Polis Jelaskan Ketua Pengarang Disiasat Bawah Kanun Keseksaan


Alyaa Alhadjri
Polis menjelaskan bahawa ketua pengarang portal berita kesihatan CodeBlue, Boo Su-Lyn disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan memberi maklumat.
"Siasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan diambil statement pada 26 Jun 2020 jam 2 petang hingga selesai di IPD Putrajaya," kata Mazlan dalam kiriman pesanan ringkas.
Seksyen 203A berkaitan kesalahan mendedahkan maklumat atau perkara yang diperoleh seseorang semasa menjalankan tugasnya atau dalam menjalankan fungsinya berdasarkan undang-undang bertulis.
Ia juga berkaitan kesalahan mengetahui sesuatu maklumat atau perkara tersebut dan mendedahkannya kepada orang lain.
Sabitan untuk salah satu daripada kedua-dua kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara selama tempoh yang boleh berlanjutan sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.
Ketika dihubungi untuk mendapatkan respons terhadap kenyataan Mazlan, Boo, bagaimanapun enggan memberikan komen atas nasihat peguamnya.
Dalam kenyataan dikeluarkan Jumaat lalu, Boo berkata beliau sedang disiasat di bawah OSA dan seksyen Kanun Keseksaan yang tidak didedahkan berkaitan empat siri artikel CodeBlue yang ditulisnya mengenai kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.
Semalam Boo, mempertahankan artikel itu ditulis berdasarkan maklumat yang tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia berdasarkan penemuan siasatan bebas terhadap insiden kebakaran pada 2016 yang meragut enam nyawa.
Artikel itu memetik bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sebagai berkata, penemuan dalam laporan 225 halaman yang dilihat CodeBlue itu tidak lagi diklasifikasi sebagai rahsia.
Penemuan itu berdasarkan siasatan bebas yang dilakukan oleh jawatankuasa dianggotai tujuh anggota diketuai bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamudin Yunus.
Ketika dihubungi, Hishamudin mendedahkan beliau juga dihubungi oleh polis baru-baru ini untuk merekod keterangannya berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Hishamudin juga mengatakan beliau dimaklumkan bahawa siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan bukan OSA.
Status sebenar laporan siasatan itu masih belum jelas dengan Hishamudin memberitahu Malaysiakini bahawa laporan itu tidak lagi diklasifikasi sebagai rahsia oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2 Oktober tahun lalu.
Namun, Dzulkefly dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat pada 31 Oktober tahun lalu bahawa kabinet masih dalam proses mengubah status laporan tersebut sehingga dapat didedahkan kepada umum.
Malaysiakini telah menghubungi Dzulkefly untuk mendapatkan komen.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/polis-jelaskan-ketua-pengarang-disiasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Meniarap Bawah Pintu Polis Cari Suspek Pecah Masuk Secret Recipe Di Alor Gajah

Sampai Meniarap Bawah Pintu Polis Cari Suspek Pecah Masuk Secret Recipe Di Alor Gajah

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 619 hits
Polis mencari suspek yang memecah masuk ke sebuah kedai kek Secret Recipe di Alor Gajah Melaka semalam Menurut kemaskini daripada suspek dipercayai menceroboh ke premis tersebut mengikut pintu hadapan dengan mengumpil gril besi kedai berken...
Auntie Ini Selalu Belanja Pau Waktu Kecil Ketua Polis Pj Balas Jasa Jiran Lama

Auntie Ini Selalu Belanja Pau Waktu Kecil Ketua Polis Pj Balas Jasa Jiran Lama

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 551 hits
DI SEBALIK kesibukan sosok tubuh seorang bergelar sang saka biru individu yang diberi amanah menjaga keselamatan negara ini tidak melupakan jasa orang yang pernah berbakti kepadanya Meskipun sudah memegang jawatan tinggi dalam kerjaya itu t...
Pnb Siasat Percanggahan Berkait Kelayakan Pengalaman Kerja Bekas Ketua Eksekutif

Pnb Siasat Percanggahan Berkait Kelayakan Pengalaman Kerja Bekas Ketua Eksekutif

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 437 hits
Semalam SC berkata ia dimaklumkan terdapat percanggahan dalam serahan maklumat PNB berhubung kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas ketua eksekutifnya
Ketua Kpu Sebut Pilkada 2020 Jadi Fondasi Penting Pemilihan Umum

Ketua Kpu Sebut Pilkada 2020 Jadi Fondasi Penting Pemilihan Umum

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 294 hits
Jika pilkada kali ini berjalan baik dan sukses menurutnya dapat mewariskan sebuah sistem penyelenggaraan yang tidak biasa untuk digunakan dan dimanfaatkan generasi berikutnya
Di Depan Menag Ketua Komisi Vii Kecewa Keputusan Sepihak Pembatalan Haji

Di Depan Menag Ketua Komisi Vii Kecewa Keputusan Sepihak Pembatalan Haji

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 219 hits
Yandri meminta Menag Fachrul tak mengulang hal tersebut di masa depan Yandri menyarankan Menag Fachrul membaca UU MD3 mengenai rapat kerja dan implikasinya
Menjawab Kenyataan Keluar Parti Bekas Exco Wanita Keadilan Pusat Dan Bekas Ketua Wanita Sembrong Johor Yang Dipecat

Menjawab Kenyataan Keluar Parti Bekas Exco Wanita Keadilan Pusat Dan Bekas Ketua Wanita Sembrong Johor Yang Dipecat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 725 hits
Nafsiah khamis maharanSaya menerima dengan rasa syukur di atas pengumuman perletakkan jawatan dan istihar keluar parti dari Bekas Exco Wanita Pusat Saudari Nor Ashidah Untuk pengetahuan semua beliau telah umum keluar parti pada 12 Mac yang ...
Lagi Keluar Pkr Naib Ketua Wanita Pkr Johor Keluar Parti

Lagi Keluar Pkr Naib Ketua Wanita Pkr Johor Keluar Parti

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 438 hits
Naib Ketua Wanita PKR Johor Nor Ashidah Ibrahim dan 50 penyokongnya mengisytiharkan keluar parti itu dan akan menumpukan perhatian mereka terhadap dua NGO yang diterajui dua tokoh berkaitan Mohamed Azmin Ali Nor Ashidah berkata buat masa in...
Ahli Politik Penceroboh Tanah Isu Rasis Mantan Ketua Hakim Negara

Ahli Politik Penceroboh Tanah Isu Rasis Mantan Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 496 hits
BELUM pun Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mendapat keadilan semangat rasis orang India diapi apikan semula oleh Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy Kali ini kerana Kuil Sri Maha Maria...
6049 Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia Ppim 24 06 2020

6049 Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia Ppim 24 06 2020

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 519 hits
Kunjungan hormat PPIM ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia Tuan Shaharul Sadri Alwi yang diwakili oleh Penolong Setiausaha PPIM En Zulkefli Mohamad Seterusnya menghadiri mesyuarat Sistem Pengurusan dari Perspektif Islam TCI ...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa