Polis Johor Tahan 5 Lelaki Seorang Wanita Buru Haiwan Eksotik


BernamaKetua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek rakyat tempatan itu ditahan menerusi Op Khazanah Pemburuan Haiwan dan hasil maklumat daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan kegiatan pemburuan haiwan eksotik dan penggunaan senjata api secara haram, dengan penahanan 5 lelaki serta seorang wanita di Mersing dan Kluang, semalam.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka yang merupakan rakyat tempatan dan dipercayai aktif dalam kegiatan pemburuan haiwan eksotik sejak 2 tahun lepas itu ditahan menerusi Op Khazanah Pemburuan Haiwan dan hasil maklumat daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Menerusi operasi pertama di tepi Sungai Lenggor, Jemaluang, dekat Mersing pada 1.30 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Perhilitan Negeri Johor dan Pasukan Gerakan Am, menahan 3 lelaki berumur antara 33 dan 47 tahun,” katanya di sini, hari ini.
Ayob Khan berkata, hasil penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit, polis merampas 2 bahagian daging babi hutan, 1 trofi duri landak, 2 laras senapang buatan sendiri, 3 peluru penabur 12 bore, 3 parang, serta 1 kereta Mitsubishi Triton.
Menurutnya, menerusi operasi kedua yang dilakukan hasil daripada maklumat Sultan Ibrahim pula, polis menahan 2 lagi lelaki dan seorang wanita berumur antara 44 dan 53 tahun, pada 10 malam, di beberapa lokasi di sekitar Kluang.
Katanya, hasil penahanan mereka, polis merampas 54 bahagian daging babi hutan, 17 bahagian disyaki daging ayam hutan, 10 bahagian disyaki daging burung puchong, 6 bahagian disyaki daging kijang, 2 kepala kijang, selaras senapang patah, 270 peluru penabur senapang patah pelbagai jenama, sebuah Toyota Hilux, serta 1 buku lesen senjata api.
Ayob Khan berkata, pihaknya percaya kesemua daging yang dirampas berkenaan untuk pasaran di restoran sekitar Kluang, dan beberapa negara luar.
Menurutnya, kesemua 5 lelaki dan seorang wanita terbabit kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 60 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Seksyen 8, 8(a) serta 8 (b) Akta Senjata 1960.
“Polis Johor menyeru orang ramai, agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis jika terdapat mana-mana orang yang memiliki senjata api, buatan sendiri.
“Bagi semua pemegang senjata api berlesen, polis Johor memberi amaran tegas akan membuat semakan ke atas penggunaan senjata api yang berlesen untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran syarat lesen dikeluarkan,” katanya.
Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan lesen senjata api supaya menghubungi Bilik Gerakan Polis Kontinjen Johor di talian 07-2254074.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/polis-johor-tahan-5-lelaki-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Jualan Daging Haiwan Eksotik Sultan Johor

Hentikan Jualan Daging Haiwan Eksotik Sultan Johor

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 317 hits
JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran kepada pemilik restoran yang menjual daging haiwan eksotik di negeri ini supaya segera menghentikan perbuatan itu Sultan Ibrahim melalui akaun rasmi Facebook baginda bertitah m...
Hiburan Tangguh Kahwin Kerana Covid 19 Pelakon Zul Ariffin Syukur Teman Wanita Seorang Yang Memahami

Hiburan Tangguh Kahwin Kerana Covid 19 Pelakon Zul Ariffin Syukur Teman Wanita Seorang Yang Memahami

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 509 hits
Pelakon berbadan sasa Zul Ariffin sebelum ini ada memaklumkan kepada umum bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2020 namun tiada pengumuman atau desas desus mengenai perkara itu sehingga kini Tambahan dengan sikap pelakon te...
Dikasari Pelanggan Kerana Lambat Menghantar Makanan Seorang Rider Foodpanda Buat Laporan Polis

Dikasari Pelanggan Kerana Lambat Menghantar Makanan Seorang Rider Foodpanda Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 373 hits
Hanya kerana terlambat menghantar makanan seorang penghantar makanan Foodpanda mendakwa dia telah dikasari oleh seorang pelanggan dan kemudian telah membuat laporan polis ekoran kejadian tersebut Kejadian yang berlaku di Bukit Mertajam Pula...
Tahan Instant Hijab Tudung Sukan Untuk Wanita Yang Aktif

Tahan Instant Hijab Tudung Sukan Untuk Wanita Yang Aktif

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 1035 hits
Sebagai seorang wanita berhijab kadang tu mama sangat cerewet untuk lakukan aktiviti bersukan Tambah mama sangat suka berjogging setiap hujung minggu Tambah dengan pemilihan tudung yang bersesuaian mama sangat memilih sedikit kerana mama na...
Kes Pukul Pengawal Keselamatan Polis Tahan Lelaki Warga Nepal

Kes Pukul Pengawal Keselamatan Polis Tahan Lelaki Warga Nepal

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 317 hits
Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki terlibat dengan insiden memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama seperti yang tular dalam satu rakaman video pada 31 Julai lepas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintend...
Sultan Johor Beri Amaran Keras Pengusaha Restoran Jual Daging Eksotik

Sultan Johor Beri Amaran Keras Pengusaha Restoran Jual Daging Eksotik

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 391 hits
JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada pemilik restoran supaya dengan segera memberhentikan penjualan daging haiwan eksotik di negeri ini Baginda bertitah sekiranya ada yang masih ingkar dan terus menj...
Stres Melampau Dek Seorang Wanita Asyik Intip Gerak Geri Nichkhun 2pm Fail Perintah Larangan

Stres Melampau Dek Seorang Wanita Asyik Intip Gerak Geri Nichkhun 2pm Fail Perintah Larangan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 292 hits
Kehidupan sebagai idola K Pop bukanlah indah semata mata kebanyakan daripada mereka terpaksa mengorbankan kehidupan peribadi dek sering diserbu oleh peminat tegar hampir saban hari Mungkin disebabkan oleh stres dan berasa terancam Nichkhun ...
Ketua Balai Anggota Polis Di Tahan Di Syaki Terima Rasuah Rm6 000

Ketua Balai Anggota Polis Di Tahan Di Syaki Terima Rasuah Rm6 000

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Dua anggota polis termasuk seorang ketua balai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM6 000 berhubung kes Perintah Kawalan Pergerakan di Melaka semalam Menurut sumber SPRM ra...
Curhatan Seorang Wanita Yang Tak Diakui Sebagai Istri Oleh Suaminya 10 Tahun Menikah Dianggap Orang Lain

Curhatan Seorang Wanita Yang Tak Diakui Sebagai Istri Oleh Suaminya 10 Tahun Menikah Dianggap Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1552 hits
Hubungan suami istri idealnya adalah untuk saling melengkapi Namun dalam banyak realita yang ada masalah ekonomi tak jarang membuat hubungan suami istri menjadi tak harmonis Baru baru sebuah akun Twitter Seterahdeh bingungmilihnya menuliska...
Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm