kehilangannya begitu terasa sehingga membawa kepada sebutan dan nostalgia yang indah tatkala wujudnya ulama tersebut di kalangan masyarakat. Ini kerana mereka diibaratkan seperti bintang dilangit yang mana ramai yang boleh menjadikan mereka pedoman seperti kata Abu Muslim al-Khaulani.

Semoga para ulama diberkati Allah dan ilmu mereka terlebih dahulu dapat diambil dan dikutip dari mulut mereka oleh generasi selepasnya agar kesinambungan ilmu bersilsilah.

Penutup

Sesungguhnya para ulama telah mewaqafkan kehidupannya untuk meraih ilmu sebanyak mungkin. Justeru tidak hairanlah mereka dikurniakan kedudukan yang cukup istimewa di sisi Allah SWT. Allah sendiri telah membuat satu pertanyaan:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Surah al-Zumar: 9)

Semoga dengan Bayan Linnas ini kita dapat menjadikan para ulama uswah dan qudwah (contoh) dalam beribadat kepada Allah dan juga menuntut ilmu serta menyebarkannya. Mereka adalah guru, murabbi, mursyid dan juga ustaziyatul ‘alam.

Pujangga pernah berkata: “Apabila seseorang guru memiliki tiga perkara sudah barang tentu akan sempurna nikmat kepada pelajarnya: Sabar, tawaddu’, dan akhlak yang baik. Apabila seseorang pelajar memiliki tiga perkara sudah barang tentu sempurna nikmat dengannya terhadap gurunya pula: Akal yang waras, adab, dan juga baik fahaman.

Inilah yang dinukilkan daripada Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin.

Harapan kami dengan kenyataan ini akan dapat melahirkan rasa cinta kita kepada para ulama Rabbani yang banyak memandu dan memimpin masyarakat dengan ilmunya yang disulami dengan taqwa dan iman yang kukuh.

Akhukum fillah,

SS Datuk  Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
13 Januari 2015 bersamaan 23 Rabiul Awal 1436 
Sumber:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-12 : KEMATIAN ULAMA
HUBUNGI KAMI:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel : 03-8870 9000
No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Emel : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my

http://belogmystery.blogspot.com/2013/04/terbongkar-kisah-kejatuhan-melaka-yang.html
Misteri Alam Maya: Terbongkar !! Kisah Kejatuhan Melaka Yang Sebenar!!

Rahsia Agung Melaka: Kekayaan Yang Tidak Terbayang Dek Akal - The Patriots
https://www.thepatriots.asia/rahsia-agung-melaka-kekayaan-yang-tidak-terbayang-dek-akal/

Biografi Ummu Amarah, Mujahidah Tangguh
Atsar ID, Atsar ID | Arsip Fawaid Salafy - UMMU AMARAH MUJAHIDAH WANITA TANGGUH [image: Biografi Ummu Amarah, Mujahidah Tangguh] Biografi Ummu Amarah, Mujahidah Tangguh Sosok wanita yang masyhur dengan keberanian dan kesabaran. Terlalu banyak keutamaan yang beliau miliki. Sagatlah sulit mendapatkan wanita yang memiliki keutamaan sebanding dengannya. Nama lengkapnya adalah Ummu Amarah Nusaibah bintu Kaab bin Amr bin Auf bin Mabdzul bin Amr bin Ghanam bin Mazin bin Najjar Al Khazraji Al Anshariyyah radhiyallahu anha. Beliau lebih masyhur dengan kuniah beliau. Ibunya adalah Ar Rabbah bintu Abdillah bin Habib bin Abdi Haritsah bin...
tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
13 April 2020
Mustahil Ayoh Chik buat fitnah... Ambo dok cari alasang2 dan dalil nak jawab Anwar  tu... Tapi terganggu pulok fokus ambo sebab asyik kira betul ke gaji ambe ni 85k? -f/bk 
1. Jika tidak ada Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP ) ekoran COVID-19 ini sudah barang tentu ahli - ahli PAS serata pelusuk tanahair akan mengadakan kenduri kesyukuran atas perlantikan Presiden mereka sebagai Duta Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri ke Timur Tengah.
2. Walaupun hanya menang 18 daripada 222 kerusi Parlimen, namun kerana masuk melalui 'Tebuk Atap' - BUKAN pintu belakang sepertimana istilah Hadi, PAS berjaya mendapat 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan Menteri.

3. Ini permainan politik hebat yang tadak pernah berlaku, bak kata Mat Sabu :

'Yang Menang Jadi Pembangkang; Yang Kalah Jadi Kerajaan.’

4. Jika ada penuntut Universiti yang bercita - cita membuat tesis untuk mendapatkan Phd, justeru kajian terperinci perlu dilakukan kerana kesemua yang terlibat dengan percaturan politik ini masih boleh ditemui.

5. Perlantikan Tan Kok Wai dari DAP walaupun bukan bertaraf menteri  sebagai Duta Khas Kerajaan Malaysia ke China semasa era Kerajaan Pakatan Harapan sebelum Kerajaan 'pintu belakang' mengambil alih, PAS melalui kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man membidas perlantikan itu.

6. Alasan PAS ketika itu ialah Kerajaan PH jangan terikut - ikut apa yang Kerajaan UMNO / BN pernah lakukan iaitu melantik 9 orang bekas Menteri sebagai 'Penasihat Khas PM dan Duta ke Amerika bertaraf Menteri dan lagi pun keadaan kewangan negara ketika itu hampir pupus akibat skandal 1MDB dan amalan rasuah oleh mereka yang berkuasa.

7. Mereka yang dilantik oleh Najib adalah seperti berikut :
a. Zainal Abidin Osman
b. Sharizat Jalil
c. Rais Yatim
d. Noh Omar
e. Abdullah Zain
f. Ong Ka Ting
g.Tiong King Sing
h. Samy Velu
i. Jamaluddin Jarjis - Duta Besar ke Amerika Syarikat juga bertaraf Menteri.

8. Perlantikan Hadi disambuat baik oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mengatakan perlantikan itu tidak ada kaitan dengan politik, justeru harus diterima dengan baik.9. Inilah perangai PAS dari dulu hingga sekarang - bising dan memprotes apabila mereka tidak dapat faedah atau pengiktirafan tapi apabila berlaku pada batang hidung sendiri mereka tanpa segan silu secara otamatik menukar corak dan warna.
10. Berhubung masaalah kewangan, saya percaya Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hari ini mempunyai dana yang amat lumayan sehingga boleh menampung 71 orang Menteri (termasuk Hadi ) dan Timbalan Menteri.

11. Memandangkan kedudukan kewangan negara yang berlebihan, Muhyiddin hanya perlu tambah 42 orang lagi Ahli Parlimen ( 71 + 42 = 113 Kerusi ) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri bagi menentukan jawatan Perdana Menteri terus terjamin tanpa boleh diugut oleh sesiapa pun.

12. Muhyiddin tak perlu dengar apa orang cakap, yang penting ialah beliau boleh terus berkuasa sehingga nyawa terpisah daripada badan.

13. Istilah 'Ayah Chik' ialah nama timang - timangan atau panggilan oleh mereka yang terlalu akrab dengan Hadi.

14. Di kalangan masyarakat Terengganu khususnya penduduk Marang dimana Hadi menjadi Wakil Rakyat, gelaran itu diberi kerana menganggap tahap Hadi melebihi seorang Wali.

15. Tanggapan ini dikuatkan lagi apabila menjelang PRU yang lepas, Hashim Jasin , Mursydul Am PAS memaklumkan Hadi kerap berjumpa Rasulullah di dalam mimpinya; tak pasti pula sama ada mimpi bertemu Rasulullah oleh Hadi masih berterusan selepas PRU14 yang lepas.

16. Saya masih tidak percaya Hadi seorang ulama yang dipandang begitu tinggi oleh ahli - ahli PAS sanggup membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim konongnya Anwar terlibat dengan Freemason dan mendapat sokongan badan Yahudi itu untuk menjadi PM.17. Mengikut lapuran surat Hadi yang menggunakan 'letterhead' PAS bertarikh 22hb Mac 2020 telah dihantar secara sulit kepada pemimpin - pemimpin Gerakan Islam seluruh dunia namun telah terlepas kepada pengetahuan umum pada 3hb April 2020 iaitu dua hari selepas  perlantikan beliau sebagai Duta Khas ke Tmur Tengah bertaraf Menteri. 18. Jika kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu benar iaitu perlantikan Hadi TIDAK bersabit dengan politik, maka ini bermakna Muhyiddin telah nampak lebihnya kehebatan dan ketokohan Hadi jika dibandingkan dengan Hishamuddin Hussein, Menteri Luar yang katanya amat berpengaruh dengan negara - negara Arab seperti Arab Saudi dan negara - negara bersekutu yang tidak begitu senang dengan Iran.

19. Selepas selesainya Covid-19 ini Hadi bolehlah mulakan lawatan rasmi ke negara - negara Islam dengan diiringi oleh pegawai - pegawainya.

20. Bagi penjimatan kos ekoran perlantikan ini mungkin sebahagian besar Duta kita diberhentikan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ahli - ahli PAS dengan gaji yang lebih murah!

21. Hadi yang juga menuduh AMANAH terlalu liberal kini setelah diberi kuasa WAJIB membuktikan segala apa yang diperjuangkan selama ini akan dilaksanakan sebelum PRU15 akan datang.

22. Jika sebelum ini PAS melalak ke sana ke sini bagi mewujudkan negara Islam, kini rakyat sedang menunggu dengan debaran apakah PAS benar - benar berjuang untuk Islam  atau hanya MENGGUNAKAN ISLAM bagi kepentingan diri mereka.

23. Semoga gelaran Ayah Chik tidak bertukar menjadi Ayah Pin!!!

24. ‘Terlajak Perahu Boleh Diundur,Terlajak Kata Buruk Padahnya’. - Tamrin Tun Ghafar Pencuri akan sembunyikan barang curi...
Mari kita tonton perangai lebai. Sejak dulu kononnya perjuangkan tidak mahu orang politik kuasai GLC, upah politik katanya. Tapi.....bila dia dok dlm kerajaan pintu belakang skrg, jawatan apa yg dia tolak? Kalau ada tukang cuci tandas pejabat menteri pun lebai akan letak puak2 dia. 
Menurut Takiyuddin Hassan semua MP kerajaan akan dilantik menjadi pengerusi GLC. Ertinya semua 113 orang MP yang mendokong kerajaan PN mendapat habuan berupakan jawatan menteri, timbalan menteri, duta khas dan pengerusi GLC.

Dulu kalau lantik MP dari PH ke GLC depa kata tak layak sebab org politik walau pun MP dari PH ramai di kalangan profesional.Cakap kot lubang juboq...-f/bk
So..dulu PH bagi keutamaan kpd profesional ketuai GLC. Mai tang PN-UMPA$ depa bagi semua MP sebab dikira layak, layak utk faraid ghanimah pada MP depa. Cara ni depa sentiasa ada duit nak sumbang utk program parti dan masyarakat.

Hebat. Inilah kerajaan yang prihatin kepada nasib MP, tidak pernah berlaku pada kerajaan sebelum ini baik zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah Badawi ataupun Najib Razak, dimana semua MP diberikan jawatan GLC selepas mereka kehabisan kouta jawatan menteri, timbalan menteridan duta khas.

Jelas pembahagian atau pelantikan MP itu menggambarkan kerajaan PN kini khasnya Muhyiddin terdesak untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Demikianlah kalau sesuatu jawatan itu diambil dengan cara mencuri, maka ia perlu dijaga serapi mungkin, seperti mana pencuri menyembunyikan bahan curi daripada polis.Hidup pencuri senantiasa diburu dan tidak selamat. Apakah polis (rakyat) tidak menyedari apa yang berlaku? Apapun didoakan semoga kerajaan Muhyiddin dan dengan caranya itu diselamatkan Allah. Jangan hendaknya kerajaan PN jadi kerajaan lebih pendek daripada kerajaan PH.

Ini pengajaran pd PH. JIKA menang PRU15 nanti, lantik semua MP dan penyokong2 yg profesional ke GLC. Jgn dok sembang deraih bab telus, integriti, akauntabiliti kepala bapak bagai...

Sebab itu hanya alasan yg membuatkan akar umbi PH jadi lemah dan tak berkemampuan dari segi ekonomi utk bantu PH semula. Malah tak mampu nak bantu rakyat yg susah, sehingga yg kecik2 pun terpaksa mengemis bantuan kerajaan utk rakyat. PH tengok apa yg PN-UMPA$ ni buat. Jgn buat pekak dan buta..!! - mso/wfauzdin ns/zus dinSifir dia mcm ni. Untuk PN survive sidang parlimen 18 Mei 2020 nanti, PN perlu ada 112 undi. PN berpendapat, jika mereka berjaya agih 112 jawatan, mereka akan selamat dalam sidang parlimen bulan depan.

Setakat ini, 70 jawatan Menteri sudah dipenuhi dengan 1 duta khas bertaraf menteri menjadikannya 71 jawatan. Setakat ini rasanya MP PAS dah dapat 3 jawatan GLC menjadikannya semua 74 jawatan. Ada baki lagi 38 jawatan perlu diagih2kan agar semuanya cukup 112 jawatan.

Rasanya boleh kot dapat isi 38 jawatan tu sebelum 18 Mei 2020 ni. Cuma mereka boleh merancang, Allah Maha Melihat. Dalam 70 jawatan Menteri tu bukan semuanya MP,ada antara menteri2 ini bertaraf Senator saja - Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan. Jadi, mereka tak boleh mengundi dalam Dewan Rakyat. Tu pun pening gak tu nak cari MP supaya cukup 112. Jawatan ada tapi MP yg tak de atau tak cukup. Haha.

Yang penting, rakyat dah saksikan sendiri apa yg berlaku jika PAS dapat kuasa. Masa di Selangor dulu pun, exco PAS semua tak letak jawatan walaupun PR dah berkubur. Semua org tau tu. Natijahnya PRU14, PAS ranap teruk dgn hanya 1 kerusi aje. Rakyat memerhati. Rakyat tak bodoh dan mudah dibeli. Tu jer. Eloklah pulun cukup2 jawatan sementara ada peluang ni. PRU15 belum tentu dapat lagi. - Dr Ariff Kadir Al-KatamiDin Admits The Government Is Desperate For Economy n Commerce...
As expected, Prime Minister Muhyiddin Yassin has announced the second extension of the MCO (movement control order), scheduled to start from April 15 to 28, after the present lockdown’s due date on April 14. The government also announced that certain business sectors will be allowed to operate, including professional services from barber shops, car workshops and laundry

From the beginning, it was a joke to allow tow service, but not car workshops to operate. Exactly what good of allowing tow truck operators to function if trucks or vans break down while transporting essential goods, but cannot be repaired because workshops and spare part shops had been categorised as non-essential service

Besides car workshops, automotive parts and components are an important part of the supply chain indirectly affecting the transportation and logistic systems. Without the mechanics and spare parts shop dealers, it will further cripple the current half-functioning transportation service. It’s a miracle that the clueless Muhyiddin government has finally realised its mistake now

Although the government allows barber shops to resume operations, it would be fun to see how barbers and hair stylists can practise social distancing of staying 1-metre away from customers. The only way a barber can ensure hygiene is to wear a PPE (personal protective equipment) suit and sanitize scissors, combs and chairs before servicing the next customer, not to mention the need to change barber cape

Other sectors allowed to operate again include machinery and equipment industry, tunneling works, maintenance works, sloping works, hardware shops, electrical and electronic shops, construction projects, professional services related to the construction industry (architects, engineers, quantity surveyors, project managers) and science, professional and technical services (legal service and R&D)

Wait a minute. Would not that open up to thousands more motorists and cars on the road? Would not that make “turtle egg” Senior Minister Ismail Sabri Yaakob fuming mad after he moaned, whined and bitched about lockdown violations by stubborn people? Would not that worsen the current road traffic due to police road blocks and make life more miserable for essential workers like medical staffs? Mr. Sabri, who is also the defence minister, said that police detained 1,095 individuals for violating the lockdown yesterday (April 10), despite 97% compliance rate. Apparently, the authorities have conducted checks on 490,249 vehicles. You don’t need a rocket scientist to tell that there would be more violations as a result of more vehicles on the road after the relaxation of the MCO

In reality, the government of Muhyiddin is trapped between a rock and a hard place. After more than 61 years under the Barisan Nasional regime, the country was not only almost broke due to rampant corruption and incompetency, but also so backwards that under-equipped medical staff had to make their own “DIY” PPEs like face shields and suits

As much as the Malaysian government likes to, it can neither copy South Korea nor New Zealand. South Korea didn’t need to lockdown because the competent government and knowledgeable health officials have been well-prepared since the SARS epidemic, while New Zealand offered a generous cash of NZ$585 per week per full-time worker (NZ$350 for part-time workers) for up to 12 weeks

Muhyiddin’s RM250 billion stimulus package might look awesome, but the one-off  cash payments to households and individuals in the lower and middle income group – “National Care Assistance” – would cost the government only RM10 billion. That’s the only real hard massive cash being spent. The actual amount of fiscal spending amounts is merely RM25 billion

Due to lack of transparency, the big numbers – RM128 billion for the people’s welfare and RM100 billion for businesses and SMEs – may or may not be fully enjoyed by the targeted recipients. The fact that PM Muhyiddin had to rush for another round of RM10 billion stimulus package for SMEs shows that the initial numbers looked sexy but lacked actual substance

The biggest problem is the lack of information of where do the government plans to fund the mind-boggling RM250 billion package. Anyone can irresponsibly throw a big number to impress the people. But the tricky part is to justify the spending of a quarter of a trillion Ringgit when the national debts were already in excess of RM1 trillion, largely thanks to former PM Najib Razak
Without having a session in the Parliament to clarify the actual source of the declared RM250 billion stimulus package, nobody knows whether PM Muhyiddin and his trusted lieutenant, Azmin Ali, were quietly digging into EPF (Employees Provident Fund) or other public funds, or planned to borrow from foreign financial institutions at an industrial scale, or a combination of both

While the government deserves a round of applause for its courage to gradually allow certain industries to operate under an extended lockdown, the move can also be seen as a sign that the country is in financial difficulties so much so that quite a substantial sector have been allowed to operate, especially factories and construction companies

It’s perplexing to learn that the government allows electronic retail shops and construction workers to resume working but not beer brewery Heineken. Exactly why Heineken and Carlsberg factories were stopped from operating, despite the brewers only ran with 10% of its workforce, but electrical appliance shops and construction sector can run at 100% capacity

Did Muhyiddin and his racist and extremist buddies UMNO and PAS realise that Heikenen paid close to RM100 million (RM98.2 million) in tax while Carlsberg splashed RM74.5 million in tax for the financial year 2018 to the national coffers? The same tax money will eventually be used to pay the fat salaries, allowances and other perks of the almost 100% “Malay-only” Perikatan Nasional government

The “sin tax” to be paid by non-Muslims on alcoholic beverages in Malaysia will also be utilised to pay the salaries of the 1.71-million bloated civil servants. If the government cannot see the big picture, but continues to play up racial and religious issues, the country will hit a recession – even depression – before they could get rid of the nasty Coronavirus

Yes, it appears that while the country was desperate for business and commerce to run again, the backdoor government had decided to win people’s hearts by throwing cash at them, money that it didn’t have. Hilariously, it had to flip-flop with an initial permission to beer makers to operate. Did barbers and hair stylists together with laundry shops pay RM174 million in taxes to the government

If the country had a mighty financial strength, Muhyiddin government didn’t have to announce the relaxation of the lockdown. It could pay every worker RM2000 for the next 12 weeks and waits for the Coronavirus cases to disappear, or at least wait for the current 3-digit infection cases to drop to 2-digit. New taxes, like GST, could be re-introduced to recoup cash given to the people. - FTBila menteri Penyamun PNipu kantoi curi2 balik kampung tanpa sebarang program rasmi kementerian dan padam terus tulisannya di Twitter, adakah dia bermaruah dan minta maaf kepada rakyat atau jauh sekali nak letak jawatan?Kalu ada integeriti dan prinsip tak daklah tertubuh kerajaan tebuk atap.Ternyata kerajaan tebuk atap tanpa mandat rakyat langsung tidak menghormati jauh sekali mematuhi undang2 yang mereka sendiri kuat kuasakan...- f/bkPedih... tapi benar! Pedih... tapi benar!cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:12:00 AM 
Sumber:
tumpang sekole...?: Mustahil Ayoh Chik buat fitnah...

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/04/pollitik-dalam-batang-tubuh-ulama-10185.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Manfaat Kesemek Tingkatkan Sistem Metabolisme Tubuh Hingga Turunkan Berat Badan

9 Manfaat Kesemek Tingkatkan Sistem Metabolisme Tubuh Hingga Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 193 hits
Buah kesemek merupakan buah yang berasal dari Tiongkok yang telah ditanam sejak ribuan tahun lalu Buah ini memiliki rasa yang manis seperti madu meski cenderung berukuran kecil buah ini memiliki banyak sekali kandungan gizi yang bermanfaat ...
10 Fungsi Karbohidrat Bagi Tubuh Bantu Tingkatkan Kesehatan Jantung

10 Fungsi Karbohidrat Bagi Tubuh Bantu Tingkatkan Kesehatan Jantung

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 144 hits
Untuk mengetahui secara lebih rinci tentang manfaat karbohidrat untuk kesehatan tubuh berikut kami rangkum 10 fungsi karbohidrat bagi kesehatan tubuh manusia
7 Manfaat Sirsak Untuk Kesehatan Bisa Meningkatkan Kekebalan Tubuh

7 Manfaat Sirsak Untuk Kesehatan Bisa Meningkatkan Kekebalan Tubuh

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 193 hits
Sirsak juga berfungsi sebagai antioksidan yang mampu menghilangkan rasa sakit dan mencegah radikal bebas Lantas apa saja manfaatnya Simak 7 manfaat sirsak untuk kesehatan yang perlu Anda ketahui berikut ini
2 Peneliti Surabaya Ini Temukan Suplemen Untuk Bantu Tubuh Lawan Corona

2 Peneliti Surabaya Ini Temukan Suplemen Untuk Bantu Tubuh Lawan Corona

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 132 hits
Dua peneliti senior dari Fakultas Kesehatan Masyarakat Unair Surabaya Abdul Rahim Tualeka dan M Mufti Mubarok mengaku telah menemukan suplemen antivirus corona Suplemen yang diberi nama Nitrico tersebut diyakini mampu meningkatkan kekebalan...
Ramadhan Pakistan Beri Kelonggaran Ulama Terkemuka Akan Ingkari Perintah

Ramadhan Pakistan Beri Kelonggaran Ulama Terkemuka Akan Ingkari Perintah

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 290 hits
Umat Islam berjemaah di Peshawar Pakistan dalam kebimbangan penularan pandemik COVID 19 Foto REUTERSPakistan beri kelonggaran berjemaah di masjid menjelang RamadanISLAMABAD Pakistan telah melonggarkan larangan berjemaah di masjid menjelang ...
Arti Mimpi Tubuh Penuh Tato

Arti Mimpi Tubuh Penuh Tato

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 245 hits
Bermimpi tentang tato menjadi hal yang sangat langka Selama bertahun tahun tato telah menjadi bagian dari sejarah Tato adalah simbol dari segala sesuatu yang mengusung kepribadian
Cek Fakta Penyemprotan Disinfektan Ke Tubuh Dianggap Berbahaya Ini Faktanya

Cek Fakta Penyemprotan Disinfektan Ke Tubuh Dianggap Berbahaya Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 133 hits
Ternyata penyemprotan disinfektan ke tubuh berbahaya Karena bisa menimbulkan iritasi pada mata dan kulit
Waspada Gejala Corona Covid 19 Inilah Suhu Tubuh Normal Berdasarkan Usia

Waspada Gejala Corona Covid 19 Inilah Suhu Tubuh Normal Berdasarkan Usia

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 165 hits
Sebagai upaya pencegahan terinfeksi virus corona pastikan suhu tubuh berada di batas normal
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding