Polis Tumpas Sindiket Along Diketuai Datuk Seri


AGENDA DAILY
Polis menumpaskan sindiket Along.
Satu sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along diketuai lelaki berusia 59 tahun bergelar Datuk Seri antara tiga kumpulan yang ditumpaskan oleh Polis Pulau Pinang dalam serbuan 7 Julai lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu juga anggota geng kongsi gelap terbesar di negeri itu.
Katanya mereka yang berusia antara 21 hingga 59 tahun itu ditahan dalam operasi khas bermula 6 pagi hingga 5 petang, hasil risikan dan intipan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri sejak sebulan lalu.
“Kumpulan pertama membabitkan 15 individu yang diketuai lelaki bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun yang juga ahli perniagaan. Mereka ini merupakan ahli kongsi gelap terbesar di Pulau Pinang iaitu dari Geng 24 dengan menjalankan kegiatan perjudian, dadah, pelacuran dan pemerasan.
“Modus operandi geng itu adalah dengan menawarkan pinjaman kepada orang ramai dan mengenakan faedah yang tinggi antara 30 hingga 50 peratus sebulan. Sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang mereka, ahli kumpulan tersebut akan mengugut dan mencederakan mereka,” katanya hari ini.
Mohd Shuhaily siasatan mendapati geng itu mempunyai senjata api dan senjata tajam untuk tujuan melakukan kegiatan pemerasan, mencederakan dan menakutkan peminjam yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk pengurus kilang, ahli perniagaan dan peniaga.
Beliau berkata transaksi pinjaman yang dikenakan adalah antara RM1,000 hingga RM100,000 yang menggunakan akaun sendiri, ahli keluarga atau rakan peminjam dan siasatan mendapati kumpulan itu juga mampu mengaut keuntungan sehingga setengah juta ringgit setiap bulan, hanya dengan aktiviti pinjaman wang tidak berlesen tersebut.
Katanya sementara kumpulan kedua terdiri daripada empat orang dan diketuai lelaki berusia 25 tahun manakala tangkapan terakhir adalah melibatkan seorang lelaki, berusia 36 tahun, yang bergerak sendiri menjalankan kegiatan along.
“Ekoran penahanan 20 lelaki itu, polis merampas 11 kenderaan mewah antaranya jenis Toyota Vellfire, BMW, Mercedes Benz dan Honda, 36 telefon bimbit, 64 keping kad bank, 22 set kad perniagaan, wang tunai bernilai RM24,520, sembilan utas jam tangan dan tujuh unit barang kemas,” katanya.
Beliau berkata tiga geng along itu juga dipercayai telah terlibat dalam kegiatan along sejak beberapa tahun lepas dan semua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/polis-tumpas-sindiket-along-diketuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Sindiket Pengedaran Dadah Di Pulau Pinang Tumpas

Dua Sindiket Pengedaran Dadah Di Pulau Pinang Tumpas

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 295 hits
GEORGETOWN Polis melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di negeri ini dalam beberapa serbuan pada 6 Julai hingga Isnin lalu membabitkan rampasan dadah bernilai RM3 5 juta Dalam siri serbuan itu turut ditahan adalah enam individu termasuk...
Hiburan Minta Suap Makanan Anak Fendy Caliph Buskers Mesra Dengan Datuk Seri Rina Harun

Hiburan Minta Suap Makanan Anak Fendy Caliph Buskers Mesra Dengan Datuk Seri Rina Harun

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 327 hits
Semalam tular di media sosial mengenai kisah salah seorang anggota kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun yang kini mengalami kesulitan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak pandemik COVID 19 yanng melanda negara Sehubu...
Kalau Nak Berniaga Jangan Bagi Alasan Itu Ini Kata Datuk Seri Vida

Kalau Nak Berniaga Jangan Bagi Alasan Itu Ini Kata Datuk Seri Vida

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 310 hits
nbsp Usahawan sen sasi Datuk Seri Vida tidak mem perlekeh atau menidakkan gerakan bendera putih sebalik nya sekadar menitipkan pesa nan untuk mereka yang sering membe rikan alasan untuk mula berniaga Jelas beliau atau nama sebe narnya Hasmi...
Doktor Dalang Sindiket Syabu Di Sipitang Tumpas

Doktor Dalang Sindiket Syabu Di Sipitang Tumpas

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 249 hits
Suspek lelaki dikenali sebagai doktor Foto NSTP Ihsan PDRM SIPITANG Polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai doktor yang dipercayai dalang utama sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini Turut diberkas dua lagi rakannya dalam ser...
Hiburan Kena Scam Dengan Datuk Seri Palsu Fizz Fairuz Rugi Rm18 000

Hiburan Kena Scam Dengan Datuk Seri Palsu Fizz Fairuz Rugi Rm18 000

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 210 hits
Pelakon Fizz Fairuz memaklumkan bahawa dia kini menanggung kerugian kira kira RM18 000 setelah diperdaya oleh seorang individu kononnya berstatus Datuk Seri yang membuka tender kontrak pembersihan menggunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lump...
Datuk Seri Anak Lelaki Antara Direman Pecah Amanah Rm304 Juta

Datuk Seri Anak Lelaki Antara Direman Pecah Amanah Rm304 Juta

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 367 hits
Polis mengiringi Datuk Seri anak dan seorang lagi kakitangan syarikat ke Mahkamah Balik Pulau Pulau Pinang hari ini BALIK PULAU Seorang lelaki bergelar Datuk Seri direman empat hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah berjumlah RM304 ju...
Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long

Datuk Seri Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Ah Long

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 235 hits
GEORGETOWN Seramai 20 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan faedah pinjaman yang tinggi di negeri ini Ketua Polis negeri Datuk Mohd Sh...
Jangan Terasa Datuk Seri Vida Jawab Kecaman Anggap Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas

Jangan Terasa Datuk Seri Vida Jawab Kecaman Anggap Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 437 hits
Lain pula pandangan usahawan kosmetik ini kepada kempen kibar bendera putih Datuk Seri Vida atau lebih mesra dipanggil DSV berpendapat Rakyat Malaysia yang mengibarkan bendera putih atau untuk memberi isyarat kesusahan adalah pemalas
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization