Polis Rekod Keterangan Wak Doyok


JOHOR BAHRU, 30 April — Polis merekodkan keterangan personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok, hari ini bagi membantu siasatan berhubung tempahan sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,berkata Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri sejak 11 pagi tadi bagi memberikan keterangan.
“Wak Doyok dipanggil memberi keterangan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Johor, dua hari lepas (Selasa) di IPD Iskandar Puteri.
“Kes ini sebenarnya sudah lama, dia (Wak Doyok) membeli cincin pada tahun 2018 secara dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 dan kertas siasatan kes itu akan disiapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan.
Justeru, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak sewenang-senangnya menyalahgunakan lambang peribadi Sultan Johor kerana ia adalah satu kesalahan.
“Tidak ada mana-mana individu boleh menggunakan, menempah, menghasilkan, menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah yang dikurniakan Sultan Johor kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor,” katanya.
Semalam, Wak Doyok dilaporkan sudah memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan, berkata pihaknya kini sedang menahan reman seorang lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger selama lima hari bagi membantu siasatan memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
Beliau berkata berkata Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab Hamid, 31, ditahan di rumahnya di Muar, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati Long Tiger mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan.
“Dia turut didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng dan polis sedang membuat siasatan lanjut mengenainya,” katanya.
Menurut Ayob Khan, Long Tiger didapati bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang, sebaliknya adalah pemastautin sementara dari Myanmar yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanannya tular di media sosial.
Sebelum itu, menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.
Dalam masa sama, pihaknya turut menahan seorang koperal polis yang bertugas di IPD Muar, semalam, bagi membantu siasatan selepas dipercayai menyebarkan video penahanan Long Tiger.
Anggota polis berumur 37 tahun itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, katanya
Sumber: BERNAMA
The post Polis Rekod Keterangan Wak Doyok appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/30/polis-rekod-keterangan-wak-doyok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Pakai Cincin Lambang Diraja Wak Doyok Dipanggil Polis

Beli Pakai Cincin Lambang Diraja Wak Doyok Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 382 hits
MALAYSIAKINI Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daedah Iskandar Puteri Johor hari ini ekoran membeli dan menggunakan cincin berukiran lambang peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Ketua Polis Johor Ay...
Hiburan Guna Lambang Sultan Johor Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah

Hiburan Guna Lambang Sultan Johor Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 416 hits
Menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda ikon fesyen tanah air Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor didakwa pihak berkuasa Menurut pertuduhan Wak didakwa menggunakan lambang ke...
Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Kemahkotaan Sultan Johor Tanpa Kebenaran

Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Kemahkotaan Sultan Johor Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 333 hits
Personaliti popular Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bagi tujuan persendirian akhir bulan ...
Polis Perak Ambil Keterangan Exco Negeri Hadir Jamuan Di Lenggong Esok

Polis Perak Ambil Keterangan Exco Negeri Hadir Jamuan Di Lenggong Esok

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1235 hits
IPOH Polis Perak akan mengambil keterangan seorang anggota exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong pet...
Wak Doyok Dihadap Ke Mahkamah

Wak Doyok Dihadap Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 448 hits
JOHOR BAHARU Personaliti Mohd Azwan Md Nor 41 atau Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini atas pertuduhan menggunakan tanpa kebenaran bertulis lambang Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi tujuan persend...
Kenamaan Ingkar Pkp Sudah Dipanggil Polis Untuk Keterangan

Kenamaan Ingkar Pkp Sudah Dipanggil Polis Untuk Keterangan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 280 hits
Individu kenamaan yang dilaporkan mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan baru baru ini sudah dipanggil polis umum Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub Tindakan seterusnya adalah bergantung kepada pihak polis Jadi tanggapan o...
Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah Guna Lambang Sultan Johor Berdepan Denda Setengah Juta

Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah Guna Lambang Sultan Johor Berdepan Denda Setengah Juta

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 358 hits
JOHOR BAHRU Personaliti fesyen dan pelakon Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda Khamis lalu Wak Doyok atau nama se...
Mb Terengganu Beri Keterangan Kepada Polis

Mb Terengganu Beri Keterangan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 242 hits
Ahmad Samsuri di Balai Polis petang tadi KUALA TERENGGANU 19 April Menteri Besar Terengganu Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini bagi memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan Da...
Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor

Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 1137 hits
Sejak semalam hangat di media sosial gara gara sebentuk cincin yang dikaitkan dengan personaliti fesyen Wak Doyok apabila Tunku Temenggong Johor iaitu Tunku The post appeared first on
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Nasi Tomato Salam

Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang Bertema Seni Citarasa Ramadan Hidangan 1001 Rasa

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Video Tular Bukan Lebuh Raya Baru China Ke Pakistan

Umrahgo Bantu Bakal Jemaah Dapatkan Pakej Umrah Selamat

Boh Perkenal Teh Edisi Istimewa Limited Edition Emerald Blend