Polis Bunuh Pelajar Kakak Zaharif Ada Pengetahuan Latihan Cpr




IPOH – Kakak kepada Muhammad Zaharif Affendi, Nur Zawanie Muhd Zamrie memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan latihan dalam memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Nur Zawanie, 29, yang bekerja sebagai jururawat berkata, pengetahuan itu dipraktikkan sepanjang perkhidmatannya sebagai jururawat terlatih selama tiga tahun dan dalam tempoh lima tahun bekerja di hospital kerajaan dan swasta.
“Semasa belajar juga saya telah mendapat latihan secara rasmi. Saya bekerja di bahagian perubatan dan CPR amat diperlukan.
Mohd Nazri dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi perbicaraan kes bunuh melibatkan seorang pelajar Tingkatan Lima, Disember tahun lalu.
“Wad saya juga sentiasa adakan bedside teaching (pengajaran secara klinikal di katil pesakit) untuk update knowledge (menambah pengetahuan) mengenai CPR,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz pada perbicaraan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet.
Semasa membacakan penyataan bertulis, saksi pendakwaan ke-20 itu memaklumkan, dia memulakan CPR ke atas Zaharif selepas mendapati pelajar itu sudah tiada nadi selain keadaan anak mata telah dilated (anak mata mengembang).
Katanya, CPR ke atas Zaharif kemudiannya diambil alih oleh dua pembantu perubatan hospital yang tiba menaiki ambulans, secara bergilir-gilir selama 20 minit.
“Selepas 20 minit CPR dilakukan, pembantu perubatan hospital mengisytiharkan Zaharif no pulse. Saya juga nampak pada cardiac monitor bahawa Zaharif tiada lagi nadi,” katanya.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam M Athimulan, Nur Zawanie memberitahu tempoh CPR yang dilakukannya ke atas Zaharif adalah selama dua minit.
Athimulan: Setujukah dengan saya bahawa CPR ini adalah proses tekanan pada dada berulang kali.
Nur Zawanie: Ya, setuju.
Nur Zawanie yang merupakan anak kedua daripada empat beradik turut memberitahu mahkamah bahawa semasa kejadian telah melihat adiknya meronta-ronta sambil bangun dan baring berulang kali sebelum senyap dan mula berkelip-kelip mata, selang beberapa minit kemudian.
“Saya melihat darah mengalir keluar dari hidungnya. Saya bertindak memeriksa nadinya dan dapati nadinya makin lemah.
“Kemudian Zaharif mula merehatkan badan dan kakinya diluruskan sendiri sambil matanya memandang ke atas sebelum menutup.
“Saya terus memeriksa nadi Zaharif di bahagian leher, pergelangan tangan dan celah kangkangnya dan dapati Zaharif sudah tiada nadi,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati, Ipoh antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.
Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan minimum sebatan 12 kali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, saksi ke-19 yang juga bapa Zaharif memaklumkan dihampiri seorang wanita yang mengaku sebagai isteri Mohd Nazri di lokasi kejadian.
Muhd Zamrie Zainal Abidin, 56, berkata, wanita itu menzahirkan maaf atas pihak Mohd Nazri sambil memaklumkan bahawa suaminya seorang panas baran.
“Beliau menyatakan “saya minta maaf pak cik, itu suami saya. Dia memang panas baran. Dia tak boleh dengar bunyi rem-rem motosikal. Saya minta maaf!”
“Mendengar kata-kata itu saya berasa amat marah, saya dan Nur Zawanie memaki beliau, namun ustaz sekolah yang berada di tempat kejadian telah meleraikan pertelingkahan tersebut,” katanya.
Pesara tentera itu kelihatan tenang sepanjang prosiding perbicaraan berlangsung termasuk semasa membacakan pernyataan bertulis yang menceritakan kejadian tersebut.
“Saya berada di sisi kanan Zaharif manakala Nur Zawanie di sisi kiri. Saya menyatakan, “Ni abah ni..” sambil melihatnya meronta kesakitan.
“Kemudian saya dengar Zaharif bercakap, “Abah sakit, abah sakit! Mata tak nampak..,” katanya.
Selain Afzainizam, pasukan pendakwaan turut dibarisi Nasrul Hadi Abdul Ghani, V Suloshani dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili Peguam Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Perbicaraan bersambung esok.


Source link
The post Polis bunuh pelajar: Kakak Zaharif ada pengetahuan, latihan CPR appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/polis-bunuh-pelajar-kakak-zaharif-ada-pengetahuan-latihan-cpr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Remaja Dituduh Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Hakim Lawat Lokasi Kejadian

13 Remaja Dituduh Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Hakim Lawat Lokasi Kejadian

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 138 hits
Abdul Rahemang Taimingam hmetro com myREMAJA yang disyaki membunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu ketika tiba di Mahkamah Tawau FOTO Abdul Rahemang TaimingTawau Pihak pendakwaan mengendalikan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Da...
Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 229 hits
BernamaTAWAU Seorang warden asrama Kolej Vokasional Lahad Datu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau melihat pelajar kolej itu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan tidak sedarkan diri dalam bilik di asramanya Muhammad...
3 Kucing Dibunuh Kejam Di Kediaman Pelajar Kini Dalam Siasatan Polis

3 Kucing Dibunuh Kejam Di Kediaman Pelajar Kini Dalam Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 174 hits
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden kejam di mana tiga ekor kucing ditemui mati dengan keadaan berlumuran darah Di sebuah kediaman universiti swasta di Setapak Kuala Lumpur Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 17 Novemb...
Gaduh Di Gelanggang Futsal 21 Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

Gaduh Di Gelanggang Futsal 21 Pelajar Bebas Dengan Jaminan Polis

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 149 hits
Tangkap layar video tular pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru baru ini PETALING JAYA Seramai 21 pelajar tingkatan empat dan lima ditahan susulan pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah se...
Seorang Anggota Polis Bunuh Ibu Kandung Pukul Dengan Tabung Gas

Seorang Anggota Polis Bunuh Ibu Kandung Pukul Dengan Tabung Gas

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 163 hits
Sinar HarianTabung gas digunakan oleh suspek untuk memukul kepala ibunya Foto Sinar Harian AgensiJAKARTA Seorang anggota polis tergamak membunuh ibu kandungnya dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu Ajun Inspektur Polisi Dua Ni...
7 Lelaki Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

7 Lelaki Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 141 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myLOKASI kejadian lelaki warga asing maut dibunuh FOTO Ihsan PembacaShah Alam Seramai tujuh lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Telok Panglima Garang Kuala Langat dekat ...
Wanita Bunuh Anak Perempuan Kerana Tidak Diterima Teman Lelaki

Wanita Bunuh Anak Perempuan Kerana Tidak Diterima Teman Lelaki

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 148 hits
AgensiNew Delhi Seorang wanita di India baru baru ini tergamak membunuh anak perempuannya yang berusia lima tahun hanya kerana teman lelakinya enggan menerima kanak kanak itu Times of India melaporkan kes pembunuhan yang mengejutkan itu ber...
Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Mengadu Sakit Kepala Koma Sehari Sebelum Spm

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Mengadu Sakit Kepala Koma Sehari Sebelum Spm

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 196 hits
Seorang pelajar cemerlang yang penuh harapan untuk masa depan telah meninggal dunia selepas koma sehari sebelum menduduki ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia Tragedi ini amat menyayat hati lebih lebih lagi apabila pelajar perempuan Sekolah...
Pelajar Maut Selepas Didenda Squat Jump 100 Kali

Pelajar Maut Selepas Didenda Squat Jump 100 Kali

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 152 hits
Sinar HarianJenazah dibawa untuk disemadikan di kampung halamannya Foto Sinar Harian AgensiMEDAN Seorang guru Sekolah Menengah Pertama 1 STM Hiling Kabupaten Deli Serdang yang dikenali sebagai SW bakal didakwa atas kesalahan menghukum seora...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Potong Cake Birthday

14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Tinjauan Awal Jenis Jenis Tumbuhan Herba Kawasan Tanah Lembap

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Seperguruan

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Luahan Terbaik Seorang Pelukis