Politik Dajjal Tidak Perlu Dibawa Ke Sabah Dan Sarawak


MENJOLOK MENTARI

Zahid Hamidi tidak perlu
menjaja idea bolos.TERSERLAH sangat orang Semenanjung (baca parti politik) kecut perut dengan orang (baca
politik) Sabah dan Sarawak. Ketakutan ini jelas terbayang apabila berlaku politik Dajjal, tawar menawar jawatan berupa habuan kepada ahli politik daripada kedua negeri itu. 
Orang Semenanjung sedang rancak menjaja jawatan TPM di Kota Kinabalu dan Kuching seminggu dua menjelang Piraum ke-15 ini. 
Lagak mereka macam peraih durian musang king di tepi-tepi jalan di Raub yang saling bersaing dan memberi tawaran dan harga runtuh untuk menarik hati pelanggan. 
Tawaran untuk rakyat Sabah dan Sarawak ialah mereka dijanjikan untuk melantik jawatan timbalan perdana menteri. Tawaran terbaru yang ikut dibuat oleh UBN, ini adalah kesenimbungan tawaran yang dibuat sebelum ini. Pemimpin UBN tampaknya tidak ada idea lain melainkan terpaksa plagiat idea dan fikiran pembangkang walaupun ia "bedigol".  
Sebelum ini Anwar Ibrahim (PH) telah menjanjikan untuk melantik seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya gabungan itu memerintah. Logik tawaran dibuat Anwar itu seorang TPM diperlu sebagai menjaga Malaysia Timur itu.
Menidih tawaran. 
Presiden Umno Zahid Hamidi semasa melawat Sabah Ahad lalu telah menindih tawaran Anwar itu dengan mencadangkan untuk melantik masing-masing seorang timbalan perdana menteri dari Sabah dan Sarawak sekiranya BN menang. 
Untuk menampakkan cadangan itu serius, beliau telah mengarahkan Pengerusi BN Sabah Bung Mokhtar Raden agar memasukkan perkara itu dalam manifesto dan juga meminta GPS (Gabungan Parti Sarawak) berbuat hal sama. 
Dengan janji terbaru Zahid itu bermakna Malaysia akan mempunyai tiga orang timbalan perdana menteri sekiranya UBN menang dan dua timbalan perdana kalau PH yang menang.
Apakah janji-janji untuk mewujudkan jawatan itu tidak termasuk dalam politic scheme of things yang dikecam sebelum ini? Sebelum ini riuh dengan permainan politic scheme of thing yang diamalkan oleh Mahiaddin Yassin demi mengukuhkan kuasa kemudian disambung oleh Ismail Sabri Bernonoko. Politik Dajjal diamalkan Mahiaddin dan Ismail Sabri itu dikecam sebagai membazir wang rakyat dan politik tidak bermoral. 
Apakah tuduhan itu tidak kecuali apabila kita sendiri bermain dengannya?

Benar juga sinis timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) ketika mengulas tawaran atau janji dibuat Zahid Hamidi itu yang menyifatkan tawaran sebagai "mee segera" yang dikerjakan oleh orang terdesak untuk menang dalam pilihan raya. 
"Tawaran bersifat "mee segera" adalah gambaran kumpulan terdesak. Saya yakin apa sahaja yang diminta kepada kumpulan terdesak ini akan dijanjikan," kata Tuan Ibrahim dipetik. Menunaikan sesuatu janji bersifat "mee segera" ini merbahaya kerana ia boleh menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa kelak apabila sesuatu keputusan itu tidak dibuat dengan kajian mendalam apa lagi berunsurkan penipuan. Bukan sahaja makanan, apa juga dalam keadaan tergesa-gesa dan segera bahaya. 
Mudah dijinak. 
Dalam hal ini apa yang kita lihat apabila berlaku tawar menawar jawatan, (timbalan perdana menteri) itu ia sebagai merendahkan tahap politik orang Sabah dan Sarawak. Seolah-olah orang Sabah dan Sarawak hanya layak untuk memegang jawatan itu sahaja, bukan perdana menteri. 
Dari sisi lain pula orang Semenanjung menganggap orang Sabah dan Sarawak mudah dijinak dan mereka bernuansakan material bukannya idealisme perjuangan. Orang Semenanjung menganggap orang Sabah dan Sarawak sebagai semut yang gampang terpancing dengan gula meskipun bekasan dari hampas tebu.   
Tawar atau tidak, dimasukan dalam manifesto atau tidak, jawatan itu seharusnya tidak wajar diperdagangkan dan dijadikan umpan demikian rupa. Cara itu mengajar rakyat negara ini berpolitik untuk mencapai kebendaan bukan prinsip. Meneladankan sesuatu yang tidak bermoral satu perbuatan buruk dan kohong.  
Tawaran atau tidak, janji atau tidak, orang di Sabah dan Sarawak memang berhak mendapat jawatan itu sekiranya terdapat mana-mana individu atau ahli parlimennya yang layak dan berkemampuan mereka perlu dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan itu. Seorang timbalan perdana menteri perlu berkhidmat untuk negara bukan negeri, tidak timbul pelantikan penjawat jawatan itu berdasarkan geografi. Lagi pun jawatan itu bukan hak mutlak untuk orang-orang di Semenanjung sahaja. 
Sebenarnya bukan jawatan timbalan perdana menteri sahaja, tetapi untuk jawatan perdana menteri sekalipun orang Sabah dan Sarawak berhak untuk memilikinya. Dan untuk future kalau orang Sabah atau Sarawak jadi PM tidak boleh dicegah kerana ia tidak haram dari sisi Perlembagaan. Demikian juga dengan jawatan tertinggi lain seperti dalam Perkhidamatan Awam, Tentera dan Polis. 
Lantaran itu orang Semenanjung jangan merendah-rendahkan pemikiran rakyat Sabah dan Sarawak dan merasakan mereka berada ditahap lebih tinggi kerana ibu kota negara ini berada di Semenanjung. 
Ditolak dan diejek.
Kenyataan dan respon daripada beberapa ahli politik dari kedua-dua negeri itu berhubung tawaran berkenaan menjelaskan bahawa mereka tidak teruja dengan tawaran jawatan itu. Misalnya Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg disamping menyambut baik cadangan itu, tetapi katanya yang lebih bererti baginya ialah kuasa.
Katanya tidak ada guna jawatan itu kalau setakat memenuhi protokol tetapi kuasanya tidak ada. Ertinya bagi beliau jawatan itu tidak begitu penting dan mendambaankan.
Sementara ulas Ketua Penerangan Warisan Sabah pula, Mohd Ajis Jamman, jawatan itu sebagai gula untuk menarik perhatian rakyat Sabah semata-mata. Menurutnya rakyat Sabah tidak teruja dengan janji seperti itu apa yang lebih penting ialah melaksanakan sepenuhnya perjanjian dalam Perjanjian Malaysia 1960 (M60).
Undeerate
Jadi orang di Semenanjung jangan cuba underrate pemikiran dan tahap intelektual politik orang di Sabah dan Sarawak dengan menabur gula yang disalut madu. Kita bimbang yang mati lemas dalam tawaran itu nanti bukan orang Sabah dan Sarawak tetapi Semenanjung. Sejak "pengalutan" kuasa (Reformasi) yang berlaku 20 tahun lalu banyak dilihat premis kuasa Semenanjung berpindah ke Sarawak dan Sabah. Sedarkah? 
Jangan fikirkan mereka akan teruja dengan tawaran itu lantas memberi sokongan. Sedar atau tidak solidariti politik dan juga semangat rakyat (esprit) di Sabah dan Sarawak sangat kuat dan padu, mereka sedang bergerak untuk mendapat sesuatu lebih besar daripada apa yang orang Semenajung fikirkan. Gelagat dan kepaduan mereka ini dapat disaksikan di parlimen apabila timbul isu-isu kepentingan bersama mereka akan bersatu.
Mungkin orang Semenanjung tidak sedar, atau teralpa bahawa rakyat di kedua-dua negeri itu sedang berusaha membebaskan diri mereka daripada kekuasaan Kuala Lumpur yang kesekian lama mengikat mereka. Tanpa perlu dihuraikan rakyat dikedua-dua negeri itu telah menganggap selama ini mereka dibelenggu oleh hegemoni Kuala Lumpur. Dan sedar bahawa pemikiran dan aspirasi rakyat di negeri Bayu dan Bumi Kenyalang itu sudah jauh berbeza daripada 40 tahun lampau.
Sang Kenyalang sedang mengimpikan penerbangan jauh dan tinggi, dan Sabah terus mencipta bara dalam kedinginannya.   
Ertinya perjuangan, keinginan dan kedahagaan orang Sabah dan Sarawak bukan jawatan menteri atau timbalan perdana menteri, tetapi mereka sedang mengimpikan kuasa lebih besar daripada hanya untuk menjadi perdana menteri. 
Orang Semenanjung yang perasaan mereka hebat dan cerdik seharusnya mengajar rakyat Sabah dan Sarawak berpolitik secara professional, beradab dan penuh keeratan (solidariti) sebagai sebuah negara. [wm.kl. 9:28 am 25/10/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/10/politik-dajjal-tidak-perlu-dibawa-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Sabah Sarawak Kehendak Politik Lebih Penting Daripada Jawatan Tpm Kata Penganalisis

Bagi Sabah Sarawak Kehendak Politik Lebih Penting Daripada Jawatan Tpm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 203 hits
Rahezzal Shah Abd Karim berkata memberi kuasa kepada Sabah dan Sarawak menguruskan sendiri peruntukan pembangunan bagi Malaysia Timur lebih baik daripada tawaran jawatan timbalan perdana menteri untuk Sabah dan Sarawak PETALING JAYA Seorang...
Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Dan Labuan

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Dan Labuan

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 179 hits
PETALING JAYA Amaran hujan berterusan dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Sarawak Sabah dan Labuan sehingga esok
Di Sabah Dan Sarawak Akan Diumumkan Kemudian

Di Sabah Dan Sarawak Akan Diumumkan Kemudian

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 201 hits
KEADILAN mengumumkan calon calon yang akan bertanding di kerusi parlimen seluruh Semenanjung pada malam tadi Menurut Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Rafizi Ramli semua calon tersebut telah dipilih dengan teliti dan memenuhi kriteria yang dip...
Ph Sedia Bentuk K Jaan Bersama Sabah Sarawak Bukan Umno

Ph Sedia Bentuk K Jaan Bersama Sabah Sarawak Bukan Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 281 hits
Geraldine Tong Puteri Aisya SufianTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan terdapat sebarang usaha untuk partinya bekerjasama dengan Umno Katanya kerjasama paling mungkin bagi Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas pilihan raya adal...
Pru15 Shafie Juga Yakin Sabah Sarawak Jadi King Maker

Pru15 Shafie Juga Yakin Sabah Sarawak Jadi King Maker

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 236 hits
Shafie berucap merasmikan program jelajah Warisan di Dewan Matunggong di Kota Marudu hari ini KOTA MARUDU Presiden Warisan Shafie Apdal bersetuju dengan kenyataan Parti Bersatu Rakyat Sabah bahawa Sabah dan Sarawak akan menjadi king maker b...
Metmalaysia Warns Of Continuous Rain In Sarawak Sabah Labuan

Metmalaysia Warns Of Continuous Rain In Sarawak Sabah Labuan

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 319 hits
MetMalaysa warned of continuous rain in Bintulu Miri Limbang Sipitang Tenom Kuala Penyu Beaufort Keningau Tambunan the west coast and Kudat 8211 AFP photo KUALA LUMPUR The Malaysian Department of Meteorology has issue
Tawaran Tpm Buat Sabah Sarawak Jadi Manifesto Ph Kata Pemimpin Dap

Tawaran Tpm Buat Sabah Sarawak Jadi Manifesto Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 258 hits
Chan Foong Hin berkata janji sama dibuat pada PRU14 tetapi tidak dimasukkan dalam manifesto PH ketika itu KOTA KINABALU Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke 15 turut termasuk janji melantik seorang timbalan perdana menteri da...
Apa Maksud Tersirat Tawar Dua Tpm Sabah Sarawak Tanya Jer

Apa Maksud Tersirat Tawar Dua Tpm Sabah Sarawak Tanya Jer

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 194 hits
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke 8 Datuk Dr Marzuki Mohamad Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji jika BN menang PRU 15 dua orang Timbalan Perdana Menteri akan dilantik masing masing bagi mewakili ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya