Polisi Buy Muslim First Sudah Berkubur



Oleh: Faiz Fadzil
ULASAN: Kempen “Buy Muslim First” (BMF) walaupun bertujuan baik untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mempromosikan produk berkonsepkan Islam, namun ianya telah dipolitikkan PAS sebelum, kini nampaknya sudah hilang bisanya hanya dalam tempoh tidak sampai setahun. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai PAS seharusnya sudah mampu membentangkan BMF sebagai dasar ekonomi negara, tetapi sekarang ia dilihat tidak lagi diendahkan oleh PN dan PAS. Malah, dalam ucapan Perdana Menteri pada 5 Jun 2020, nampaknya kempen BMF sudah diketepikan dan digantikan dengan kempen “Buy Malaysia” yang serupa dengan kempen “Beli Barangan Buatan Malaysia” yang digerakkan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mengembangkan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.
Jika dahulu PAS menyifatkan kempen BMF ini adalah untuk mengukuhkan ekonomi Melayu-Islam di Malaysia, mengapakah tidak diteruskan agenda BMF dalam ketiga-tiga pakej rangsangan ekonomi (PRE) yang telah diumumkan di bawah PN. Daripada RM275bil nilai PRE yang diumumkan bawah PN, tidak dibentangkan nilai yang telah diperuntukkan untuk kempen BMF bagi mengukuhkan daya saing perniagaan Muslim-Bumiputera. Apakah PAS dan PN hanya memanipulasi sentimen Melayu-Islam untuk kepentingan politik (political mileage), tetapi mengabaikannya setelah menjadi kerajaan.
Jika diteliti ketiga-tiga PRE yang diumumkan oleh PN, tidak ada sebarang peruntukan atau geran khusus untuk membantu industri halal Malaysia mengukuhkan operasi yang terjejas akibat wabak Covid-19. Bukan itu sahaja, kempen “Buy Malaysia” juga tidak mempunyai inisiatif khas untuk perniagaan Melayu-Islam. Misalnya, jika PAS dan PN benar-benar prihatin dengan kempen BMF, sepatutnya dilaksanakan langkah-langkah seperti penandaan produk BMF, mengarahkan pasar raya menyediakan sebahagian peratusan “shelf space” untuk barangan BMF dan mewajibkan produk BMF dipromosi di platform e-dagang.
Jelas, slogan kerajaan Melayu-Islam PN hanyalah polemik politik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat dalam usaha menghalalkan tindakan politik mereka sebelum ini termasuk menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton. Cara berpolitik sebegini yang tidak berpegang kepada politik nilai tidak akan menguntungkan orang Melayu secara khusus dan negara Malaysia secara am.
Kerajaan PH sebelum ini memberikan penekanan kepada perkembangan industri produk halal yang cukup penting untuk sosio-ekonomi orang Melayu-Islam. Menerusi kempen “Buy Malaysian Product First”, fokus kepada produk halal telah diintegrasikan. Mantan Menteri Hal Ehwal Islam, YB Dato’ Dr Mujahid Rawa, sebelum ini pernah menyatakan tentang keperluan menjadikan halal sebagai penanda aras (benchmark) sesuatu produk.
Semasa pentadbiran kerajaan PH, satu program strategik “be-Halal” diwujudkan bagi memacu perkembangan industri halal Malaysia di mana perniagaan halal tempatan dilatih oleh pakar dan dibangunkan untuk berdaya saing di luar negara. PH turut memberi tumpuan dalam meningkatkan penyertaan Bumiputera Islam dalam pensijilan halal di Malaysia, yang ketika ini 60% pemegang sijil halal adalah syarikat korporat antarabangsa (MNC) dan peniaga bukan Islam.
Walaupun telah berlalu 100 hari berada di kerusi empuk kerajaan, namun masih tiada dasar atau pelan yang telah diperkenalkan oleh PAS dan PN untuk meningkatkan sosio-ekonomi orang Melayu. Dengan keadaan pasaran buruh yang semakin membimbangkan di mana lebih 2 juta rakyat Malaysia dijangka hilang pekerjaan akibat kesan Covid-19 dan setakat suku pertama tahun ini (Q1 2020), kehilangan pekerjaan meningkat 42%, apakah solusi yang mahu dicadangkan kerajaan PN dan PAS bagi menyelamatkan orang Melayu yang turut terjejas teruk?
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, pada tahun 2016, hampir 39% isi rumah Bumiputera berpendapatan RM4,000 ke bawah dan golongan ini yang tergolong dalam kelompok B40, lebih terdedah kepada kehilangan pekerjaan khususnya mereka yang berkemahiran rendah. Dalam sektor perniagaan pula, impak wabak Covid-19 telah melemahkan perniagaan ramai orang Melayu. Kajian Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menunjukkan 52% responden usahawan Melayu hanya mampu bertahan dalam tempoh sebulan walaupun dengan adanya bantuan Skim Bantuan Upah yang diperkenalkan bawah PRE.
Justeru, persoalan yang timbul di kalangan rakyat adalah di manakah cadangan PAS dan PN untuk membela kelompok ini dan juga rakyat Malaysia yang lain? Sejauh manakah inisiatif yang telah diperkenalkan bawah PRE ini benar-benar berkesan? Sedangkan laporan berita mengenai pemberhentian pekerja di syarikat-syarikat tempatan, termasuk yang bersaiz besar, semakin meningkat. Ini secara tidak langsung menunjukkan inisiatif PRE kerajaan PN yang turut dianggotai oleh PAS, tidak memberikan impak positif seperti yang telah dijanjikan. PAS dan PN harus tampil memberikan jawapan. Jangan terus berdiam diri berselindung di sebalik kelubung kuasa pemerintah.
_____________________________________________________________________________
Penulis merupakan ADUN Permatang Pasir dan AJK AMANAH Nasional


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28534

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Membeli Produk Muslim Buy Muslim First

Kempen Membeli Produk Muslim Buy Muslim First

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 451 hits
by1Media my July 03 2020KENYATAAN AKHBARKEMPEN MEMBELI PRODUK MUSLIM BUY MUSLIM FIRST 1 Kempen Membeli Produk Muslim Buy Muslim First adalah agenda Gerakan Pembela Ummah bagi memperkasakanpembangunan ekonomi umat Islam yang telah dilancarka...
5 Ilmuan Muslim Penemu Alat Kecantikan Dan Kosmetik

5 Ilmuan Muslim Penemu Alat Kecantikan Dan Kosmetik

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 429 hits
Muslimah dan kecantikan sepertinya dua sisi yang selalu beriringan Tampil cantik dan menarik adalah hasil akhir yang diinginkan dari penampilan kaum Hawaini Untuk mendapatkan kecantikan tersebut banyak cara dilakukan baik secara tradisional...
Scrub Face Muslim Milk Pudding Exfoliator

Scrub Face Muslim Milk Pudding Exfoliator

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 419 hits
ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH SEPERTI DIATASMILK PUDDING EXFOLIATOR berkesan menanggalkan whitehead black head sel kulit mati dan mengatasi masalah kulit kusam dengan lembut dan pantas Lihat bagaimana Anju puas hati dengan MERVABLY MILK PU...
Saya Seorang Muslim Tahu Jaga Iman

Saya Seorang Muslim Tahu Jaga Iman

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 298 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan apabila Harith Iskander memuat naik gambar memegang seekor anjing Harith memberitahu dia telah mengambil anjing kudung sebagai anak angkat selepas diselamatkan oleh seorang wanita beragama Islam Akui meneri...
Muslims Cannot Be Involved In Non Muslim Marriage Disputes Rules Court

Muslims Cannot Be Involved In Non Muslim Marriage Disputes Rules Court

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 464 hits
The Court of Appeal did not not provide the grounds for its decision to overturn the High Court ruling PUTRAJAYA The Court of Appeal here today ruled that a Muslim cannot be made a party in a matrimonial dispute involving non Muslim couples...
Leonard Non Muslim Yang Buat Seluruh Malaysia Bangga

Leonard Non Muslim Yang Buat Seluruh Malaysia Bangga

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 418 hits
PEMUDA INDIA GIGIH BETULKAN KIBLAT UNTUK RAKAN MUSLIMDalam hubungan persahabatan beruntung sekiranya terdapat seorang rakan yang mengambil berat dan menegur kesilapan kita tanpa mengambil kira perihal agama atau bangsa Seorang pemuda Amer A...
China Dilaporkan Berlakukan Wajib Aborsi Untuk Muslim Uighur

China Dilaporkan Berlakukan Wajib Aborsi Untuk Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 309 hits
Pemerintah China dilaporkan menundukkan ratusan ribu perempuan Uighur dan minoritas Muslim lainnya dengan metode kontrol kelahiran yang dipaksakan termasuk wajib aborsi Laporan investigasi Associated Press yang diterbitkan hari Senin mengat...
Tak Perlu Boikot Atau Lariskan Produk Saudara Muslim

Tak Perlu Boikot Atau Lariskan Produk Saudara Muslim

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 279 hits
Saat ini Anda memilih apa Apa memilih tidak usah boikot saja Ataukah lariskan produk muslim Posting ditampilkan lebih awal di
Allah Beri Hidayah Dulu Jadi Sami Buddha Kini Seorang Muslim Bergelar Haji

Allah Beri Hidayah Dulu Jadi Sami Buddha Kini Seorang Muslim Bergelar Haji

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 665 hits
Tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah S W T Siapa pun kita jika hidayah untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik diberikan sudah tentu kita boleh berubah dengan serta merta Penganut agama lain kembali kepada fitrah agama Islam buka...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan