Polis Penyerang Berparang Di Kilang Bayan Lepas Terpengaruh Video Dari Timur Tengah



Polis memandang serius dakwaan dibuat beberapa individu di media sosial berhubung kejadian tembakan di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata pihak yang memuat naik kenyataan tidak benar berhubung kejadian itu mempunyai niat "amat buruk".

"Ada pihak-pihak memuat naik artikel tidak tepat dan tidak betul (di media sosial berhubung kejadian itu) dengan niat untuk sakitkan hati pembaca... amat buruk niatnya," kata Abdul Hamid semasa menghadiri sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata jabatan siasatan jenayah sudah mengenal pasti individu terbabit dan pihak yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan tidak lama lagi.

Menurut Abdul Hamid kes yang berlaku di Pulau Pinang itu adalah terpencil dan penyerang terpengaruh dengan banyak video ganas dari Timur Tengah.

Katanya, suspek banyak menonton video yang didakwa membabitkan kekejaman terhadap orang Islam di rantau tersebut.

"Video ini kalau tak difahami, boleh menjadikan kemarahan," katanya.

Tak ada kaitan

Justeru Abdul Hamid menasihati orang ramai agar tidak membuat tanggapan sendiri kononnya ada mana-mana segmen masyarakat sedang dianiaya oleh pihak tertentu sehingga ia boleh menjadi pertelagahan antara agama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pengguna media sosial menyebarkan kandungan tulisan mendakwa seorang lelaki berparang - yang ditembak mati oleh polis selepas mengamuk dan membunuh penyelianya - adalah syahid.

Hantaran itu mendakwa lelaki yang menyerang itu bertindak sedemikian selepas lelaki yang ditetak itu menghina Nabi Muhammad SAW.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pekerja kilang berusia 25 tahun ditembak mati selepas menetak penyelianya yang berusia 47 tahun. Seorang pengurus keselamatan berusia 53 tahun turut cedera dalam kejadian berkenaan.

Polis Pulau Pinang berkata, penyerang dipercayai mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu dan tidak datang bekerja selama seminggu.

Abdul Hamid berkata beliau mendapat beberapa mesej yang meminta agar polis segera mengambil tindakan berhubung penularan maklumat tersebut.

"Sebenarnya ini insiden terpencil.

"Beliau (penyerang) terpengaruh dengan video-video di media sosial yang tak ada kaitan pun dengan negara kita," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/polis-penyerang-berparang-di-kilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Amuk Bayan Lepas Polis Kenal Pasti Tiga Suspek Keluar Kenyataan Sensitif

Kes Amuk Bayan Lepas Polis Kenal Pasti Tiga Suspek Keluar Kenyataan Sensitif

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang disyaki mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung kes polis tembak mati seorang individu dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas Pulau Pinang pada Isnin Ketua Penolong Pen...
Viral Video Tentara Lepas Pasungan Bocah Di Aceh Tak Dilepas Jika Mengemis Tak Dapat Uang

Viral Video Tentara Lepas Pasungan Bocah Di Aceh Tak Dilepas Jika Mengemis Tak Dapat Uang

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 212 hits
Media sosial kembali dihebohkan dengan video seorang bocah yang dirantai di rumahnya sendiri Dalam video tersebut tampak seorang tentara yang sedang berbicara dengan keluarga korban Saat Babinsa TNI AD tiba di lokasi ia mendapati seorang an...
Polis Siasat Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh

Polis Siasat Video Sekumpulan Pelajar Bergaduh

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 323 hits
SEREMBAN 27 Sept Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video yang tular di laman sosial Facebook hari ini menunjukkan aksi sekumpulan pelajar lelaki yang memakai pakaian seragam sekolah dan baju sukan sedang bergaduh Ketua Poli...
Dah Bergaduh Di Tol 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

Dah Bergaduh Di Tol 2 Lelaki Jadi Kawan Baik Lepas 9 Jam Dalam Tahanan Polis

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 262 hits
Lima hari lalu tular di laman media sosial mengenai insiden kejar mengejar di antara sebuah kenderaan jenis van Hiace dan Mazda CX5 yang didakwa berlaku plaza tol di Ibu Negara Suasana menjadi semakin tegang apabila berlakunya pergelutan di...
Bayan Lepas Incident A Case Of Terrorism Make No Mistake

Bayan Lepas Incident A Case Of Terrorism Make No Mistake

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 271 hits
Thoughts and ideas cannot be criminalised but when they are used to groom and entice aggression to where beliefs turn into bullets then labels become of utmost importance Aysha TaryamI want to make this very clear The man in Bayan Lepas by ...
Lagi Kes Buka Pintu Kereta Tengah Jalan Viral Video Abang Moto Tercampak Atas Jalan Tak Sempat Mengelak

Lagi Kes Buka Pintu Kereta Tengah Jalan Viral Video Abang Moto Tercampak Atas Jalan Tak Sempat Mengelak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 551 hits
Dalam sekelip mata kecuaian di atas jalan raya boleh menyebabkan kecelakaan sama ada kepada diri sendiri ataupun orang lain Oleh itu kita perlu sentiasa berwaspada ketika menaiki kenderaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingi...
Wanita Dakwa Boba Jadi Keras Macam Batu Lepas Seharian Dijemur Tengah Panas Dikecam Netizen

Wanita Dakwa Boba Jadi Keras Macam Batu Lepas Seharian Dijemur Tengah Panas Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 417 hits
Baru baru ini tular kemusykilan halal minuman boba ini telah diselesaikan oleh pihak Hab Halal Jabatan JAKIM Malaysia Kini tular satu video di mana seorang wanita yang mendakwa boba miliknya menjadi keras seperti batu selepas seharian berje...
Bebola Daging Inti Dadah Polis Siasat Klip Video Tular

Bebola Daging Inti Dadah Polis Siasat Klip Video Tular

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 295 hits
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman klip video yang menunjukkan buntil buntil plastik yang dipercayai mengandungi dadah disorok di dalam bebola daging yang tular di laman sosial baru baru ini Pengarah Jabatan Siasatan J...
Penjelasan Anies Soal Video Nenek Gendong Jasad Cucu Jalan Kaki Di Cilincing

Penjelasan Anies Soal Video Nenek Gendong Jasad Cucu Jalan Kaki Di Cilincing

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 197 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan saat dikonfirmasi peristiwa itu mengaku sedang melakukan investigasi bersama jajarannya Laporan sementara yang dia terima wanita tersebut memilih langsung membawa jasad cucunya meskipun ada aturan menungg...
Lirik Lagu Myvi Luqman Podolski

Lirik Lagu Melopong Amsyar Leee Feat Bunga

Skuy Project Semua Akan Baik Saja Chord

Buffet Ramadan 2025 Santapan Rasa Paragon Hotel Grand Paragon

Panduan Praktis Cara Memilih Ac Hemat Energi Untuk Lingkungan Kerja

Helping Gaza Won T Hurt Malaysia S Development Says Ex Bersatu Leader

Bunga Citra Lestari Wanita Terbahagia Chord

Liza Aziz Juara Gv11 Keputusan Gv 11 Final


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Gamuda Splash Mania Pengalaman Air Paling Epik Menanti Anda Kids Play For Free

Renault S Exciting New Electric Vans Trafic Goelette Estafette

Jjcm Warung Hijau Masjid Tanah

Kadar Pengangguran Turun Hanya Yang Malas Sahaja Tak Mahu Kerja

Keh Keh Keh Kaw Punya Kena Sindiaq Nohhh

Jual Tapak Ramadahn Puloh Tahun Dah Kini Selesai