Politik Konfrontasi Tak Baik Untuk Sabah Kata Salleh



Tindakan beberapa parti tempatan mengamalkan politik konfrontasi dengan parti dari Semenanjung adalah sesuatu yang tidak sihat, kata bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak. “Kita tidak boleh mengamalkan politik konfrontasi, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat kerana kita menanamkan sifat kebencian kepada mereka yang berada di Semenanjung. Ini adalah perkembangan tidak sihat.
“Kita di Sabah ini sejak dahulu terikat dengan politik pembangunan dan apabila kita berbicara dengan politik pembangunan, kita seharusnya memberi kerjasama dan sokongan kepada parti pemerintah yang mampu membawa pembangunan ke Sabah,” kata calon BN bagi kerusi DUN Usukan itu.
Dia berkata kesemua parti terbabit sering mengutarakan isu hak-hak Sabah dan kononnya sebagai parti tempatan, mereka mempunyai kuasa monopoli dalam perkara itu.
“Pada saya, hak Sabah itu bukanlah milik mana-mana parti politik. Hak Sabah itu adalah milik rakyat Sabah dan kita boleh mendapat yang terbaik apabila kita mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan,” katanya kepada Bernama ketika bertemu pengundi di Kampung Kuala Abai, Usukan di Kota Belud hari ini.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berdepan pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Usukan menentang bekas guru Abdul Bahkrin Mohd Yusof (Warisan) dan Datu Mohd Nazaruddin Datu Tiga Belas (Parti Cinta Sabah).
DUN Usukan, yang mempunyai 16,883 pengundi, terletak lebih sejam perjalanan dari Kota Kinabalu. Kerusi itu sebelum ini disandang Japlin Akim dari BN-Umno selepas memenanginya pada PRU ke-14, yang kemudian menyertai Bersatu.
Salleh juga meminta para pengundi menyokong Perikatan Nasional, BN dan sekutu mereka Parti Bersatu Sabah bagi memastikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri adalah sehaluan dengan pemerintahan kerajaan Persekutuan untuk menjamin pembangunan yang lebih rancak.
Menyifatkan sambutan yang diterima daripada pengundi amat baik, dia berkata pendekatan kempen pilihan raya negeri kali ini berlangsung dalam suasana berbeza ekoran ancaman pandemik Covid-19.
“Kita tidak memberi tumpuan kepada ceramah-ceramah yang besar tetapi kita memberi tumpuan turun padang menemui pengundi-pengundi di kawasan di mana kita bertanding,” katanya.
Kira-kira 1.12 juta pengundi di Sabah akan memilih wakil rakyat mereka di 73 DUN pada Sabtu ini.
#Sumber :  -Bernama  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/politik-konfrontasi-tak-baik-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Perlu Rekonsiliasi Ketepi Ideologi Politik Selamatkan Sabah Kata Najib

Pemimpin Perlu Rekonsiliasi Ketepi Ideologi Politik Selamatkan Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 296 hits
Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin di Sabah supaya mengambil sikap rekonsiliasi mengetepikan perbezaan ideologi politik demi membangunkan dan membantu rakyat negeri itu Najib berkata rakyat Sabah sudah memberi kepercayaan kepada Gab...
Prn Sabah Petanda Baik Jika Parlimen Bubar Tuan Ibrahim

Prn Sabah Petanda Baik Jika Parlimen Bubar Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 280 hits
PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah pada PRN Sabah yang berakhir semalam menunjukkan petanda baik kepada gabungan parti kerajaan persekutuan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrah...
Prn Sabah Keadilan Dan Warisan Capai Kata Sepakat Setuju Bertanding 7 Kerusi

Prn Sabah Keadilan Dan Warisan Capai Kata Sepakat Setuju Bertanding 7 Kerusi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 376 hits
KEADILAN akhirnya mencapai kata sepakat dengan Warisan bahawa parti itu bersetuju akan bertanding di tujuh buah kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Christina Liew berkata keputusan itu ...
Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

Rakyat Sabah Perbaiki Kegagalan Kerajaan Kerajaan Lalu Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 335 hits
Tanpa sebarang kerusi diperuntukkan kepada PAS pemuda parti itu tetap mengajak pengundi Sabah memperbaiki kegagalan kerajaan kerajaan sebelum ini dan bersatu demi negeri berkenaan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata sebagai meny...
Prn Sabah Ramai Calon Mudaratkan Demokrasi Kata Pemimpin Umnox

Prn Sabah Ramai Calon Mudaratkan Demokrasi Kata Pemimpin Umnox

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 330 hits
Khaled Nordin merasmikan Badan Gabungan NGO Wanita Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini JOHOR BAHRU Sejumlah besar calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini dilihat memudaratkan demokrasi berbanding me...
Hanya Bn Boleh Pertahan Kedaulatan Sabah Kata Najib

Hanya Bn Boleh Pertahan Kedaulatan Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 276 hits
KOTA KINABALU Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hanya Barisan Nasional boleh selamatkan Sabah dan mempertahankan kedaulatannya Merujuk kepada tuntutan Filipina ke atas negeri itu Najib membidas ketua menteri sementara Shafie Apdal k...
Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

Sabah Rakyat Yang Punya Bukan Warisan Punya Kata Najib

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 376 hits
Najib Razak hari ini mempersoalkan adakah Sabah milik rakyat atau Warisan Ini adalah kerana Warisan didapati meletakkan lambang besar parti mereka di hadapan pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah Cuba kita bayangkan di hadapan Pejabat P...
Berlakukah Tsunami Politik Di Sabah

Berlakukah Tsunami Politik Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 243 hits
Oleh Redzuan Shamsudin Persoalan utama selepas kempen bermati matian parti parti politik di Sabah selama dua minggu menuju hari pengundian pada 26 September ini adalah apakah akan berlakukah tsunami politik Jawapan itu tidak mudah ditemukan...
Prn Sabah Abim Seru Tolak Politik Kotor

Prn Sabah Abim Seru Tolak Politik Kotor

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 252 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sabah kecewa dengan fenomena pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang berlaku baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri Sabah Yang Dipertua ABIM Sabah Mohd Nur Hilmie Milus dalam satu kenya...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction