Polis Tak Boleh Sebarangan Periksa Telefon Bimbit Kata Bekas Kpn




Polis tidak boleh sebarangan memeriksa telefon bimbit orang awam melainkan terdapat aduan yang dibuat membabitkan perkakas elektronik itu.
Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata hanya dengan tujuan siasatan berdasarkan aduan yang dibuat, barulah pihak polis berhak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang individu.
“Harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya.
“Polis tidak boleh sesuka hati menahan “Tom, Dick atau Harry” dan meminta telefon bimbit mereka untuk diperiksa,” katanya.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam bagi memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam keselamatan.
Katanya, perkara itu dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Musa menambah, pihak polis masih memerlukan kebenaran daripada timbalan pendakwa raya bagi membolehkan mereka mengambil telefon bimbit seseorang untuk tujuan siasatan.
Beliau berkata kebanyakan individu menyimpan data peribadi seperti nombor akaun bank dalam telefon mereka, yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
“Tiada seorang pun harus mempunyai akses kepada data ini kerana ia dilindungi oleh undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Peguam Foong Cheng Leong mengakui AKM membenarkan carian tanpa waran, tetapi menjelaskan ia hanya boleh dilakukan oleh pegawai berpangkat inspektor dan ke atas.
Beliau berkata pencarian tanpa waran boleh dilakukan jika pegawai itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan dalam memperoleh waran geledah akan menjejaskan penyiasatan seperti bukti dirosakkan atau dimusnahkan pemiliknya.
Dalam kes sedemikian, katanya, pihak polis boleh mengambil telefon tersebut terlebih dahulu untuk diperiksa kemudian, dan keengganan memberi kerjasama boleh menyebabkan seseorang itu ditahan kerana menghalang tugas polis.
“Individu yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam ,” kata beliau.
Namun beliau turut menegaskan kuasa untuk merampas atau memeriksa telefon bimbit seseorang mesti bertujuan siasatan, polis tidak boleh sebarangan meminta telefon bimbit dan memeriksanya.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Jerald Joseph pula berpandangan telefon bimbit yang diambil daripada orang awam harus bertujuan siasatan yang relevan.
“Katakan anda dituduh menumbuk seseorang, maka telefon anda tidak relevan dengan kes itu.
“Sekiranya polis memanggil anda dan meminta telefon anda, anda harus meminta penjelasan kenapa mereka berbuat demikian dan anda disiasat di bawah undang-undang apa?” katanya.
Beliau berkata, adalah lebih baik sekiranya pemilik berada bersama polis ketika telefon bimbitnya diambil, melainkan individu itu ditangkap dan dalam masa sama telefon bimbitnya dirampas.
“Lebih baik juga kalau dapat wajibkan perintah mahkamah untuk pemeriksaan telefon bimbit, namun ia mungkin mengambil masa yang lama.
“Oleh itu, perlu ada sebab yang kuat dalam prosedur dalaman polis untuk telefon bimbit supaya diperiksa,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy menyatakan kebimbangan mengenai privasi individu kerana tidak akan ada had kepada pihak berkuasa untuk mengakses, termasuk gambar atau mesej peribadi yang mungkin tidak berkaitan dengan siasatan polis.
Sehubungan itu, beliau meminta peruntukan undang-undang itu disemak semula.
“Keengganan untuk mendedahkan kandungan telefon harus dianggap sebagai hak untuk berdiam diri ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa,” katanya.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/19/polis-tak-boleh-sebarangan-periksa-telefon-bimbit-kata-bekas-kpn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

Pihak Polis Ada Kuasa Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Tapi Individu Boleh Buat Laporan Jika Tak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 491 hits
Pihak Polis Diraja Malaysia berhak untuk memeriksa telefon bimbit orang awam yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu Melalui peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 199...
Polis Tak Boleh Sewenang Wenang Periksa Telefon Bimbit Ts Musa Hassan

Polis Tak Boleh Sewenang Wenang Periksa Telefon Bimbit Ts Musa Hassan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 325 hits
Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata polis tidak boleh sewenang wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam Jelasnya polis hanya boleh memeriksa telefon orang awam jika permintaan itu dikaitkan dengan siasatan Harus ada laporan po...
Polis Tak Boleh Periksa Handphone Orang Awam Sewenang Wenangnya Timb Menteri Kdn

Polis Tak Boleh Periksa Handphone Orang Awam Sewenang Wenangnya Timb Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 631 hits
The ReporterTimbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman menafikan laporan media yang melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia boleh memeriksa telefon bimbit orang awam dengan sewenang wenangnya Azis berkata media tersalah tafsir dan mengg...
Yazit Sufaat Bawah Pemerhatian Polis Kata Kpn

Yazit Sufaat Bawah Pemerhatian Polis Kata Kpn

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 369 hits
Yazit Sufaat bawah pemerhatian polis kata KPN Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Nov 2019 11 15PM
Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam

Adakah Polis Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1110 hits
Baru baru ini dunia internet kecoh membincangkan satu isu dimana memberi tahu Polis Diraja Malaysia boleh memeriksa telefon bimbit individu orang awam Dengan menggunakan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 ba...
Polis Masih Akan Siasat Walau Dah Minta Maaf Pihak Terlibat Dalam Photoshoot Kubur Boleh Masuk Penjara

Polis Masih Akan Siasat Walau Dah Minta Maaf Pihak Terlibat Dalam Photoshoot Kubur Boleh Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 890 hits
Pemilik butik pengantin yang viral kerana buat penggambaran di sebuah perkuburan Kristian telah pun memuatnaik video permohonan maafnya secara terbuka Namun kisahnya tak terhenti di situ Menurut mStar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Se...
Huawei Bakal Hadir Dengan Telefon Skrin Boleh Lipat

Huawei Bakal Hadir Dengan Telefon Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 340 hits
Acara Mobile World Congress sentiasa menjanjikan kejutan dan keterujaan kepada pengikut industri telefon pintar dan gajet saban tahun MWC 2019 juga tidak akan terkecuali Selepas beberapa pengeluar lain membayangkan akan memperkenalkan model...
Kdn Polis Berhak Semak Telefom Bimbit Orang Awam

Kdn Polis Berhak Semak Telefom Bimbit Orang Awam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 484 hits
Polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk memastikan tiada sebarang bentuk komunikasi berunsur lucah jelik mengugut dan mengancam keselamatan orang lain dan negara Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman berk...
Sesiapa Pun Boleh Kata Apa Saja Tunang Intan Najuwa Komen Gambar Mesra Dalam Air

Sesiapa Pun Boleh Kata Apa Saja Tunang Intan Najuwa Komen Gambar Mesra Dalam Air

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1767 hits
Susulan kontroversi gambar mesra pelakon Intan Najuwa di dalam air yang dipercayai mandi di laut bersama pelakon Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial BACA Rata rata netizen mendakwa aksi Najuwa dan Zul di dalam gambar ter...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi