Polis Serius Memburu Mereka Yang Pulang Beraya



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah tertentu untuk mengenal pasti individu yang merentas negeri tanpa kebenaran, dan berkumpul dengan keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tanpa memperincikan kaedah berkenaan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM telah melakukan pemeriksaan secara mengejut, di kediaman yang dikenal pasti ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula hari ini.

Beliau berkata, ini menunjukkan PDRM serius untuk melaksanakan PKPB dengan begitu nyata, iaitu mengadakan sekatan jalan raya di tempat strategik di sepanjang lebuh raya, jalan negeri, dan jalan persekutuan.




“Ia adalah semata-mata untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19, yang merebak akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang berdegil, melakukan perjalanan rentas negeri.

“Perbuatan mereka yang cuba untuk balik ke kampung atau telah terlepas ke kampung amat berisiko, dan berbahaya kepada kaum keluarga mereka,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak, malam tadi.

Abdul Hamid berkata, apa jua tindakan sekatan jalan raya dan PKPB yang dilaksanakan PDRM pada hari ini dan seterusnya, akan dapat memperlihatkan kesan dalam masa dua minggu selepas ini.


“Jika dua minggu selepas ini, kami mendapati berlaku peningkatan kes COVID-19, maka tindakan yang kami laksanakan sebelum ini kurang berkesan.

“Oleh itu, PDRM sedar dan amanah yang diberikan Jawatankuasa Kabinet, memberikan tanggungjawab kepada PDRM untuk mengetatkan pergerakan rentas negeri, yang tidak sepatutnya dilakukan,” katanya.

Mengenai pemeriksaan di kawasan perumahan, beliau berkata pasukan pemantau daerah akan keluar membuat tinjauan, untuk mengesan kawasan perumahan yang mempunyai banyak kenderaan yang lebih banyak keluar dari biasa.

“Dari situ kami boleh membuat tanggapan di mana kenderaan yang datang dari tempat lain mungkin daerah atau negeri, untuk membuat ziarah Aidilfitri,” katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan dengan menyoal penghuni-penghuni di dalam rumah yang terlibat ziarah Aidilfitri.

Sementara itu, mengenai kawalan Plaza Tol Gombak yang lengang pada malam ini beliau berkata, ia amat jauh berkurangan dan tidak seperti kebiasaan pada malam raya, yang akan berlaku kesesakan lalu lintas teruk.

“Perkara yang sama juga berlaku di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi, tersangatlah lengang, daripada kebiasaan.

“Tidak dinafikan bahawa 90 peratus rakyat Malaysia mematuhi PKPB dan hanya lima peratus yang masih mengingkari PKPB,” katanya.

Abdul Hamid mengingatkan kepada mana-mana individu yang cuba untuk merentas negeri, diminta melupakan niat itu kerana sekatan jalan raya dilaksanakan selama 24 jam. — BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/polis-serius-memburu-mereka-yang-pulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Rosyam Nor Tidak Pulang Ke Kampung Beraya Walaupun Jarak Perjalanan Hanya 10 Minit

Hiburan Rosyam Nor Tidak Pulang Ke Kampung Beraya Walaupun Jarak Perjalanan Hanya 10 Minit

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 478 hits
Walaupun kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa rakyat Malaysia dihalang daripada pulang ke kampung halaman masing masing dengan alasan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi masih ramai lagi yang berdegil Pun begitu pelakon Datuk R...
Terkejut Polis Datang Beraya

Terkejut Polis Datang Beraya

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 480 hits
TUMPAT Kegembiraan sebuah keluarga meraikan Hari Raya Aidilfitri pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan anggota polis yang hadir membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Bunohan petang ...
Terkandas Di Jakarta Baby Shima Akur Tak Dapat Pulang Beraya

Terkandas Di Jakarta Baby Shima Akur Tak Dapat Pulang Beraya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 674 hits
Terkandas di Jakarta penyanyi Baby Shima terpaksa akur meraikan Aidilfitri tanpa keluarganya susulan pandemik COVID 19 yang berleluasa ketika ini Menurut Shima beliau mahu pulang ke tanah air bersama keluarga di Masai Johor kerana bimbang a...
Hiburan Tak Dapat Pulang Beraya Wani Kayrie Hangus Rm4 000

Hiburan Tak Dapat Pulang Beraya Wani Kayrie Hangus Rm4 000

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 624 hits
Penyanyi Wani Kayrie akur apabila beliau dan keluarga tidak dapat meraikan sambutan Aidilfitri di Sabah pada tahun ini Menurut Wani beliau yang terlalu teruja telah membuat persediaan awal membeli tiket penerbangan untuk pulang beraya di ka...
Pemimpin Amk Lapor Polis Terhadap Bos Mereka Anwar Ibrahim Membuat Berita Palsu

Pemimpin Amk Lapor Polis Terhadap Bos Mereka Anwar Ibrahim Membuat Berita Palsu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 368 hits
Seorang setiausaha pemuda PKR cabang Teluk Kemang membuat laporan polis terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana didakwa berkongsi berita palsu mengenai bilangan pendatang tanpa izin di negara ini dan dakwaan kedai nombor ramalan beropera...
Kita Risau Mereka Yang Pulang Dari Zon Merah Kemudian Ziarah Ibu Bapa Di Kampung Kp Kesihatan

Kita Risau Mereka Yang Pulang Dari Zon Merah Kemudian Ziarah Ibu Bapa Di Kampung Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 417 hits
Sebanyak 37 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6 779 kes setakat Rabu jam 12 tengahari Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah oleh itu jumlah kes ak...
Shiha Zikir Bangga Rakyat Malaysia Tak Pulang Beraya

Shiha Zikir Bangga Rakyat Malaysia Tak Pulang Beraya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 579 hits
Shiha Zikir bangga rakyat Malaysia tak pulang beraya Shiha Zikir bangga rakyat Malaysia tak pulang beraya Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing Shiha Zikir berasa bangga melihat pengorbanan orang ramai yang tidak pulang ke kampung untuk beray...
Polis Akan Datang Beraya Ke Rumah Kalau Rumah Anda Kelihatan Meriah Di Hari Raya 2020 Ni

Polis Akan Datang Beraya Ke Rumah Kalau Rumah Anda Kelihatan Meriah Di Hari Raya 2020 Ni

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 793 hits
Biar gambar berbicara Dalam media tv radio media sosial dah beritahu tahun ni tak boleh balik raya untuk kita putuskan rantaian jangkitan korbankan raya untuk tahun nii je Tapi ramai yang masih degil nak balik raya Tadi baca di berita onlin...
Hantar Pulang Pati Fasa 1 Mula 6 Jun Kata Ismail

Hantar Pulang Pati Fasa 1 Mula 6 Jun Kata Ismail

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 387 hits
Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata fasa pertama penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin akan bermula 6 Jun Ini akan melibatkan 2 189 warga Indonesia di depot tahanan imigresen di Semenanjung Malay...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan