Polis Kena Berlaku Adil Dan Profesional



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Banyak bukti bergambar untuk bantu polisSYARIKAT usaha sama Cina (Malaysia) dengan orang Filipina keturunan Sepanyol yang diwakili oleh dua orang peguam tempatan mengupah 50 orang Melayu untuk “mengawal” kuil Hindu.

Tidak masuk akal tetapi benar. Orang Melayu itu dikatakan dari kumpulan yang menamakan diri mereka Kucing Merah. Mereka dilaporkan diupah RM150 hingga RM300 seorang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu sidang media di Putrajaya siang tadi berkata, siasatan polis mendapati peguam kepada One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki berkenaan untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Mahyuddin berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan bagi membantu siasatan polis.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut (Hindu) sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya.

Dalam kejadian ganas tersebut, 23 kenderaan dibakar dan cermin sebuah pusat beli-belah dipecahkan.

Akibat rusuhan tersebut seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, diserang perusuh dan keadaan beliau dilaporkan kritikal.

One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan.

Yang anehnya ialah sehingga hari ini tidak seorang pun perusuh keturunan India ditahan dan penyerang Muhammad Adib dikenal pasti.

Minta maaf banyak-banyak kalau saya kata, susah sikitlah nak faham macam mana begitu ramai anggota polis dengan peralatan canggih dan diuar-uarkan sebagai terbaik di dunia tak nampak seorang pun daripada begitu ramai orang India yang berada di tempat kejadian melakukan apa-apa kesalahan.

Takkanlah bila begitu banyak kenderaan bermotor dibakar masih gelap lagi?
Guna Lampu Picit
Zaman saya kanak-kanak dan remaja pada tahun 1950-an dan 60-an polis bawa senjata api, cota dan lampu suluh (torchlight) enam bateri.
Masa itu belum ada elektrik dan kereta pun tak banyak untuk dibakar. Kalau ada yang dibakar, itu perbuatan pengganas komunis.
Jadi, kalau betullah polis abad ke-21 ini tak nampak perusuh kerana gelap, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mohon peruntukan luar jangkaan daripada Kementerian Kewangan untuk beli lampu picit buat anggota PDRM.
Kalau tak silap saya, polis bawa kamera dan perakam video apabila membuat liputan perhimpunan umum dan tunjuk perasaan.
Jadi dengan segala kelengkapan canggih dan pengalaman yang luas mengawal tunjuk perasaan dan rusuhan maka saya hairan sangatlah apabila ada orang bagi tahu saya bahawa polis tak nampak penyerang Muhammad Adib.
Sementara itu, mengikut cerita Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, yang pergi ke Institut Jantung Negara petang tadi untuk melawat Muhammad Adib, keadaan beliau tenat.
Dr Mahathir yang pernah menjadi doktor kata, peralatan perubatan moden membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
 Dr Mahathir lawat mangsa keganasan di IJNTetapi kata beliau, jika dengan takdir mangsa meninggal dunia, ia adalah kes bunuh dan penjenayah yang melakukannya wajib dikenakan hukuman berat. Jadi polis tolonglah cari penjenayah itu.
Saya setujulah dengan pendapat banyak pihak, termasuk anggota kerajaan Pakatan Harapan sendiri, yang menggesa agar kita jangan tergesa-gesa sangat memansuhkan hukuman mati untuk jenayah berat.
Menteri Berhati-hati
Menteri tolonglah berhati-hati dan dengar nasihat Perdana Menteri
Mula-mula P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas perpaduan negara dan integrasi nasional.
Tindak-tanduk beliau dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman rasanya tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
Perdana Menteri sudah menasihati beliau. Tapi Perdana Menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun ada orang tak sedar. Jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah “gung-ho” dan selesa sangat dengan kedudukan beliau.
Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.

Tolonglah jangan malukan Raja kita dan Perdana Menteri kita. Kalau YB tak puas hati boleh komen dalam blog ini.
Kemudian Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. Beliau pun baru saja “dikuliahkan” oleh Perdana Menteri. Saya juga bercakap dengannya melalui telefon.
Saya setujulah dengan Perdana Menteri bahawa kita sudah ada banyak sekolah agama – sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz – jadi tak perlulah nak “sekolahagamakan” sekolah kebangsaan.
Kembalikanlah sekolah kebangsaan – rendah dan menengah – kepada tujuan asalnya iaitu sebagai sekolah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.
Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama.
Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya.
Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka.
Wallahuaklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/11/polis-kena-berlaku-adil-dan-profesional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Panggil Waytha Moorthy Untuk Siasat Video Burukkan Malaysia

Polis Panggil Waytha Moorthy Untuk Siasat Video Burukkan Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 367 hits
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy akan dipanggil untuk soal siasat berhubung sebuah rakaman video klip mengenai dirinya yang dikatakan telah memburukkan nama Malaysia di luar negara Timbalan Ketua Polis Negara Tan ...
Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

Bahagi Dua Malaysia Kit Siang Saman Tun Hanif Omar Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 395 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Disember ini untuk pengurusan kes saman Penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif Omar yang didakwa mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya di sebua...
Polis Akan Panggil Waytha Moorthy

Polis Akan Panggil Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan isu kontroversinya yang tular menerusi penyebaran video mengenai berlakunya pencabulan hak asasi di Malaysia Perkara itu ...
Eddy Rejang Diiringi Peguam Dap Ke Balai Polis

Eddy Rejang Diiringi Peguam Dap Ke Balai Polis

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 330 hits
Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Lim Lip Eng berkata parti itu akan menyediakan peguam bagi mengiringi lelaki yang dirakam menggunakan kata kata kesat terhadap seorang promoter bir Semalam lelaki yang dikenali sebagai Eddy Rejang itu memb...
Polis Nafi Kes Kanak Kanak Mati Di Beri Susu Dan Ubat Batuk

Polis Nafi Kes Kanak Kanak Mati Di Beri Susu Dan Ubat Batuk

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 411 hits
KUANTAN Polis Pahang hari ini menafikan klip video berserta rakaman suara yang tular mengenai penangkapan seorang wanita di daerah Bera yang kononnya telah menyebabkan kematian empat orang anaknya setelah memberi mereka minum susu bercampur...
Dua Mangsa Termasuk Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan

Dua Mangsa Termasuk Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 370 hits
ROMPIN Dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut selepas sebuah kereta bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 138 Jalan Kuantan Segamat dekat Muadzam Shah di sini petang ini Dalam kemalangan kira kira 2 petang itu ...
Polis Ingatkan Jangan Melampau Batas Suarakan Pendapat Bantahan Icerd

Polis Ingatkan Jangan Melampau Batas Suarakan Pendapat Bantahan Icerd

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 260 hits
Ketua Polis Negara Fuzi Harun mengingatkan rakyat Malaysia bebas menyuarakan pendapat atau bantahan selagi mengikut saluran yang mematuhi undang undang Foto The Malaysian Insight Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun mengingatkan bahawa pih...
Wanita Umno Buat Laporan Polis Terhadap Waytha Moorthy

Wanita Umno Buat Laporan Polis Terhadap Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR Seramai 191 Wanita UMNO membuat laporan polis ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy susulan hasutan yang dilakukan menerusi rakaman video yang dianggap keterlaluan dan memburukkan imej negara Ketua Wanita ...
Lagi Laporan Polis Di Seluruh Negara Kerajaan Ph Di Gesa Bertindak

Lagi Laporan Polis Di Seluruh Negara Kerajaan Ph Di Gesa Bertindak

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR 23 Nov Gesaan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan untuk menuntut tindakan memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy terus dibuat yang membabitkan laporan polis di seluruh negara Hari ini Pergerakan Wanit...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi