Polis Cadang Kk Mart Pembekal Stoking Didakwa Pertuduhan Jenayah


 


Polis telah melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking dengan tulisan “Allah” di sebuah cawangan KK Mart di Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain, pegawai telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dan sedang menunggu arahan seterusnya.

Bercakap pada sidang media pagi ini, Mohd Shuhaily berkata polis mencadangkan kedua-dua KK Mart dan syarikat pembekal, Xin Jiang Chang Sdn Bhd dihadapkan dengan pertuduhan jenayah berhubung insiden itu.

“Kedua-duanya. KK Mart dan kilang,” kata Shuhaily ketika ditanya jika pertuduhan akan dikenakan terhadap KK Mart mahupun kilang di Johor yang membekal stoking tersebut.

Polis telah merakam keterangan 174 individu bagi melengkapkan siasatan.

Menurut Shuhaily, antaranya adalah kakitangan KK Mart, daripada pekerja di ibu pejabat, pembantu di cawangan serta pemandu lori.

“Kita perhalusi proses perolehan, ada kawalan mutu (atau tidak). Siasatan berasaskan proses dan fakta, kemudian kita ajukan kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Shuhaily berkata ketika siasatan, polis mendapati 14 pasang stoking yang memaparkan kalimah Allah, yang dipulangkan cawangan KK Mart kepada pembekal.

Ditanya jika ada banyak lagi stoking itu di luar sana, dia berkata tiada petanda seumpama itu setakat ini.

Pada masa sama, Shuhaily berkata mana-mana individu yang sudah membeli stoking tersebut perlu menyerahkannnya kepada polis untuk membantu siasatan.

“Saya syor jangan guna. Walau dia bukan beragama Islam, jika dipakai (boleh) menimbulkan lagi amarah umat Islam.

“Siapa yang sudah terbeli, elok serahkan kepada polis dan beritahu (beli di) kedai mana.

“Kalau ada yang terbeli di kedai lain, tolong datang buat laporan. Jangan tangkap gambar dan tularkan (di media sosial). Ia sangat tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.

Kontroversi tercetus minggu lalu apabila gambar stoking yang tertera perkataan ‘Allah’ dijual di kedai serbaneka KK Mart Bandar Sunway, dan tular di media sosial.

Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam, dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stoking berkenaan.

Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/polis-cadang-kk-mart-pembekal-stoking.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Cadang Pendakwaan Jenayah Pada Kk Mart Pembekal

Polis Cadang Pendakwaan Jenayah Pada Kk Mart Pembekal

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 143 hits
Hariz MohdPolis telah melengkapkan siasatan berhubung penjualan stoking dengan tulisan Allah di sebuah cawangan KK Mart di Bandar Sunway Selangor baru baru ini Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain peg...
Stoking Kalimah Allah Pemuda Umno Lapor Polis Kk Mart Rayu Jangan Boikot

Stoking Kalimah Allah Pemuda Umno Lapor Polis Kk Mart Rayu Jangan Boikot

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 380 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 16 2024 2 58 PMPemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart sebelum ini Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata laporan itu akan dibuat hari ...
Doktor Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Buat Laporan Polis

Doktor Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 339 hits
IPOH Seorang doktor lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah tampil membuat laporan polis Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pengadu berusia ...
Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

Kk Mart Mohon Maaf Isu Stoking Tulisan Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 362 hits
Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart Superstore Sdn Bhd memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway Petaling Jaya Kepada semua pelanggan KK Super...
Tiada Sebarang Agenda Stoking Tertera Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Mohon Maaf

Tiada Sebarang Agenda Stoking Tertera Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 176 hits
Isu penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah ALLAH SWT di beberapa kedai rangkaian serbaneka KK Supermart amp Superstore Sdn Bhd adalah produk konsainan oleh pihak vendor Menurut pengasas KK Super Mart Datuk Seri Dr
Stoking Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Diberi Amaran Keras Syarikat Ambil Langkah Elak Isu Berulang

Stoking Kalimah Allah Pengasas Kk Mart Diberi Amaran Keras Syarikat Ambil Langkah Elak Isu Berulang

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 227 hits
Pengasas KK Mart KK Chai telah memohon maaf dan diberi amaran keras susulan kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah PETALING JAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia beri amaran keras kepada pengasas KK Mart KK Chai supaya isu penju...
Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking Kk Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup

Belum Reda Isu Kalimah Allah Di Stoking Kk Mart Jementah Tak Asing Minuman Keras Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 286 hits
Sedia maklum kedai serbaneka KK Supermart amp Superstore baru baru ini menjadi topik bualan ramai susulan menjual stoking yang mempunyai kalimah Allah sebagai design Tak asing minuman keras Terbaru KK Supermart di Jementah Segamat pula diar...
Lima Pengarah Kk Super Mart Pembekal Dituduh Esok

Lima Pengarah Kk Super Mart Pembekal Dituduh Esok

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 236 hits
Lima pengarah rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart dan pembekal Xin Jian Chang Sdn Bhd akan dituduh di mahkamah esok berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah Semua individu berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pad...
Terkini Pengasas Kk Mart Didakwa Padu Gagal Dan Beri Ancaman Amara

Terkini Pengasas Kk Mart Didakwa Padu Gagal Dan Beri Ancaman Amara

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 158 hits
1 Kadar baharu SST beri kesan kepada kadar inflasi negara PM 2 MP Bukit Gantang Mana 140 000 metrik tan beras tempatan 3 Padu boleh bertukar jadi ancaman buat kerajaan 4 Pendakwah cetus polemik perpecahan masyarakat akan diberi peringatan M...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Skyline Optical Group Announces Sgx Ipo Plans Appoints Mci Capital As Financial Advisor

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Honda Bangunkan Roket Boleh Guna Semula Seperti Roket Elon Musk

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuaca Yang Sukar Diramal

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

The Real Roots Of Judicial Power In Malaysia

Be A Winner