Polis Sahkan Siasat Adun Morib Berhubung Dakwaan Pukul Bekas Isteri


Polis mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap Adun Morib, Hasnul Baharuddin berhubung dakwaan memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh wanita itu.

Malaysiakini melihat laporan yang dibuat di balai polis daerah Kuala Langat pada bulan lepas, berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 21 Ogos, ketika kedua-dua mereka masih merupakan pasangan suami isteri.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya telah memulakan siasatan.

"Saya mengesahkan ada terima laporan polis tersebut sahaja. Saya ulas setakat tu dulu buat masa ini, tentang isi kandungan saya tak akan ulas apa-apa," kata Ridhwan kepada Malaysiakini semalam.

'Laporan polis berniat jahat'

Hasnul, yang merupakan Adun dari Amanah dan timbalan speaker DUN Selangor, mendakwa laporan itu dibuat dengan "niat jahat" selepas perceraian mereka.

"Laporan itu berniat jahat. Bukannya lepas berlaku dia terus report polis. Laporan itu dibuat selepas saya menceraikan dia, jadi berniat jahatlah.

"Polis pun dah siasat benda tu. Ringkasnya, kalau betul saya bersalah, polis akan ambil tindakan segeralah," katanya kepada Malaysiakini.

Juliani, 38, dalam laporannya, mendakwa Hasnul memukulnya kira-kira jam 11 malam pada 21 Ogos lalu di rumah mereka di Banting sehingga menyebabkan kecederaan di muka.

Dia berkata laporan itu dibuat beberapa bulan selepas kejadian itu untuk dikemukakan bagi rujukan Mahkamah Syariah dan tindakan lanjut terhadap Hasnul.

'Dia terkam, tampar dua tiga kali'

Ketika dihubungi, Juliani berkata dia tidak segera membuat laporan polis kerana Hasnul pada masa itu memujukkan untuk tidak berbuat demikian.

"Kejadian berlaku pada 21 Ogos. ketika itu saya kena pukul sebab suami saya minta nak berpoligami.

"Saya cuba nak pujuk dia masa tu, tapi tak diendahkan. So terjadi benda tu, dia nampak saya nangis tak boleh control, dia terkam, tampar dua tiga kali sampai pecah berdarah bibir saya. Masa tu saya belum buat laporan polis sebab dia pujuk untuk tak buat laporan," katanya.

Wanita berusia 38 tahun itu berkata dia memiliki gambar wajahnya yang diambil selepas kejadian itu yang turut dikemukakan kepada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat.

Mahkamah berkenaan mengesahkan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah melalui WhatsApp oleh Hasnul terhadap isterinya pada 14 Okt lepas.

Hasnul mengesahkan telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung perkara itu.

Sumber berita : Malaysiakini
 
Adun Morib lafaz cerai talak tiga melalui WhatsApp, kata bekas isteri

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada Khamis lalu mengesahkan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah melalui WhatsApp oleh Adun Morib, Hasnul Baharuddin terhadap isterinya, Juliani Jalilah Abdullah.

Ketika dihubungi, Juliani berkata Hasnul mengaku di mahkamah bahawa dia pada 14 Okt lalu menyatakan hasrat untuk menceraikannya dengan "talak tiga" melalui mesej WhatsApp.

"Sekarang saya dah berpisah dengan dia, dia ceraikan saya dengan talak tiga.

"YB Hasnul mengaku melafazkan talak melalui whatsapp

"Semalam (kami) ke mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai. Kes dah selesai. Pihak YB (Hasnul) ada hadir tapi selepas prosiding saya dah tak nampak dia," kata Juliani, 38, kepada Malaysiakini semalam.

Juliani berkata dia berkahwin dengan Hasnul sebagai isteri ketiganya lapan tahun lalu, tetapi timbalan speaker DUN Selangor itu menceraikan dua isterinya sebelum ini - yang dikatakan atas permintaan mereka - kira-kira sebulan selepas perkahwinannya.

Bagaimanapun, beberapa bulan sebelum mereka bercerai, Juliani berkata Hasnul meminta kebenarannya untuk berkahwin semula dengan bekas isteri keduanya yang baru kematian suami pada Disember lalu.

"Saya bukan tidak setuju 100 peratus awalnya, saya kata 'kalau you adil okaylah'. Tapi selepas saya fikir beberapa hari, saya jadi tak boleh (terima) dan cuba pujuk dia. Dia jadi agresif, tak suka saya pujuk dia untuk batalkan niat dia," kata Juliani.

Hal peribadi

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Hasnul berkata perkara itu merupakan masalah peribadi mereka.

"Benda ni personal. Benda ni saya pun susah nak cerita, ini hal peribadi. Saya nak kahwin dengan siapa pun hak saya, cuma saya nak cakap masalah rumah tangga ini dah bertahun-tahun,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia juga enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan keputusan mahkamah yang mengesahkan lafaz cerai tersebut.

"Saya sahkan benda itu (cerai) berlaku. Kita suami-isteri kalau dah tak boleh hidup bersama, itu langkah terakhir. Talak berapa saya tak nak komen," katanya.

Sumber berita : Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/11/polis-sahkan-siasat-adun-morib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Adun Pukul Bekas Isteri Siasatan Dihantar Ke Bukit Aman

Dakwaan Adun Pukul Bekas Isteri Siasatan Dihantar Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 347 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Morib yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hasnul Baharuddin didakwa memukul bekas isterinya Juliani Jalilah Abdullah 38 PETALING JAYA Siasatan berhubung dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Neg...
Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 249 hits
Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri Melaka akan diambil sebagai calon Pakatan Harapan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang itu mengesahkan keputusan untuk menerima dua ADUN tersebut b...
Mata Bengkak Tak Dibenar Hubungi Keluarga Edict Mahu Polis Siasat Kes Pukul Tahanan

Mata Bengkak Tak Dibenar Hubungi Keluarga Edict Mahu Polis Siasat Kes Pukul Tahanan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 206 hits
EDICT berkata laporan itu diterima selepas hari keempat mangsa berada dalam tahanan Turut difahamkan keluarganya tidak dimaklumkan mengenai penahanan itu PETALING JAYA Badan bukan kerajaan Menghapuskan Kematian dan Dera Dalam Jagaan mengges...
Keganasan Rumah Tangga Polis Siasat Adun Selangor

Keganasan Rumah Tangga Polis Siasat Adun Selangor

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA DATELINEPolis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor mendera bekas isterinya Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 ka...
Kes Pukul Awie Diarah Bayar Ganti Rugi Rm 80 000 Kepada Bekas Isteri

Kes Pukul Awie Diarah Bayar Ganti Rugi Rm 80 000 Kepada Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 643 hits
Siapa tidak kenal dengan penyanyi rock dan pelakon popular Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman Tapi mungkin ada yang tidak perasan atau terlupa yang Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005 Mereka yan...
Hiburan Pukul Bekas Isteri Awie Diperintah Mahkamah Bayar Rm80 000 Kepada Rozana Misbun

Hiburan Pukul Bekas Isteri Awie Diperintah Mahkamah Bayar Rm80 000 Kepada Rozana Misbun

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 686 hits
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie telah diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada bekas isteri Rozana Misbun sebanyak RM80 000 atas dakwaan mencederakan wanita itu tujuh tahun yang lalu Perkara tersebut dimaklumkan setelah Mahkamah Rayua...
Wajah Sebenar Nabilah Khan Bekas Isteri Nedim Nazri

Wajah Sebenar Nabilah Khan Bekas Isteri Nedim Nazri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 342 hits
Pada sambutan hari jadi lepas peminat berpeluang untuk menetap wajah terkini anak Nedim yang berusia dua tahun hasil perkongsian dengan isteri pertamanya Nabilah Khan Untuk pengetahuan Nedim Nazri dan Nabilah Khan berkenalan pada tahun 2007...
Mat Sabu Persoal Status Siasatan Dakwaan Bekas Kpn Tentang Rasuah Dalam Politik

Mat Sabu Persoal Status Siasatan Dakwaan Bekas Kpn Tentang Rasuah Dalam Politik

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 248 hits
Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik Presiden Amanah Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada terdapat sebarang siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berhub...
Wakil Rakyat Disiasat Pukul Bekas Bini

Wakil Rakyat Disiasat Pukul Bekas Bini

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS Gambar hiasan SHAH ALAM Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri disiasat berhubung dakwaan memukul bekas isterinya Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor Salleh susulan la...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba