Polis Patahkan Cubaan Bunuh Dr Mahathir Lim Guan Eng



UNIT Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism (E8) menahan seorang lelaki yang mengaku mahu membunuh beberapa pemimpin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara tahun lalu, kata Azman Omar.
Penolong pengarah unit itu menjelaskan lelaki berkenaan mengaku merancang serangan secara berseorangan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.
“Individu terbabit mahu menikam mereka dengan pisau dalam serangan secara berseorangan. Kami berjaya menghalangnya melakukan jenayah itu pada Januari 2020 beberapa bulan sebelum negara dikenakan perintah sekatan,” kata Azman pada forum yang diadakan secara dalam talian hari ini.
Forum berkenaan adalah mengenai radikalisme dan ekstremisme ketika pandemik.

Azman memberitahu forum berkenaan unit E8 hanya membuat tujuh penahanan pada 2020.
“Tidak seperti tahun sebelumnya kita membuat lebih 10 serbuan dan tangkapan. Pada 2018, kami menjalankan 109 serbuan dan tangkapan. Bilangannya berbeza.
“Pada tahun 2020, selain lelaki yang mahu melancarkan serangan itu, kita turut menahan lima lelaki kerana menyokong Daesh pada Januari dan pada Ogos kita menahan seorang lelaki di Singapura dengan bantuan polis Singapura,” tambah Azman.
Azman kemudiannya memberitahu forum berkenaan bahawa situasi kini adalah terkawal.
“Golongan ini menjadi lemah semangat setelah kematian pemimpin Negara Islam Abu Bakar al Baghdadi serta kematian banyak pejuang Malaysia di Syria.”
“Suasana telah reda dan kematian Abu Bakar telah mempengaruhi banyak pihak. Kini ia menjadi punca kekalahan bagi mereka,” kata Azman.
Azman turut memaklumkan forum itu terdapat 56 rakyat Malaysia yang terkandas di Syria.
“19 lelaki, 12 wanita dan 25 kanak-kanak. Lelaki ditempatkan di kem tahanan, wanita di dua kem pelarian bersama kanak-kanak,” katanya.
Sebelum ini sumber dari unit E8 memberitahu usaha untuk membawa pulang 56 rakyat Malaysia itu menemui jalan buntu.
“Masalahnya kini adalah mereka yang mengawal kem dan penjara itu tiada hubungan dengan kerajaan Syria dan Malaysia tidak mengenali mereka. Kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kumpulan berkenaan.
“Jadi usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia menemui jalan buntu namun kami bekerjasama dengan rakan sejawat asing dan kumpulan risikan lain,” menurut sumber.
Forum itu dianjurkan oleh Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia.
Antara panel yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali, Setiausaha Agung Nahdlatul Ulama Indonesia KH Yahya Cholil Staquf dan ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El-Muhammady.
Sumber: The Malaysian Insight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/polis-patahkan-cubaan-bunuh-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Pengganas Ditahan Cubaan Membunuh Tun Mahathir Guan Eng Mujahid Tommy Thomas

Suspek Pengganas Ditahan Cubaan Membunuh Tun Mahathir Guan Eng Mujahid Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 255 hits
Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir Guan Eng Mujahid Tommy ThomasHilmi MalikMac 26 2021Azman berkata suspek dikatakan bergerak sacara solo dan dipercayai terlibat bersama kumpulan militan Daish Gambar failKUALA LUMPUR Poli...
Punca Muhyiddin Tidak Maklum Cubaan Bunuh Mahathir Tersebar

Punca Muhyiddin Tidak Maklum Cubaan Bunuh Mahathir Tersebar

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 509 hits
Punca Muhyiddin Tidak Maklum Cubaan Bunuh Mahathir Tersebar Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini membangkitkan persoalan mengapa Muhyiddin Yassin tidak memaklumkan mengenai wujudnya rancangan Dalam kenyataan bersama dikeluarkan lewat m...
Polis Gagalkan Cubaan Lelaki Mahu Serang Tikam Dr Mahathir Pada 2020

Polis Gagalkan Cubaan Lelaki Mahu Serang Tikam Dr Mahathir Pada 2020

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 249 hits
154 total views 154 views today Cawangan Khas Counter Terorisme Bukit Aman menahan seorang lelaki yang mengaku merancang untuk melakukan serangan ke atas beberapa pemimpin utama kerajaan sebelum ini Menurut Penolong Pengarah E8 Azman Omar l...
Ustaz Idris Ahmad Memberi Amaran Kepada Lim Guan Eng

Ustaz Idris Ahmad Memberi Amaran Kepada Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 195 hits
Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad memberi amaran kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyamakan isu lompat parti dengan larangan dalam Islam membabitkan murtad Katanya adalah tidak boleh disamakan orang yang lomp...
Jangan Rembat Kuasa Parlimen Luluskan Belanjawan Tambahan Guan Eng

Jangan Rembat Kuasa Parlimen Luluskan Belanjawan Tambahan Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 216 hits
Pada 31 Mac 2021oleh PENTADBIRAhli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak merampas kuasa Parlimen untuk meluluskan Belanjawan Tambahan Ini selepas media melaporkan kerajaan Muhyiddin meluluskan ...
Guan Eng Dakwa Pn Wujudkan Keadaan Krisis Kekal

Guan Eng Dakwa Pn Wujudkan Keadaan Krisis Kekal

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 191 hits
March 28 2021 Lim Guan Eng berkata perbalahan Umno PPBM menunjukkan Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti di Parlimen PETALING JAYA Perikatan Nasional dituduh berada dalam keadaan krisis kekal manakala Malaysia dalam keadaan krisis pol...
Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

Perpecahan Umno Bersatu Sememangnya Ditunggu Ph Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 278 hits
Ramalan perpecahan undi Melayu susulan krisis hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan membuka ruang kepada Pakatan Harapan untuk kembali berkuasa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perpecahan itu sememangnya dinantikan ...
Guan Eng Urges Us To Reveal 1mdb Evidence Sought By Najib For All To Know

Guan Eng Urges Us To Reveal 1mdb Evidence Sought By Najib For All To Know

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 294 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has called on the US to release evidence sought by Najib Abdul Razak for the former prime minister s defence in his 1MDB trial Najib is the US government s bid to stay a court order for investment bank Gol...
Guan Eng On Why People See Dap As A Chinese Party

Guan Eng On Why People See Dap As A Chinese Party

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA The DAP is seen as a Chinese based party because many still view political matters through racial lenses says its secretary general Lim Guan Eng In an exclusive interview with FMT Lim said questions relating to the racial comp...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket