Politik Kita Makin Tidak Dipercayai


PANDANGAN 

Saya di salah satu port politik di Kelantan.KEGHAIRAHAN sebilangan warga politik untuk memilih parti (simbol) dalam pilihan raya akan datang sudah tidak sehagat dahulu. Berlaku perubahan sikap atau persepsi kalangan orang ramai terhadap politik dan oknum kini. Kejadian lompat parti, mengkhianati kerajaan, perbuatann jatuh menjatuh, amalan politik wang memberi kesan besar kepada mereka, menjadikan mereka tawar hati serta hilangan kepercayaan kepada politik. 
Nilai penghormatan dan kekaguman mereka kepada individu politik sebelum ini sudah relai. 
Kejatuhan kerajaan PH kerana pengkhianatan, kemudian kemusnahan kerajaan PN yang mengambil alih, meninggalkan kesan pisikologi tinggi kepada umum. Kejadian atau tragedi itu menyebabkan mereka tawar hati kepada politik dan kurang berminat untuk berpilihan raya. Masing-masing mengakui kali ini mereka lebih mahu menjadi pemerhati daripada bertindak sebagai pemain.   
Kejadian-kejadian tragis dalam dunia politik tadi, juga menjadi trauma kepada sebilangan rakyat menyebabkan mereka serik. Bertolak dari situ mereka jadi tidak bersemangat atau hilang keyakinan kepada orang politik. Mereka mula menganggap orang politik dan parti politik sama sahaja, kalau pun berbeza dari segi warna dan bentuk simbol sahaja. Pendekatan, perangai dan nafsu mereka sama sahaja, dua kali dua.   
Justeru politik bukan sesuatu yang penting dan perlu diberikan keutamaan lagi. Natijahnya mereka jadi malas untuk berpolitik seperti sebelum ini, menerimanya seada sahaja atas kebwajiban sebagai warga negara yang ditetapkan perlembagaan. Kerana itu ada yang telah mengisytiharkan untuk pencen dari politik dan tidak mahu aktif bahkan ada yang terus zip mulut dan beralih ke bidang lain. Tidak kurang juga meninggalkan parti yang lama, atau baru disertai untuk menjadi individu yang "independent". Mereka seperti dituba oleh orang politik menyebabkan hilang arah dan tidak tahu mana satu yang benar. 
Fenomena itu membimbangkan kerana ia boleh "mengurus"kan politik dan demokrasi negara. Apakah politik kita sedang menuju kemusnahan, keyakinan dan kepercayaan rakyat yang boleh mencacat dan menghilangkan makna dan erti politik demokrasi yang diamalkan selama ini? Kewalangan itu, menyebabkan pihak tertentu yang bertanggungjawab dengan sosial dan politik, pentadbiran dan negara mungkin perlu membuat kajian dan mengambil langkah-langkah membina kembali keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi ini, sekiranya kita mahu negara ini terus dibentuk melalui sistem politik demorkasi. 
Kecuali kita mahukan sistem lain membentuk negara mungkin kerosakan itu tidak perlu diperbaiki. Membiarkan politik kita terus parah tidak mustahil akan wujud sistem baharu untuk mentadbir negara.  
Tinjauan rambang.

Sempat berintraksi dengan anggota
sebuah badan kebajikan.Seminggu lepas dalam perlajanan ke Kelantan, Kedah dan Perak sewaktu singgah dibeberapa port politik di negeri-negeri itu, saya sempat menemui seberapa ramai kawan-kawan dan meninjau pendapat mereka mengenai pilihan raya serta feel mereka kepada politik. Daripada perbualan itu dapat saya maklumi bahawa sebahagian besar mereka kurang berminat dengan politik dan kecewa dengan tingkah laku individu politik. Mereka jadi keliru kerana politik kita seperti sudah tidak ada paksi dan hala tuju jelas. Politik kita jadi sangat tidak bermoral dan tidak berpetaruan dalam pemainannya. 
Justeru masing-masing menaruh harapan besar agar suasana dan pendekatan politik kita diperbaki dan individu politik perlu lebih bertanggungjawab dan berintegriti. Bagi mereka, apa yang berlaku telah mencacat dan melemahkan tunjang hakikat politik demokrasi. 

Rata-rata berpendapat nilai politik kita sudah jatuh dan kepercayaan kepada individu politik juga tidak setinggi dan seghaiarh dahulu. Mereka sudah hilang rasa kagum dan hormat kepada orang politik. Bagi mereka tidak ada pengecualian, semua orang politik sama baik mereka dari golongan agamawan, akademik, professional dan sebagainya, sebab semua terikut dengan nalusi politik masa kini. 
Orang yang mereka anggap ada integriti dan berakhlak selama ini turut sama terpalik dengan arang dan jadi bernafsu politik. Paling lantang mereka menzahirkan kekesalan apabila orang politik menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik. Walhal itu hanya omong kosong dan modal politik murahan semata-mata.
Apabila diselidiki semua perubahan ini berlaku kerana perubahan dan tragedi yang menimpa dalam politik negara sejak 2018, ekoran tumbangnya kerajaan Umno - Barisan Nasional (UBN). Walaupun kerosakan ini sudah ada sebelum ini, tetapi kejatuhan kerajaan BN menjadi faktor utama yang ditokok pula dengan kejatuhan kerajaan PH yang dicoplok secara khianat oleh rakan sendiri pada 2020 menyebabkan kerajaan PH bertahan 22 tahun sahaja.
Mulanya orang ramai menanti optimis mahu melihat hasil dan perubahan kerajaan kerajaan PH itu, tetapi gagal kerana ia dikhaianti. Mereka mengira kerajaan baru akan membawa aspirasi baru. Tidak cukup itu, baharu 17 bulan kerajaan PN yang dibentuk menggantikan kerajaan PH, ia juga musnah apabila mucul pula kerajaan Keluaraga Malaysia yang dilihat sebagai kembalinya semula UBN menguasai negara.
Hasil penelitian dan pengamatan saya kepada tinjauan secara tidak langsung itu memberi konklusi berikut terhadap penerimaan orang kepada politik hari ini dan kesannya kepada sistem demokasi.
1. Orang ramai hilang kepercayaan kepada parti politik. Bagi mereka semua parti-parti politik sama sahaja. Idealilisme dan matlamat perjuangan bukan lagi keutamaan sebaliknya hanya tinggal dalam perlembagaan dan dijadikan slogan retorik semata-mata bukan sesuatu yang akan diperjuangkan seperti mana dijanjikan. 
Mana-mana wawasan dan janji politik pula luput bersama manifesto yang dijanjikan semasa kempen, tidak sampai 30 peratus apa dijanjikan dilaksanakan. Lantaran itu mereka menganggap tidak ada parti yang benar-benar memperjuangkan gagasan parti serta mempertahan idealisme. Lantas itu mereka menghukum parti politik bukan lagi instrumen yang baik untuk negara. 
Kejadian lompat parti kerana mengejar pangkat dan kedudukan, mereka mengira telah memusnahkan kemurnian nilai dan erti politik selama ini. Justeru mereka menganggap mereka tertipu dan dipermainkan dengan golongan politik. Orang politik termasuk wakil rakyat, adalah golongan muanfik yang tidak boleh dipegang janji dan ucapan mereka. 

2. Kerana kecewa dan hampa dengan keadaan itu, maka untuk kali ini mereka akan membuat pilihan berdasarkan calon, tidak lagi berdasarkan parti atau idealisme. Mana-mana calon yang mereka kenal, ada integriti tanpa mengira warna parti diwakili, ada hubungan kekeluarga atau kawan, mereka akan pilih sebagai wakil mereka. 
Ertinya mereka tidak lagi memilih berdasarkan calon diletak oleh parti, melainkan calon yang diletakkan itu sejajar dengan kritria yang mereka tetapkan itu. Mereka akan memilih berdasarkan saksyiah calon berkenaan atau calon yang mereka kenal hatibudinya.  
3. Untuk hasil pilihan raya akan datang, kebanyakan mereka tidak tidak yakin akan ada parti atau gabungan akan berjaya membentuk kerajaan selepas piraum ke-15 nanti secara bersendiri. Semua gabungan tidak akan dapat simple majoriti untuk membentuk kerajaan. Mereka sependapat, mana-mana gabung terkuat hanya akan dapat menguasai antara 50 hingga 90 kerusi sahaja. Jadi untuk membentuk kerajaan penggabungan antara dua atau tiga gabungan diperlukan.  
Mereka berpendapat piraum ke-15 adalah satu pilihan raya yng kritikal dan tidak memberi kemenangan mutlak kepada mana-mana parti atau koalisi. 
Berdasarkan pendapat itu keadaan politik negara terancam, hilang kredibiliti dan integriti. Keadaan itu juga akan mempengaruhi seramai 5.8 juta pengundi 18 yang pertama kali akan mengambil bahagian. Anak-anak muda atau undi 18 yang masih mentah dalam politik, tidak akan mengambil kira idealisme atau pun ientegriti parti dan individu politik, mereka akan bertindak mengikut trend dan memilih calon populis. Ini jelas, walaupun Najib Razak sudah divonis 12 tahun penjara dan didenda RM210 juta namun generasi muda masih tetap mengangung dan mengkulusnya sebagai boss.
Pemaduan sikap dan persepsi terki ini orang ramai terhadap politik dengan sikap anak muda yang membuat pilihan berdasarkan trend dan populariti sangat membahaya dan makin menjadikan politik kita hilang identiti dan terkeluar dari garis siasah yang kita harapkan yang bersendikan adat, budaya dan agama serta kemanusiaan. [wm.kl. 9:22 am 08/07/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/07/politik-kita-makin-tidak-dipercayai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lama Tak Muncul Cathrine Wilson Makin Cantik Dan Berisi Ini Potretnya Di Luar Negeri

Lama Tak Muncul Cathrine Wilson Makin Cantik Dan Berisi Ini Potretnya Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 154 hits
Cathrine Wilson menjalani kehidupan barunya setelah menghirup udara bebas Cathrine Wilson kini menghabiskan waktu di luar negeri Penampilan Cathrine Wilson mencuri perhatian Penampilannya makin cantik Ini deretan foto terbarunya di luar neg...
Cikgu Anggap Silibus Matematik Tahun 6 Makin Mengarut Masukkan Bab Insurans Dan Takaful

Cikgu Anggap Silibus Matematik Tahun 6 Makin Mengarut Masukkan Bab Insurans Dan Takaful

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 158 hits
Penafian Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah sekadar hiasan semata mata Seperti yang kita sedia maklum isu silibus pembelajaran baru sudah menjadi topik hangat dikalangan pendidik dan juga ibubapa kerana dikatakan tidak sesu
Pendedahan Tajuddin Satu Puak Di Umno Menang Tetapi Di Peringkat Nasional Umno Makin Lemah Dan Tergugat

Pendedahan Tajuddin Satu Puak Di Umno Menang Tetapi Di Peringkat Nasional Umno Makin Lemah Dan Tergugat

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 156 hits
Zahid Puad Jazdlan Tok Mat dan Najib sudah tidak berani bersuara pilihanraya awal Kerajaan UMNO apakah Sabah kini sudah lebih baik seperti yang dijanjikan
Baju Nampak Bahagian Perut Netizen Dakwa Intan Najuwa Makin Seksi

Baju Nampak Bahagian Perut Netizen Dakwa Intan Najuwa Makin Seksi

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 458 hits
Tindakan pelakon kecil molek Intan Najuwa memuat naik beberapa keping gambar ketika bercuti di sebuah lokasi telah menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram Menerusi perkongsian semalam pelakon berusia 25 tahun itu mengenakan busana ...
Makin Kuat Implementasi Esg Pertamina Diakui Sejumlah Lembaga Internasional

Makin Kuat Implementasi Esg Pertamina Diakui Sejumlah Lembaga Internasional

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 149 hits
Posisi Pertamina pun menjadi lebih diakui di mata dunia sebagai motor yang mendorong keberlanjutan di Indonesia terlebih Indonesia juga berkomitmen untuk menjalankan perjanjian Paris dalam pengurangan emisi karbon
Orang Sekarang Pelik2 Makin Mengaji Makin Keliru Ustaz Kazim Elias

Orang Sekarang Pelik2 Makin Mengaji Makin Keliru Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 216 hits
Orang Sekarang Pelik2 Makin Mengaji Makin Keliru Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Tok Mat Makin Mantap

Tok Mat Makin Mantap

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 219 hits
Najib kena masuk jail dulu sebelum boleh diusahakan pengampunan diraja REALITI berani logik dan berkata benar MA63 sekali lagi tok mat cadangkan kaji semula sudah tentu ia ada kebenaran dam kebaikan Ditentang dikritik perkara biasa tokmat k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities