Polis Periksa Jika Kadar Tol Anda Tinggi Perlu Kemuka Surat Kebenaran Rentas Negeri


Oleh UtusanTV PENGGUNA kenderaan yang kadar tolnya tinggi akan diperiksa sama ada mempunyai kebenaran rentas negeri. - Gambar BHARIAN MUNGKIN ramai daripada pengguna kenderaan yang terlepas sekatan jalan raya kerana kadang kala polis tidak melakukan pemeriksaan ketat kerana khuatir menyebabkan kesesakan.
Bagi sesetengan orang, mereka akan ambil kesempatan itu untuk merentas negeri dan menyebabkan polis tidak dapat mengesan mereka yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Sehubungan itu, antara cara yang akan digunakan pihak polis selepas ini ialah melakukan pemeriksaan pada kadar bayaran tol kenderaan yang lalu di plaza-plaza tol bagi mengetahui adakah mereka telah melalui perjalanan yang jauh.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mna-mana pengguna lebuh raya yang didapati mempunyai kadar bayaran tol tidak munabasah dan tinggi akan dikenakan kompaun selain diarah berpatah balik ekoran kesalahan rentas negeri.
Beliau berkata ini antara strategi digunakan pihaknya dalam membanteras pergerakan rentas negeri khasnya ketika musim perayaan selain usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 ke negeri ini.
“Akan ada pemeriksaan (oleh beberapa anggota di plaza tol), tetapi tidak kepada semua kenderaan. Kalau kita buat terlalu ketat seperti pemeriksaan semua kenderaan, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kita mungkin tengok pada kadar bayaran tol.
“Contohnya bila bacaan tol itu tinggi seperti dari Jalan Duta, kita akan hentikan kenderaan tersebut untuk tindakan kompaun dan arah pengguna berpatah balik kecuali mereka yang ada surat pelepasan. Ini satu daripada strategi.
“Kadang-kadang ada yang pandai keluar tol itu ini untuk elak dikesan rentas negeri. Mereka ada pelbagai taktik. Kita tidak mampu periksa semua pengguna jalan raya. Berilah kerjasama kepada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh hari ini.
Sebelum ini, beliau dilapor berkata, polis Perak akan memperketatkan lagi sekatan jalan raya (SJR) di 27 laluan keluar masuk di negeri ini bagi mengekang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran oleh mana-mana individu menjelang dan sewaktu sambutan Aidilfitri.
Justeru, Mior Faridalathrash berkata, usaha pihaknya sewaktu pengoperasian di SJR itu memerlukan kerjasama dan dasar tanggungjawab semua pihak dalam memastikan kadar jangkitan Covid-19 dapat dikekang sepenuhnya.
“Kalau kita tiada rasa tanggungjawab, sampai bila-bila apa kita buat ini tidak akan berjaya,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menerima kira-kira 3,000 permohonan rentas negeri setiap hari membabitkan 15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri namun ada yang ditolak kerana alasan yang tidak kukuh dan tidak menyakinkan.
“Kadang-kadang sampai 3,000 permohonan sehari, tetapi bukan tujuan sosial. Jika ingin ziarah orang tua, sambut perayaan memang tidak dibenarkan kecuali kematian, tujuan perubatan, ambil anak dari asrama, ekonomi dan perhubungan jarak jauh.
“Kita memang periksa dengan teliti. Ada yang kita tolak lebih kurang 100 permohonan sehari. Kadang-kadang alasan atas dasar kebajikan tetapi sebenarnya bukan. Kematian pun yang dibenarkan cuma keluarga rapat sahaja. Kebanyakan permohonan untuk rentas negeri pada hujung minggu,” jelasnya.
Terdahulu, beliau menyampaikan penghargaan kepada anggota dan pegawai dari IPD seluruh negeri yang menunjukkan prestasi terbaik dan cemerlang dalam perkhidmatan serta penugasan bagi tempoh bulan lalu.
Dalam ucapannya, Mior Faridalathrash berkata, prestasi jenayah indeks negeri ini masih terkawal sepanjang empat bulan pertama apabila menunjukkan penurunan sebanyak 227 kes (19.2 peratus) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Selain itu, dalam tempoh yang sama juga tegasnya, seramai 3,346 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah yang antara lain menunjukkan peningkatan sebanyak 331 orang (11 peratus).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/polis-periksa-jika-kadar-tol-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentas Daerah Negeri Bagi Tujuan Vaksinasi Covid 19 Tak Perlu Surat Polis Kj

Rentas Daerah Negeri Bagi Tujuan Vaksinasi Covid 19 Tak Perlu Surat Polis Kj

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 302 hits
By 4 May 2021Khairy Jamaluddin Abu BakarKUALA LUMPUR Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID 19 di Pusat Pemberian Vaksin di luar daerah tempat tinggal mereka tidak perlu memohon surat kebenaran daripada p...
Hiburan Rasa Macam Tak Adil Selebriti Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri Bunga Isme Terkilan

Hiburan Rasa Macam Tak Adil Selebriti Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri Bunga Isme Terkilan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 265 hits
Tindakan beberapa selebriti terkenal menyalahguna kebenaran rentas negeri nampaknya turut mengundang rasa kurang senang kepada penyanyi baru Bunga Isme yang mengakui berasa terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab dan sensitif mereka it...
Menyamar Sebagai Bekas Acp Bergelar Datuk Semata Mata Untuk Rentas Negeri Warga Emas Ditahan Polis

Menyamar Sebagai Bekas Acp Bergelar Datuk Semata Mata Untuk Rentas Negeri Warga Emas Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 416 hits
3 423 total views 3 423 views today KUALA LUMPUR 9 Mei Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat ACP bergelar Datuk ketika membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis ...
Surat Istana Negara Tak Laku Pasangan Dakwa Agong Benar Rentas Negeri Ditahan

Surat Istana Negara Tak Laku Pasangan Dakwa Agong Benar Rentas Negeri Ditahan

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 231 hits
April 28 2021 Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata suspek berusia 27 dan 47 tahun itu menyerahkan surat didapati menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara PETALING JAYA Seorang lelaki dan wanita ditahan selep...
Polis Perketat Sjr 6 Sjr Di Sempadan Pulau Pinang Kedah Kekang Rentas Negeri

Polis Perketat Sjr 6 Sjr Di Sempadan Pulau Pinang Kedah Kekang Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 371 hits
Polis menambah sekatan jalan raya bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan negeri Kedah bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri terutama ketika beberapa daerah di sana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan ket...
Hiburan Dapat Kebenaran Rentas Negeri Urus Ikan Arowana Jamal Abdillah Tak Akan Ambil Kesempatan

Hiburan Dapat Kebenaran Rentas Negeri Urus Ikan Arowana Jamal Abdillah Tak Akan Ambil Kesempatan

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 288 hits
Kelonggaran yang diberikan untuk merentas negeri bagi menguruskan ladang ternakan ikan milinya yang terletak di negeri Perak membuatkan penyanyi lagenda negara Datuk Jamal Abdillah tidak akan mengambil kesempatan di atas kebenaran tersebut ...
Nekad Rentas Negeri Guna Surat Tanpa Kelulusan

Nekad Rentas Negeri Guna Surat Tanpa Kelulusan

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 282 hits
Polis mengenal pasti terdapat segelintir individu yang menggunakan surat kebenaran rentas negeri tanpa mendapat pengesahan dari balai polis untuk pulang ke kampung halaman Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata bagaimanapun taktik...
Nak Rentas Negeri Atuk 65 Tahun Sanggup Menyamar Pegawai Kanan Polis

Nak Rentas Negeri Atuk 65 Tahun Sanggup Menyamar Pegawai Kanan Polis

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 249 hits
Lelaki berusia 65 tahun pergi ke balai polis untuk memohon permit rentas negeri dengan mengaku dia pegawai kanan polis Petaling Jaya Seorang lelaki warga emas menyamar sebagai pegawai kanan polis untuk mendapatkan kelulusan permohonan renta...
Hiburan Didakwa Rentas Negeri Ke Nilai 3 Neelofa Dan Pu Riz Bakal Dipanggil Polis

Hiburan Didakwa Rentas Negeri Ke Nilai 3 Neelofa Dan Pu Riz Bakal Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 333 hits
Baru sahaja didenda bayar kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard ketika majlis pernikahannya Neelofa dan suami iaitu Muhammad Haris sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila ditangkap merentas negeri ke Nilai 3 Negeri S...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil