Politik Satira Semasa Kajang Move




 Oleh: C. Nicholl (Bahagian II)
Setelah tayar bas diganti dengan sebiji tayar baru oleh kuli Hamzah, mereka semua kembali ke dalam bas.
Muhyudin kembali ke tempat duduk pemandu, lalu menyalakan injin sambil menunggu seorang demi seorang mendaki tangga bas untuk masuk ke dalam. Seperti yang dirasainya sendiri, dari pandangan Muhyudin, mereka semua seperti kehausan.
Yang paling akhir naik ialah Annuar.
‘Kau kira dulu, semua dah masuk ke?’ Kata Muhyudin kepada Annuar.
‘Ok, pm.’ Jawab Annuar pendek sambil menghitung penumpang yang semuanya duduk.
Dalam seminit kemudian dia berpusing balik  dan kembali ke depan dan membisik kepada pm.
‘Tiga penumpang tak ada, pm..’ suaranya yang agak perlahan masih dapat didengari oleh dua penumpang paling depan, Redzuan dan Takiyudin.
‘Sapa..?’ Tanya pm sedikit gusar.
‘Najib, Zahid dan Maslan.’ Jawab Annuar tegas.
‘Aku dah agak dah..’ kata Redzuan lagaknya seperti menyindir. ‘Mereka naik bas depan tu tadi..’
‘Bas PKR 1 tu tadi, ye..?’ Tanya Muhyudin seperti meminta pengesahan.
‘Ada kemungkinan..’ kata Takiyudin seperti membantutkan tohmahan. ‘Tapi mungkin tidak.’
‘Mungkin mereka pergi minum dan tunggu di depan..’ kata Annuar seperti mahu mengamankan keadaan.
‘Tak pa, pm..kita jalan dulu..nanti saya hantar text kat depa bertiga tu..’ jelas Annuar.
‘Ini yang aku tak gemar ni..kalau nak tukar bas pun, beritahulah dulu. Apa aku nak cakap kat hakim besok?  Tak kan nak mintak postpone lagi..leceh betullah mamat-mamat ni..’  Sambil bercakap, dia mula menggerakkan bas memasuki lorong paling kiri lebuhraya yang agak sibuk itu.
Annuar masih berdiri sambil memegang tiang besi keselamatan disebelah Redzuan.
‘Kita ada game minggu depan..itu hari mereka bertiga tu cakap nak main team kita..itu pasal aku nak bawa mereka selesaikan kes mereka dulu..tidak budak bertiga tu tak leh main..’ Sambung Muhyudin.
‘Oh macam tu ke kapten..’ Takiyudin bertanya pm yang juga menjadi kapten team mereka semua.
‘Undang-undang baru ke pm..?’ Tanya Redzuan.
‘Tak lah ..dah lama.. kalau tukar team, kena report dulu kat mahkamah. Tidak, tak leh main..’
‘So, bagusnya, mereka pun tak leh main team lawan jugak..’ kata Takiyudin.
‘Ye lah..mereka lupa tu..’ jawab Annuar sambil melihat kepada talipon bimbitnya.
‘Oh ada message dari Najib.’ Kata Annuar.
‘Oh apa katanya?’ Tanya Muhyudin.
‘Kami sedang makan satay di Kajang. Kalau perlu kami dalam team, sila datang ambil kami… Itu message dia,’ kata Annuar.
‘So, macam mana, pm.?’ Tanya Takiyudin. ‘ ..kita masuk Kajang dulu, makan satay dan ambil mereka? Dah tak jauh dari sini..’
‘Ya, bagus juga. Saya pun lapar ni..’ Annuar seperti mengesor.
‘Saya setuju.’ Sampuk Redzuan.
Selepas semuanya diam beberapa ketika Muhyudin bersuara.
‘Ok, beritahu kepada semua dalam bas.’ ‘Malam ni pm belanja makan satay Kajang.. dengan satu syarat.’
‘Apa syaratnya, pm..?’ Tanya Annuar.
‘Syaratnya semua mesti makan. Jangan ada yang tinggalkan kita, cakap satay Kajang tak sedaplah, nak pergi cari ayam kampunglah, nak cucuk satay sendirilah, nak bakar satay sendirilah..dan macam-macam lagi.. ini semua tak boleh.. tidak dibenarkan Salam pasukan kita.’
‘..dan satu lagi..’ dia sambung. ‘ ..lepas makan, kembali terus ke bas..jangan nak ngeteh pulak..kita dah tak ada masa dah.. kena praktis sebab game kita dah tak lama lagi.’
‘Ok pm..’ mereka semua menjawab hampir serentak.
Setiba mereka di satay Kajang, kelihatan ramai peminat sudah menunggu. Kelihatan ramai juga polis yang mengawal jalan masuk yang begitu sibuk dengan orang ramai yang lagaknya seperti sudah menunggu ketibaan mereka.
Dari jauh kelihatan bas PKR 1 meninggalkan jalan keluar dari Kajang satay.
‘Mereka telah disini lebih awal.’ Fikir Muhyudin sendirian. Dalam kesamaran malam dan keadaan trafik yang begitu sibuk, dia sahaja sebagai pemandu yang dapat melihat dengan jelas kenderaan lain yang bergerak di depan.
Banyak penumpang di dalam basnya bersikap benar-benar seperti penumpang; bukan pemandu. Banyak yang tidur dan tidak arif dengan persekitaran apa lagi aktiviti-aktiviti di jalanan.  Cuma dia, sebagai supir, yang lebih mengetahui keadaan sekitar.  
Bas mereka yang dua tingkat, tinggi dan panjang itu bergerak perlahan memasuki ruang parkir yang telah di kosongkan. Dia memberhentikan basnya betul-betul di depan ruang makan yang agak besar dan sudah tersedia. Ruangnya dengan barisan meja dan kerusi serta hidangan diatas, masih agak kosong kecuali satu meja dihujung yang telah diduduki beberapa orang tamu.
Dari sudut tempat duduk pemandu, Muhyudin dapat melihat dengan jelas siapa mereka bertiga.
‘Celaka punya gang.’ Dia berkata dalam hatinya. ‘Mereka makan di kedua pihak. Dengan team lawan dia makan.. dan makan lagi dengan team aku pulak.’
Dia lantas mematikan injin bas dan membuka pintu bas dengan menekan buka butang otomatiknya.
Di depan pintu bas ramai orang yang berpakaian agak kemas bersama beberapa ramai gadis penyambut tetamu, dalam dua barisan telah menunggu.
Seorang lelaki yang agak gempal dan besar badannya, berpakaian lounge suit serta tali leher berwana biru muda yang lagaknya seperti ketua mereka, naik ke tangga bas dan membaca satu nota di tangannya.
‘Selamat Latang ke Kajang Satay, tuan-tuan dan puan-puan… Makan malam ini, ditaja oleh Latuk Kunang Kunang, dengan dukacita, menjemput anda sekalian dari pasukan..’ dia melihat notanya dengan lebih dekat.
Sambil menyambung. ‘…pasukan perniagaan.. bukan, pengkiatan..bukan,  percakaran… peniakan.. peranakan… pemakan…semua bukan.’
Dia mendongak kepada pm. ‘.. sorry ah..gua tak tahu cakap…ini tulisan cina.. ‘
‘ tapi itu Latuk Kunang, Kunang panggil saya bayar untuk kasi makan.. sila tulun..sila tulun..’
Mereka yang di dalam bas melihat sesama sendiri tanpa berkata sepatah kata sambil bangun untuk turun.
Muhyudin yang pertama turun, diikuti Redzuan dan Takiyudin.
‘Sila Latuk..’ lelaki gempal itu berjalan bersama Muhyudin ke ruang makan.
‘Sana, Latuk Najib sudah tunggu..’ tambahnya.
Malam itu, satu jamuan satay Kajang yang melibatkan satu bas dan beratus peminat mereka menjadi satu sejarah, The Kajang Move.
14 Nov 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/politik-satira-semasa-kajang-move.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satira Politik Semasa Siapa Vice Captain

Satira Politik Semasa Siapa Vice Captain

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 208 hits
Oleh C Nicholl Lelaki berbadan gempal menarik kerusi berhadapan Najib untuk Muhyudin duduk Najib disebelah kirinya Zahid dan disebelah kanannya Maslan turut bangun sebagai tanda hormat kepada pm yang datang duduk di meja mereka bertiga Lela...
Suami Tikam Perut Isteri Semasa Bertengkar

Suami Tikam Perut Isteri Semasa Bertengkar

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 291 hits
Seorang wanita cedera di bahagian perut akibat ditikam oleh suaminya ketika bergaduh di kediaman mereka di Kampung Iboi Kupang malam semalam Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata pasangan itu pada awalnya berte...
Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera

Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 423 hits
Ayam kalau digoreng begitu sahaja pun sedap juga Tapi lebih sedap kalau berkuah Tidaklah kering sangat Masak ayam nib oleh dipelbagaikan Ada yang suka cara melayu boleh buah ayam masak tomato Kalau suka cara India ayam vanggey pun tak kuran...
7 Maut Di Rusia Selepas Meminum Cecair Pembasmi Kuman Setelah Mereka Kehabisan Alkohol Semasa Berpesta

7 Maut Di Rusia Selepas Meminum Cecair Pembasmi Kuman Setelah Mereka Kehabisan Alkohol Semasa Berpesta

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 362 hits
Tujuh orang di Rusia telah disahkan meninggal dunia selepas mereka meminum cecair pembasmi kuman selepas kehabisan stok alkohol ketika sedang berpesta Manakala dua orang lagi mangsa kini dilaporkan dalam keadaan koma di wad rawatan rapi Pap...
Dua Portal Pekerjaan Dilancar Semasa Pandemik Covid 19

Dua Portal Pekerjaan Dilancar Semasa Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 225 hits
GEORGE TOWN Dua portal pekerjaan dalam talian dilancarkan hari ini dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia ekoran pandemik COVID 19 Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini berkata pencari kerja terutama belia...
10 Tempat Makan Menu Barat Terbaik Mesti Dikunjungi Semasa Berada Di Melaka

10 Tempat Makan Menu Barat Terbaik Mesti Dikunjungi Semasa Berada Di Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 378 hits
10 Tempat Makan Menu Barat Terbaik Mesti Dikunjungi Semasa Berada Di Melaka l Assalamualaikum Melaka adalah sebuah bandaraya bersejarah semua orang tahu akan perkara ini Disebabkan itu ramai yang suka berkunjung dan bercuti di Melaka untuk ...
Azalina Tegur Menteri Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa Belanjawan 2021 Di Bahas

Azalina Tegur Menteri Timbalan Menteri Tiada Di Dewan Semasa Belanjawan 2021 Di Bahas

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azalina Othman Said menegur kerajaan mengatakan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz atau timbalannya Datuk Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah mesti berada di Dewan R...
11 Kesalahan Yang Tidak Patut Calon Lakukan Semasa Interview Dijalankan

11 Kesalahan Yang Tidak Patut Calon Lakukan Semasa Interview Dijalankan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 190 hits
Mungkin kesalahan kesalahan yang akan disenaraikan nanti nampak kecil atau remeh pada anda Tetapi kesannya sangat tinggi untuk pemarkahan dan pada panel penemuduga itu sendiri Takut juga peluang anda akan terlepas begitu sahaja walaupun kel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi