Politik Apakah Di Sebalik Surat Ke Istana




Anwar Ibrahim, Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi dan Maszlee Malik adalah empat watak yang menjadi perbualan hujung minggu lalu ekoran terdedahnya tiga surat berlainan yang mendakwa mereka memberikan sokongan kepada presiden PKR untuk menjadi perdana menteri kesembilan.
Banyak persoalan yang timbul ekoran pendedahan surat-surat tersebut. Apakah surat-surat tersebut tulen?
Jika tidak tulen, mengapa penafian daripada keempat-empat pemilik tandatangan surat-surat itu masih tidak kedengaran?
Setakat ini, belum ada penafian khusus daripada keempat-empat watak ini terhadap surat-surat yang didedahkan.
Yang ada cumalah penafian daripada pegawai Zahid dan Umno yang menyatakan surat yang ditandatangani ahli Parlimen Bagan Datuk dan Najib itu palsu.
Bukan itu sahaja, kesunyian daripada pihak Najib untuk melakukan sebarang hasut maya (troll) terhadap Anwar, mahupun jenaka “Super Ring” sejurus pertemuan mengadap ahli Parlimen Port Dickson itu dengan Agong pada 13 Oktober lalu juga menambahkan lagi spekulasi kepada episod politik ini.
Sehingga ini, Najib hanya membuat hasut maya terhadap kualiti kertas surat yang dikatakan ditandatangani beliau dan Zahid tanpa sebarang penafian khusus.
Jika surat-surat itu tidak tulen, apakah ada surat-surat lain yang menyebabkan Anwar sebegitu yakin untuk mengumumkan kerajaan Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau memiliki majoriti “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi perdana menteri?
Ataupun disebabkan surat-surat itu memang tulen, dan kerana melibatkan sokongan Najib dan Zahid, kedua-dua watak yang sedang berdepan berpuluh tuduhan rasuah di mahkamah, Anwar terpaksa merahsiakan siapa menyokongnya?
Kerana bimbang rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersetuju?
Apakah ini juga bermakna jika Anwar menyatakan Muhyiddin kehilangan majoriti di Parlimen kerana sokongan Najib dan Zahid, tapi pada masa sama disebabkan itu beliau tidak dapat membuktikan mempunyai majoriti di Parlimen?
Itu pun dengan andaian semua sekutunya dalam PH akan bersetuju untuk bekerjasama dengan Najib dan Zahid.
Lebih menarik, jika surat-surat itu tulen dan diserahkan Anwar kepada Agong, apakah ini bermaksud sesiapa yang mengatakannya palsu sudah melakukan perbuatan menipu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah?
Setakat ini, semua pihak yang didakwa terlibat dengan surat-surat ini mengalami “kerugian teruk” daripada sudut persepsi politik dan juga kebolehpercayaan ahli parti sendiri ekoran pendedahan ini.
Jika surat Anwar itu adalah benar, maka ini bermakna presiden PKR itu tiada sokongan majoriti seperti yang diwar-warkan beliau.
Yang ada cuma andaian.
Tapi jika surat-surat itu palsu, apakah Anwar ada surat lain yang menyebabkan keyakinannya meluap-luap menyatakan kerajaan baru yang akan ditubuhkan beliau ialah kerajaan majoriti Melayu-Islam?
Jika surat Najib dan Zahid itu benar, maka ini bermakna kedua-dua pemimpin itu sudah melakukan sesuatu yang berisiko menamatkan riwayat Barisan Nasional (BN), Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) dan menyebabkan Umno bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Tapi jika surat itu palsu, sewajarnya Najib dan Zahid menafikannya dan laporan polis perlu dilakukan segera.
Tapi jika surat-surat itu palsu, apakah Anwar ada surat lain yang menyebabkan keyakinannya meluap-luap menyatakan kerajaan baru yang akan ditubuhkan beliau ialah kerajaan majoriti Melayu-Islam?Jika akaun berkanun (SD) Maszlee itu benar, maka ini bermakna bekas menteri pendidikan sudah tidak bersama Dr Mahathir Mohamad.
Jika SD itu palsu, Maszlee perlu berjumpa dengan Anwar segera.
Cuba fikir, mengapa tidak Mahathir?
Jangan terlupa di sebalik semua ini ada gerakan putera Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah.
Jadi, cuba fikir siapa yang mendapat untung daripada gerakan politik mendedahkan surat-surat ini, tulen mahupun palsu kepada orang awam?
Apa-apapun jangan sesekali kita lupa Covid-19 masih “mengganas” seperti politik negara kita.

TIMMY SAY

MR : Politik melepas diri  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/politik-apakah-di-sebalik-surat-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panglima Atm Mengadap Agong Signal Apakah Duk Gila Lagi Politik Amik Kau

Panglima Atm Mengadap Agong Signal Apakah Duk Gila Lagi Politik Amik Kau

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 265 hits
Perdana Menteri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz di Kuantan hari ini bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Kenderaan yang membawa perdana menteri dilihat memasuki pagar Istana ...
Ketua Ketua Parti Politik Dipanggil Ke Istana Negara Untuk Mengadap

Ketua Ketua Parti Politik Dipanggil Ke Istana Negara Untuk Mengadap

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 276 hits
Selepas Anwar dan Tengku Razaleigh dipanggil mengadap sumber memaklumkan bahawa ketua ketua parti termasuk Bersatu Umno Pas DAP AMANAH dan juga Warisan juga telah dipanggil dan dijadualkan mengadap YDPA Perdana Menteri yang juga Presiden Be...
Siasat Kebocoran Surat Rasmi Di Istana Pro98 Reformis

Siasat Kebocoran Surat Rasmi Di Istana Pro98 Reformis

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 206 hits
Kebocoran surat rasmi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di Pertuan Agong dan tersebar di laman sosial sejak beberapa hari ini amat mengejutkan Bagi Pengerusi Pro98 Reformis Dr Badrulamin Bahron kebocoran seperti itu tid...
Untuk Memahami Surat Kuli Kepada Dewan Rakyat Pandangan Dari Pelbagai Sudut Politik

Untuk Memahami Surat Kuli Kepada Dewan Rakyat Pandangan Dari Pelbagai Sudut Politik

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 272 hits
1 CUBA anda baca betul betul persoalan yang ditimbulkan oleh Ku Li dalam surat bertarikh 25 September 2020 ini Apa yang boleh kita digest dari surat ini Cuba kita lihat di mukasurat pertama Ku Li menyebut pencadang mendakwa Adakah ini berma...
Surat Sokongan Adalah Palsu Dapat Dari Website Kaki Kelentong

Surat Sokongan Adalah Palsu Dapat Dari Website Kaki Kelentong

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 296 hits
Kejahatan pembocoran Dokumen Agong Pihak Polis harus menyiasat Malaysia Now dengan segera IstanaDikhianati IstanaDikhianatiCheck Tarikh Posting ini https www malaysianow com berita 2020 10 16 pendedahan najib zahid tulis surat ke istana unt...
Ebook 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular Carian Di Malaysia

Ebook 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular Carian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 440 hits
Ebook 18 Koleksi Surat Perjanjian Popular Carian Di Malaysia Rata rata carian di google dengan kata kunci Surat Perjanjian adalah berkaitan template dan contoh surat perjanjian Ianya melibatkan surat perjanjian pembelian kenderaan baru dan ...
Coret Surat Buat Peminat Chen Exo Sah Sertai Latihan Khidmat Ketenteraan Pada 26 Oktober Ini

Coret Surat Buat Peminat Chen Exo Sah Sertai Latihan Khidmat Ketenteraan Pada 26 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 306 hits
Selepas Xiumin D O dan Suho akhirnya Chen pula menjadi ahli EXO seterusnya yang bakal menyertai latihan khidmat ketenteraan wajib tak lama lagi Pada pagi 16 Oktober lelaki itu telah berkongsi satu coretan khas buat peminat menerusi aplikasi...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord