Polis Berjaya Rampas 31 Kilogram Ganja Bernilai Cecah Rm78 207 50 Di Kuantan


 

KUANTAN: Polis Pahang menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengedar dadah dan merampas 31 bungkus dadah jenis ganja bernilai RM78,207.50 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chendering di sini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, rampasan terbabit merupakan yang terbesar bagi tahun ini setakat Mac ini.
Katanya, rampasan terbabit dibuat pada 21 Mac lalu dengan penahanan lelaki berusia 28 tahun terbabit sekitar pukul 5.30 petang di Jaya Gading di sini, bersama satu kilogram ganja dipercayai untuk edaran di situ.
“Hasil soal siasat terhadap suspek ketika dalam penahanan di lokap, polis berjaya menimbulkan maklumat berkaitan suspek yang menyimpan dadah jenis ganda di kawasan bangsal tepi rumahnya di Kampung Chendering di sini.
“Hasil serbuan di kawasan bangsal terbabit telah menemukan satu guni yang terdapat dua ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja dengan anggaran berat 1.5 kilogram.
“Turut ditemukan satu bekas plastik berisi 30 ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis ganja dengan anggaran berat 29.8 kilogram,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Ganja dengan keseluruhan berat 31.3 kilogram dengan setiap kilogram bernilai RM2,500 itu boleh dibekalkan kepada 65,566 penagih dadah dalam masa sehari mengambil kira penggunaan harian 0.5 gram.
Ramli berkata, siasatan mendapati, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan milik keluarganya itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau selain turut positif dadah jenis Methamphetamine.
“Hasil siasatan juga mendapati suspek yang baharu dua bulan bergiat secara aktif dalam pengedaran dadah itu dipercayai mendapatkan bekalan terlarang itu dari Kelantan untuk diedarkan di sekitar Kuantan.
“Suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula 22 Mac lalu dan akan disambung reman sehingga dituduh di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 sebatan jika disabitkan kesalahan.
“Dengan tangkapan ini pihak polis telah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/03/polis-pahang-berjaya-rampas-31-kilogram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Kurang Siuman Di Tahan Polis Kes Menyerang Imam Solat Subuh Di Kuantan

Lelaki Kurang Siuman Di Tahan Polis Kes Menyerang Imam Solat Subuh Di Kuantan

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 116 hits
KUANTAN Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu di sini semalam Dalam kejadian kira kira jam 6 18 pagi itu suspek berusia lingkungan 40 an yang berpa...
Pihak Berkuasa Thailand Rampas Dadah Di 3 Sekatan Jalan Di Pattani

Pihak Berkuasa Thailand Rampas Dadah Di 3 Sekatan Jalan Di Pattani

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 123 hits
PIHAK berkuasa Thailand merampas jumlah besar dadah jenis methamphetamine dan pil kuda di tiga sekatan jalan di Pattani baru baru ini Komander Tentera Bahagian Keempat Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata pihak berkuasa berjaya meramp...
Kamu Cuba Rampas Kuasa Silakan Tapi Kami Siap Dengan Keris Anwar

Kamu Cuba Rampas Kuasa Silakan Tapi Kami Siap Dengan Keris Anwar

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 112 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada seteru politik bahawa dia bersedia berdepan cabaran oleh pihak yang cuba menumbangkan kerajaan persekutuan Dalam ucapan dasar di Kongres Khas PKR di Shah Alam hari ini Anwa...
Viral Video Perampok Rampas Uang Rp100 Juta Di Cilacap Dua Korban Ditembak

Viral Video Perampok Rampas Uang Rp100 Juta Di Cilacap Dua Korban Ditembak

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 166 hits
Aksi perampokan bersenjata api terjadi di Cilacap Jawa Tengah Senin Aksi ketiga pelaku merampas uang Rp100 juta dan menembak dua korban dengan pistol terekam kamera dan viral di media sosial
Wanita Mangsa Buli Turun Berat Badan Daripada 115 Kepada 63 Kilogram

Wanita Mangsa Buli Turun Berat Badan Daripada 115 Kepada 63 Kilogram

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 209 hits
JAKARTA Seorang wanita menjadi perhatian di media sosial Indonesia selepas berjaya menurunkan berat badan daripada 115 kilogram kepada 63 kg lapor portal berita Wolipop hari ini
Cops Identify Ganja Toothpaste Sender

Cops Identify Ganja Toothpaste Sender

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 154 hits
The package was sent to Rafizi Ramli s office and had been addressed to him and the prime minister PETALING JAYA Police have identified the person who sent a parcel containing a tube of toothpaste that claimed to contain cannabis leaf extra...
Tahniah Hero Malaya Shukri Yahaya Beli Land Rover Defender Bernilai Hampir Sejuta

Tahniah Hero Malaya Shukri Yahaya Beli Land Rover Defender Bernilai Hampir Sejuta

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 413 hits
Baru baru ini tular video di laman sosial yang memaparkan seorang pelakon terkenal Shukri Yahaya bersama isterinya Tya Adnan membeli sebuah kereta Land Rover Defender telah berjaya meraih perhatian netizen Menerusi sebuah hantaran yang dimu...
2 Hektare Ladang Ganja Di Aceh Utara Dimusnahkan Pemilik Ditangkap

2 Hektare Ladang Ganja Di Aceh Utara Dimusnahkan Pemilik Ditangkap

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 94 hits
Kepolisian Resor Aceh Utara menemukan dan memusnahkan 2 hektare ladang ganja di perbukitan Gampong Teupin Reusep Kecamatan Sawang Mereka juga menangkap seorang pria inisial J yang diduga sebagai pemilik ladang ganja itu
College Student Nabbed For Selling Ganja Brownies In Kl

College Student Nabbed For Selling Ganja Brownies In Kl

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR A 19 year old college student was nabbed for allegedly distributing ganja brownies Acting Kuala Lumpur police chief Deputy Comm Datuk Yahaya Othman said the suspect was detained following a raid at Jalan 9 in the city at about ...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang