Polis Pulau Pinang Beri Amaran Jangan Rentas Negeri


NIBONG TEBAL, 19 Mei — Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak cuba merentas masuk ke negeri itu bagi pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri tanpa surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata sehingga semalam, sebanyak 308 kenderaan yang cuba balik ke kampung di negeri ini telah diarah berpatah balik dengan sembilan kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang ingkar.
Beliau berkata kebanyakan kenderaan yang datang dari arah selatan dan utara itu memberi alasan untuk pulang beraya, bagaimanapun mereka tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan.
“Sehingga semalam, polis Pulau Pinang menerima sebanyak 8,386 permohonan rentas negeri kerana pelbagai alasan terutama kecemasan dan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk berjumpa seminggu sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan dan pemeriksaan operasi pihak polis sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jawi, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menjalankan sekatan jalan raya 24 jam sehari di 18 kawasan melibatkan sempadan negeri ini bagi mengekang kemasukan orang ramai yang cuba pulang ke kampung halaman malah pasukan Polis Trafik Bukit Aman turut membuat sekatan serta pemeriksaan di Tol Juru menghala utara.
Dalam pada itu, Sahabudin berkata sempena Aidilfitri ini, pihaknya turut membekukan cuti lebih 5,000 pegawai dan anggota polis di negeri itu bagi memastikan pelaksanaan PKPB berjalan lancar mengikut peraturan ditetapkan serta membuat pemantauan kegiatan jenayah bagi memastikan keadaan terkawal.
“Kami menubuhkan 142 pasukan khas PKPB membabitkan hampir 1,000 pegawai dan anggota polis bagi membuat pemantauan termasuk mengesan mereka yang balik ke kampung halaman tanpa surat kebenaran,” katanya.
Sumber: Bernama
The post Polis Pulau Pinang Beri Amaran Jangan Rentas Negeri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/19/polis-pulau-pinang-beri-amaran-jangan-rentas-negeri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cuba Rentas Negeri Ke Pulau Pinang Anda Akan Rugi Ketua Polis Pp

Jangan Cuba Rentas Negeri Ke Pulau Pinang Anda Akan Rugi Ketua Polis Pp

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 610 hits
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abdul Manan bersama anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di Tol Jawi Foto BERNAMANIBONG TEBAL Polis Pulau Pinang memberi ingatan kepada orang ramai supaya tidak cuba merentas ke neg...
Polis Pulau Pinang Keluarkan 55 Notis Kompaun Rentas Negeri

Polis Pulau Pinang Keluarkan 55 Notis Kompaun Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 537 hits
hiasanPolis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 55 notis kompaun terhadap individu yang cuba merentas negeri itu pada hari pertama Aidilfitri Ketua Polis Negeri Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata kesemua kenderaan itu diarah berpatah balik ...
Tudiaa Pkpb Polis Akan Ligan Sampai Ke Rumah Atau Kampung Jika Ingkar Rentas Negeri

Tudiaa Pkpb Polis Akan Ligan Sampai Ke Rumah Atau Kampung Jika Ingkar Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 681 hits
Pihak berkuasa mungkin akan menjalankan pemeriksaan sehingga ke kawasan perumahan dan kampung mereka yang melakukan rentas negeri tanpa kebenaran untuk pulang menyambut hari raya Aidilfitri kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador BH Onlin...
Polis Tidak Akan Benarkan Lagi Pergerakan Rentas Negeri

Polis Tidak Akan Benarkan Lagi Pergerakan Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 352 hits
PUTRAJAYA Majlis Keselamatan Negara memutuskan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa sekarang ini orang ramai tidak perlu lagi beratur panjang bagi mendap...
Polis Buru Individu Yang Lolos Rentas Negeri Tanpa Kebenaran

Polis Buru Individu Yang Lolos Rentas Negeri Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 500 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara neg...
Tetamu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Tuan Rumah Pun Diheret Ke Balai Polis Melaka

Tetamu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran Tuan Rumah Pun Diheret Ke Balai Polis Melaka

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 662 hits
ALOR GAJAH Polis Melaka tidak teragak agak mengheret pemilik kediaman ke balai polis sekiranya didapati menerima tetamu yang melakukan perjalanan rentas sempadan negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya Aidilfitri ini Ketua Polis Melaka Datuk ...
Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor Kl Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah Tak Perlu Kebenaran Polis

Perjalanan Dari Atau Ke Negeri Selangor Kl Dan Putrajaya Dikira Sebagai Rentas Daerah Tak Perlu Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 578 hits
Mungkin sesetengah daripada anda keliru adakah perjalanan dari Kuala Lumpur ke mana mana daerah negeri Selangor atau Putrajaya dikira sebagai rentas negeri Malaysia Government Call Centre dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kuala Lumpur...
Pergerakan Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis

Pergerakan Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 476 hits
Pergerakan rentas negeri selepas 10 Mei memerlukan kebenaran daripada pihak polis dan hanya kes kecemasan sahaja akan dibenarkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata individu yang memerlukan kebenaran pergerakan ...
Polis Individu Gagal Patuh Jadual Perjalanan Rentas Negeri Akan Diarah Patah Baik

Polis Individu Gagal Patuh Jadual Perjalanan Rentas Negeri Akan Diarah Patah Baik

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 557 hits
Orang ramai yang gagal mematuhi jadual pergerakan rentas negeri yang ditetapkan akan diarah berpatah balik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata tindakan sama akan diambil ke atas mereka yang ingkar serta mengam...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025