Polis Evo 2 Tampil Dengan Cerita Lebih Mantap Sarat Aksi


Tajuk: Polis Evo 2
Tarikh Tayangan: 22 November 2018
Durasi: 2 jam 5 minit
Genre: Aksi
Pengarah: Joel Soh, Andre Chiew
Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Hairul Azreen
Klasifikasi: P13
Setelah cemerlang dalam siri yang pertama pada tahun 2015 dengan kutipan luar biasa, sekali lagi Shaheizy Sam dan Zizan kembali bergandingan menerusi Polis Evo 2.
Masih lagi mengekalkan konsep dua anggota polis yang bergabung membanteras jenayah, jalan cerita kali ini memberi cabaran yang lebih besar buat Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam).
Menerusi gandingan dua pengarah iaitu Joel Soh dan Andre Chiew, Polis Evo 2 memaparkan kisah kedua-dua inspektor berkenaan berhadapan dengan ekstremis ajaran sesat yang menawan penduduk sebuah pulau.
Baca : Penerbit, Pengarah Polis Evo 2 Mohon Tonton Filem Dahulu
Secara ringkasnya, cerita bermula apabila Sani dan Khai terlibat dalam misi pengintipan di sebuah pulau terpencil. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan ekstremis ajaran sesat yang diketuai Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) menyerang dan menawan pulau tersebut.
Bagaimanapun, penulis enggan mengulas lagi berkenaan isu yang timbul sebelum ini kerana perkara berkenaan pun sudah diulas oleh beberapa pihak, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan.
Cuma apa yang penulis ingin tekankan di sini, bagi mereka yang begitu meminati filem-filem bercorak aksi, Polis Evo 2 sememangnya filem yang paling sesuai untuk ditonton.
Sepanjang menonton filem ini selama lebih dua jam, boleh dikatakan ia sarat dengan 90 peratus babak aksi sejak dari awal sehinggalah penghujung cerita.

Dari segi karakter pula, penulis lihat tiada sebarang perbezaan ketara watak Khai dan Sani dalam filem pertama dahulu, cuma kali ini penulis lebih tertarik dengan watak Hasnul Rahmat dan pelakon Indonesia, Raline Shah.
Untuk watak Hafsyam Jauhari, dia ditampilkan sebagai ketua penjahat yang kelihatan ‘cool’, tetapi mempunyai sisi kejam yang pastinya boleh menimbulkan rasa geram penonton, terutama ketika babak Hafsyam menembak mati anggota polis Mat Dan (Syafie Naswip) tanpa belas kasihan.
Manakala, pemilihan Raline Shah sebagai Rian yang merupakan seorang polis perisik dari Indonesia juga adalah langkah yang tepat.
Ternyata watak Rian dapat dibawa dengan sebaiknya oleh Raline, malah aksi-aksi yang dilakukannya tidak mengecewakan dan boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan untuk menonton filem ini.

Secara keseluruhannya Polis Evo 2 adalah berbaloi untuk ditonton. Ketepikan rasa skeptikal terhadap isu yang berbangkit sebelum ini apabila pergi menontonnya nanti.
Sebaliknya penonton wajar melihat filem ini sebagai sebuah filem yang menghiburkan, di sebalik memaparkan kisah pengorbanan anggota polis dalam menjaga keselamatan orang ramai.
Pada masa yang sama, elakkan juga untuk membandingkan filem ini dengan cerita yang pertama memandangkan hanya watak Shaheizy Sam dan Zizan Razak sahaja yang kekal untuk filem kedua.
Polis Evo 2 sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 November lalu (sneak preview) dan ditayangkan secara rasmi bermula pada hari ini.
The post Polis Evo 2 Tampil Dengan Cerita Lebih Mantap & Sarat Aksi appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/polis-evo-2-tampil-dengan-cerita-lebih-mantap-sarat-aksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lembaga Penapisan Filem Akhirnya Bersuara Tentang Isu Boikot Polis Evo 2

Lembaga Penapisan Filem Akhirnya Bersuara Tentang Isu Boikot Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 877 hits
Akhirnya selepas hampir beberapa hari isu boikot filem Polis Evo 2 menggemparkan media sosial Lembaga Penapisan Filem Malaysia akhirnya mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan isu ini Di dalam kenyataan bertarikh 14 November itu Lemba...
Tiada Unsur Cemar Nama Islam Lpf Luluskan Polis Evo 2

Tiada Unsur Cemar Nama Islam Lpf Luluskan Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 515 hits
Baru baru ini ada gerakan dari sesetengah pihak yang memohon Lembaga Penapisan Filem untuk menilai semula filem terbaru Polis Evo 2 The post appeared first on
Polis Evo 2 Pemimpin Pas Kena Minta Maaf

Polis Evo 2 Pemimpin Pas Kena Minta Maaf

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 469 hits
Hazmi Hassan Antara punca yang mendorong gerakan menggesa Polis Evo 2 diboikot adalah disebabkan lakonan Hasnul Rahmat yang memegang watak Hafsyam atau Saif lelaki antagonis berserban dan menggunakan Islam sebagai tunggangan Rasa kurang sen...
Tidak Sampai Seminggu Polis Evo 2 Kutip Rm10 Juta

Tidak Sampai Seminggu Polis Evo 2 Kutip Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 371 hits
Filem yang sedang hangat di pawagam ketika ini Polis Evo 2 telah berjaya mengaut kutipan jualan tiket sebanyak RM10 juta dalam masa The post appeared first on
Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem Tiada Unsur Burukkan Islam

Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem Tiada Unsur Burukkan Islam

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 718 hits
Polis Evo 2 Sah Lepas Lembaga Penapis Filem Tiada Unsur Burukkan Islam Lembaga Penapis Filem mengesahkan filem Polis Evo 2 tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk terhadap agama Islam Telah Tapis ...
Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 623 hits
MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pihak penerbitan filem kontroversi Polis Evo 2 hanya menemuinya selepas penggambaran selesai Mohd Asri berkata Penerbit Eksekutif Polis Evo 2 Datuk Khairul Anwar Salleh menemuinya dua h...
Papa Gomo Ditahan Bila Pula Nak Tahan Waytha Moorthy Yang Terima Lebih 150 Laporan Polis

Papa Gomo Ditahan Bila Pula Nak Tahan Waytha Moorthy Yang Terima Lebih 150 Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang masih belum menahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy biarpun telah lebih 150 laporan polis dibuat terhadapnya Ketuanya Datuk Dr Asyraf ...
Filem Polis Evo 2 Xburukkan Islam Lpf

Filem Polis Evo 2 Xburukkan Islam Lpf

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 774 hits
PELAKON utama Polis Evo 2 Shaheizy Sam bersama Zizan Razak Foto NURUL SYAZANA ROSE RAZMANHALAMAN HIBURANPUTRAJAYA Lembaga Penapis Filem mengesahkan filem Polis Evo 2 tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi i...
Cerita Kedekatan Ma Ruf Amin Dengan Rizieq Dan Aksi 212

Cerita Kedekatan Ma Ruf Amin Dengan Rizieq Dan Aksi 212

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 330 hits
Ma ruf menyebut Rizieq menganggapnya seperti guru dan orangtua Ma ruf sempat menanyakan apakah masalah karena dirinya orang NU Rizieq pun tak mempermasalahkan Ma ruf juga mengatakan bahwa Rizieq dengan dirinya memiliki paham yang sama Hanya...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur