Polis Buka 103 Kertas Siasatan Berkait Gisbh


Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata usaha melumpuhkan kegiatan GISBH memerlukan pendekatan dan tindakan komprehensif serta berterusan pihak berkepentingan. (Gambar EPA Images)
PETALING JAYA: Polis membuka 103 kertas siasatan membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sejak Op Global dilancarkan 11 Sept lalu.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata 98 daripadanya bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), dengan satu kertas siasatan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan baki bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta kesalahan lain.
Menurutnya, 63 kertas siasatan sudah selesai, dengan 22 daripadanya sudah dituduh dan 41 kes diklasifikasikan tiada tindakan lanjut oleh timbalan pendakwa raya (TPR).
“Baki 40 kertas siasatan belum selesai, yang mana ia masih dalam tindakan pegawai penyiasat dan TPR,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, 416 individu merangkumi 189 lelaki dan 227 wanita ditahan sepanjang Op Global, dengan sebahagian besarnya berusia 18 tahun ke atas.
Daripada jumlah itu, 43 individu dituduh atas pelbagai kesalahan, termasuk 22 dituduh mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan 168 orang diberikan jaminan polis, manakala 201 lagi dibebaskan tanpa syarat.
Katanya, dua individu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk pengusiran, manakala dua lagi diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah.
Menurutnya, polis masih meneruskan risikan dan siasatan, dengan tangkapan akan dibuat jika terdapat aduan serta maklumat boleh dipercayai.
Ditanya sama ada kegiatan GISBH lumpuh sepenuhnya, Razarudin berkata, ia memerlukan pendekatan, tindakan komprehensif dan berterusan pihak berkepentingan.
“Kerajaan sudah mengambil tindakan agresif dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak membabitkan pelbagai agensi yang diselaraskan Majlis Keselamatan Negara dalam usaha memastikan aktiviti kumpulan berkenaan lumpuh sepenuhnya.
“Ia sama ada kegiatan yang menyalahi undang-undang jenayah mahupun syariah, termasuk usaha pemulihan ahli dan mangsa diselamatkan.”
Sebelum ini, media melaporkan polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh serta seksual dalam Op Global 11 Sept lalu.
Serbuan itu turut mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan ratusan individu, termasuk wanita. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/a_238.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resit Hina Islam Polis Johor Buka Siasatan

Resit Hina Islam Polis Johor Buka Siasatan

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 223 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myJohor Bahru Polis Johor membuka kertas siasatan susulan gambar tular resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi perkataan menghina Islam Ketuanya Datuk M Kumar berkata resit bertarikh 19 dan 20...
Lelaki Warga China Mengaku Bersalah Buka Balai Polis Di New York

Lelaki Warga China Mengaku Bersalah Buka Balai Polis Di New York

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 197 hits
AGENSINEW YORK Seorang penduduk New York yang menurut pendakwa raya mengendalikan balai polis rahsia di daerah Chinatown di Manhattan di sini bagi membantu Beijing menyasarkan penentangnya mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat untuk bert...
Hiburan Jangan Sebar Kandungan Tidak Sahih Polis Tegaskan Siasatan Kes Along Cham Telus Ikut Peruntukan Undang Undang

Hiburan Jangan Sebar Kandungan Tidak Sahih Polis Tegaskan Siasatan Kes Along Cham Telus Ikut Peruntukan Undang Undang

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 232 hits
Siasatan yang berhubung dengan kes pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad 41 yang ditahan berkaitan kes ganja dilakukan dengan telus dan mengikut peruntukan undang undang Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasik...
Kelantan Khairul Aming Saran Buat Laporan Polis Selepas Heboh Dakwaan Penghulu Asingkan Barangan Bantuan Banjir

Kelantan Khairul Aming Saran Buat Laporan Polis Selepas Heboh Dakwaan Penghulu Asingkan Barangan Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 165 hits
HarapandailyPengasas produk Sambal Nyet Khairul Aming menyarankan pihak berkaitan membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang penghulu di Tumpat Kelantan mengasingkan barangan bantuan yang disumbangkannya Pempengaruh itu menerusi video ...
Berebut Parkir Pakai Senjata 3 Ditahan Polis

Berebut Parkir Pakai Senjata 3 Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 183 hits
KOSMO Polis meleraikan pergaduhan orang ramai di hadapan restoran Mie Gacoan IstimewaJAKARTA Tiga individu ditahan polis kerana menggunakan senjata tajam ketika berebut tempat letak kereta di satu majlis pembukaan rasmi sebuah restoran lapo...
Dia Telefon Mengadu Pernah Digosip Bercinta Dengan Park Boyoung Kim Heewon Buka Cerita Sebenar

Dia Telefon Mengadu Pernah Digosip Bercinta Dengan Park Boyoung Kim Heewon Buka Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 219 hits
Pada tahun 2020 Kim Hee won menjadi subjek khabar angin percintaan yang mengaitkannya dengan Park Bo young yang 19 tahun lebih muda daripadanya Artikel Berkaitan Menerusi temubual eksklusif untuk drama Light Shop pelakon itu kembali menegas...
Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support