Politik Malaysia Orang Muda Harus Menonjol Bukan Minta Ditonjolkan


 
Pada 28 Disember 2020oleh Nor Miswary Ramli
Oleh Nor Miswary Ramli
(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)
Sejarah lampau telah merakam bahawasanya para pemimpin politik yang ada pada hari ini datang dari perjuangan yang mereka sendiri mulakan atau yang pernah mereka sertai ketika mereka masih muda lagi.
Mereka tidak menuntut untuk mengisi kesemua kedudukan itu pada waktu dulu. Malah tidak pula merengek-rengek diberi peluang dan meminta-minta diperuntukan ruang untuk ‘berjuang’ – mereka malah mencipta peluang dan ruang tersebut dengan tangan mereka sendiri.
Begitupun, tidaklah saya katakan yang golongan muda sekarang ini tidak berbuat apa-apa untuk menonjolkan perjuangan mereka. Telah begitu banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang wujud berpandu kepada kepercayaan atas apa yang mereka perjuangkan.
Namun jika kita perhatikan dengan lebih mendalam terutama sekali ke medan politik, soalan yang kerap timbul dalam kotak akal ialah; apakah yang sedang dilakukan oleh golongan muda ini? Adakah cukup dengan mengeluarkan kenyataan media mengutuk keras tindakan semborono Kerajaan atas sebarang isu sensasi yang mendada di laman media sosial?
Atau apakah golongan muda ini hanya berminat dengan forum ilmiah berat yang hanya ditekuni para jargoan? Atau mereka rasa sudah memadai dengan hanya buat program online sembang santai yang tidak pernah-pernah sudah? Orang muda harus lebih radikal dan punyai taktikal – melawan kebiasaan. Mereka mesti berani dengan idea untuk mengubah, bukan diubah.
Hari ini, blok pembangkang dilihat tidak tersusun sejak kebelakangan ini. Ini mungkin gara-gara kegagalan menolak Belanjawan 2021 tempoh hari yang kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga dan beberapa kegagalan lain sepanjang proses tersebut.
Walaupun ia adalah kemenangan tipis buat Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipertikai keabsahannya, namun ia masih lagi sebuah kemenangan yang tentunya seronok untuk mereka melompat bersorak. Bak kata orang, kalah tetap kalah biarpun satu undi.
Maka, saya kira sayap-sayap parti politik yang terdiri daripada golongan muda sudah seharusnya mengambil langkah yang lebih berani dengan menonjolkan diri memainkan peranan mereka sekarang. Bukan besok lusa – tetapi sekarang!
Mereka boleh sahaja memperlihatkan kesatuan dengan semua sayap parti blok pembangkang sebagai usaha segera memperbetulkan apa yang telah berlaku. Inilah masanya untuk golongan muda dalam sayap parti politik pembangkang mempertaruhkan apa sahaja idea baharu dan yang lebih segar bagi menyatukan kita semua. Orang muda jangan hanya menunggu pemimpin-pemimpin senior mereka merangka formula untuk mengikat dan memperbaharui kerjasama. Golongan muda-lah yang perlu ketengahkan idea yang mereka ada dan ianya mesti dibuat secara berpasukan.
Golongan muda yang harus mulakan dulu. Tonjolkan teladan dengan aksi, bukan hipokrasi. Jika demo, demolah sekali. Jika bantah, bantahlah sekali. Jika berpayung, berpayunglah sekali. Bina kesatuan, kumpul semua kudrat dan kekuatan yang tersisa.
Jika golongan muda mahu menuntut peluang dan ruang untuk bersuara, merasakan yang mereka mampu mencetus dan menggerakkan idea yang lebih besar dan segar, berkeupayaan memimpin sekarang dan bukan sekadar di masa depan – maka inilah masanya mereka menonjolkan diri. Ya, inilah masanya!






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/politik-malaysia-orang-muda-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

Boleh Tunjukan Anak Muda Di Malaysia Yang Boleh Kita Angkat Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 467 hits
Rakyat tak nak yang ada bau korup sedangkan usia masih muda Netizen tak nak anak muda berguru dan merujuk penyamun untuk menjadi pemimpin Kita tak nak anak muda yang lari panjat pagar bila negara ada masalah Anak muda jangan ada ciri mudah ...
Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 Adalah Harus Dan Wajib Diambil Oleh Golongan Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 314 hits
Perdana Menteri sedia mengumumkan sebelum ini yang mana vaksin Covid 19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia Selari dengannya kini Hukum Penggunaan Vaksin Covid 19 telah diumumkan dimana ia adalah harus dan wajib diambil ole...
Politik Malaysia Perlarasan Semula Atau Penstrukturan Semula

Politik Malaysia Perlarasan Semula Atau Penstrukturan Semula

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 299 hits
Pada 26 Disember 2020Oleh Nor Miswary RamliPerlarasan semula atau apa yang disebut oleh ramai peminat politik masa kini reset bermakna kita kembali kepada kedudukan asal Nombor sifar Kosong Posisi yang asal dengan orang yang sama dan di ked...
Kenapa Ahli Politik Malaysia Ikut Perangai Donald Trump

Kenapa Ahli Politik Malaysia Ikut Perangai Donald Trump

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 499 hits
Pandemik Covid 19 terbukti menjadi penetapan semula utama bagi kebanyakan orang di seluruh dunia Dan ini juga sama di sini dalam drama politik Malaysia yang tidak pernah berakhir yang para pengawal tua masih berusaha untuk menggunakan apa s...
Kalau Hanya Sekedar Perbedaan Politik Tidak Harus Merusak Perdamaian

Kalau Hanya Sekedar Perbedaan Politik Tidak Harus Merusak Perdamaian

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 287 hits
Masyarakat dan para tokoh juga menjaga kultur perdamaian saling toleransi untuk menjaga persatuan dan kerukunan sesama anak bangsa
Piala Malaysia Dibenarkan Berlangsung Pada Januari 2021

Piala Malaysia Dibenarkan Berlangsung Pada Januari 2021

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 315 hits
Berita baik buat sukan Malaysia sudah pun tiba Kerajaan Malaysia memberikan kebenaran untuk melangsungkan kejohanan Piala Malaysia bermula pada Januari 2021 Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Kanan Datuk
6167 Rasuah Bila Rimau Diberi Susu Babi Loqout Malaysia 17 12 2020

6167 Rasuah Bila Rimau Diberi Susu Babi Loqout Malaysia 17 12 2020

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 332 hits
Rasuah Bila Rimau Diberi Susu Babi Datuk Nadzim Johan Ketika Logout Malaysia bertanyakan kepada Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM apa punca kerosakan seperti budaya rasuah berleluasa di Malaysia Datuk Nadzim menjawab mudah ia berpunca d...
Uniqlo Opens Its First Roadside Store In Malaysia

Uniqlo Opens Its First Roadside Store In Malaysia

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 541 hits
Three Day Special Offers to CelebrateUNIQLO Malaysia s management team officiating the opening of the first roadside type store in Malaysia 1st Mr Alex Yong Direct Retailing Director 3rd Ms Evenlyn Tan Legal Director 4th Ms Tian Shin Yin St...
Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Berjumlah Rm1 Juta Bagi Tahun 2020

Mcdonald S Malaysia Membayar Zakat Berjumlah Rm1 Juta Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 433 hits
Rangkaian restoran ini memenuhi kewajipan zakat bagi tahun ini kepada semua 14 negeri di Malaysia Azhar Darbi Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald s Malaysia menyampaikan pembayaran zakat perniagaan...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Buy Gmail Accounts Indian Whatsapp 91 8586875020

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Gachawin 16 September Gachawin Top 92 By Collin

Westbluez 24 Westbluez Top 51 By Chau

Senarai Marathon Amp Fun Run 2025 Untuk Anda Lace Up Tahun Ini

Pemimpin Tak Perlu Tunggu Pilihan Raya Untuk Bertindak Pm Anwar

Cemas Belum Sempat Naik Bas Ardell Rebah