Polemik Hala Tuju Malaysia Airlines



SEJAK beberapa tahun lalu, isu menutup atau menjual Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) menjadi antara perkara yang hangat diperkatakan.
Sehingga kini pun, cakap-cakap belakang mengenai perkara itu masih kedengaran susulan kerugian yang dihadapi syarikat penerbangan nasional itu.
Malaysia Airlines yang bergelut untuk menjana semula keuntungan sejak Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) menjadikannya syarikat persendirian pada tahun 2014 akan menyertai syarikat penerbangan global yang menerima bantuan atau talian hayat daripada pemegang saham masing-masing.
Meskipun pelbagai langkah atau penstrukturan dibuat bagi membantu syarikat penerbangan nasional itu, namun sehingga kini jalan penyelesaiannya tetap kabur.
Perkara tersebut dapat dilihat dengan pelantikan pengerusi yang silih berganti untuk menerajui syarikat penerbangan itu.
Kebimbangan kembali memuncak selepas dunia kini diancam pandemik koronavirus (Covid-19) dan sesiapa pun tidak mampu menjangka bilakah wabak tersebut akan berakhir.
Sektor penerbangan antara yang paling terkesan susulan pandemik tersebut, lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengumumkan pintu sempadan antarabangsa kekal ditutup buat masa ini.
Kesan Covid-19 : 13,000 kakitangan Malaysia Airlines ditawar cuti tanpa gaji

Kesan daripada pandemik itu juga, Malaysia Airlines membatalkan penerbangan, menangguhkan perbelanjaan tidak kritikal dan mengurangkan kos sejak bermulanya krisis.
Keadaan itu pastinya mengundang kebimbangan kepada kakitangan syarikat penerbangan tersebut mengenai nasib masa depan mereka.
Sebelum ini, penstrukturan Malaysia Airlines menyaksikan perubahan termasuk ramai pekerja diberhentikan, pengurangan gaji dan diberi cuti tanpa gaji.
Pada Jumaat lalu, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan penstrukturan dan penyusunan semula operasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang dengan mengkaji Rancangan Perniagaan Jangka Panjang (LTPB).
Langkah tersebut dilaporkan akan dilaksanakan bagi memastikan kesesuaian dan kelangsungan kumpulan yang terkesan oleh penularan pandemik Covid-19.
Keputusan Susulan penstrukturan itu, antara perkara yang akan dipertimbangkan seperti melaksanakan pemotongan gaji untuk seluruh pasukan pengurusan dan juruterbang termasuk memperkenalkan cuti tanpa gaji, menangguhkan pembayaran, rundingan semula kontrak dan lain-lain dalam usaha mengekalkan kelangsungan serta melindungi sebanyak pekerjaan yang mungkin.
Kini, harapan seluruh kakitangan syarikat itu pastinya terletak sepenuhnya kepada bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang baru dilantik sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Susulan pengumuman itu, pihak Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) tampil menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan menyifatkan keputusan syarikat penerbangan nasional tersebut sebagai tidak tepat pada waktunya.
MAS-AirAsia perlu pertimbang penggabungan

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, rata-rata pekerja bakal berdepan krisis kewangan dengan berakhirnya moratorium pada akhir bulan lalu.
Menurutnya, penstrukturan yang bakal dibuat itu dibimbangi akan membuatkan lebih ramai pekerja akan menerima kesan yang lebih buruk.
Ismail berkata, kerajaan juga diminta memberi perhatian terhadap langkah yang ingin dilaksanakan itu bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga.
“Kerajaan harus beri perhatian terhadap isu ini terutama sekali MAS di bawah Khazanah dan Khazanah di bawah kerajaan,” katanya.
Kebimbangan yang disuarakan Nufam juga bukan baharu kerana setiap kali penstrukturan dibuat pastinya akan membabitkan kakitangan yang terjejas.
Meskipun tidak dapat dinafikan industri penerbangan khususnya di Malaysia berdepan saat kritikal, namun kebajikan anak-anak kapalnya khasnya perlu diberi pertimbangan sewajarnya.
Justeru, kini ramai yang menanti ke manakah hala tuju Malaysia Airlines. Ramai pastinya tidak mahu melihat syarikat itu yang merupakan salah satu daripada lapan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Skytrax terus malap.
Secara asasnya, perkhidmatan Malaysia Airlines diakui berada pada tahap terbaik dan sering mendapat pujian, namun kita harus realistik bahawa hanya dengan keuntungan dan kewangan yang stabil mampu menjadikan sesebuah syarikat itu kekal stabil.
Kepada rakyat Malaysia, marilah kita terus menyokong syarikat penerbangan nasional itu agar jenama kebanggaan negara ini kekal terbang di ruang udara seluruh dunia.
* Nurul Huda Husain
Sediakan SOP, sistem pengundian baharu jika PRU-15 diadakan

The post Polemik hala tuju Malaysia Airlines appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/06/polemik-hala-tuju-malaysia-airlines/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Veteran Umno Sokong Parti Perjelas Hala Tuju Pasca Prn Sabah

Veteran Umno Sokong Parti Perjelas Hala Tuju Pasca Prn Sabah

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 294 hits
SHAH ALAM Veteran UMNO menyokong kenyataan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membincangkan dan menentukan hala tuju parti peringkat pasca Pilihan Raya Negeri Sabah Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub ...
Khazanah To Stop Funding Malaysia Airlines If Lessor Talks Fail

Khazanah To Stop Funding Malaysia Airlines If Lessor Talks Fail

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 242 hits
The parent of Malaysia Airlines has warned leasing companies that state fund Khazanah will stop funding the group and force it into a winding down process if restructuring talks with lessors are unsuccessful according to a letter seen by Re...
Malaysia Airlines May Shut If Restructuring Talks Fail Says Report

Malaysia Airlines May Shut If Restructuring Talks Fail Says Report

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 263 hits
The airline announced earlier this month it had embarked on an urgent restructuring exercise that involves renegotiating with lessors as it sees little sign of the pandemic easing KUALA LUMPUR Malaysia Airlines Bhd is prepared to shut down ...
No Bailout For Malaysia Airlines Airasia Govt Says

No Bailout For Malaysia Airlines Airasia Govt Says

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 345 hits
Putrajaya says it will not bail out Malaysia Airlines or AirAsia the country s largest airlines which have taken the brunt of the recent lockdown and closure of borders to contain the Covid 19 pandemic Finance Minister Tengku Zafrul Tengku ...
Malaysia Airlines Mungkin Tutup Sekiranya Rundingan Penstrukturan Semula Gagal Kata Laporan

Malaysia Airlines Mungkin Tutup Sekiranya Rundingan Penstrukturan Semula Gagal Kata Laporan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 319 hits
Malaysia Airlines berusaha mendapatkan kerjasama semua pihak supaya ia boleh erus ke fasa seterusnya iaitu memampankan perniagaan KUALA LUMPUR Malaysia Airlines Bhd sedia untuk ditutup sekiranya rundingan dengan syarikat pajakan berhubung r...
Hala Tuju Kerjasama Politik Umno Sudah Jelas Annuar Musa

Hala Tuju Kerjasama Politik Umno Sudah Jelas Annuar Musa

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 334 hits
Oleh Oktober 1 2020 6 46pmbharian comGambar fail 14 September 2019 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertukar dokumen Piagam Muafakat Nasional dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan Setiausaha Agung U...
Vaksin Covid 19 Dijangka Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

Vaksin Covid 19 Dijangka Masuk Malaysia Pada Tahun Depan

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin COVID 19 menjelang awal tahun depan Memetik laporan Bernama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ujian klinikal vaksin Covid 19 dijangka ...
12 Rakyat Malaysia Pulang Dari Himpunan Tabligh Di Sulawesi Indonesia Ditahan Dan Dikuarantin

12 Rakyat Malaysia Pulang Dari Himpunan Tabligh Di Sulawesi Indonesia Ditahan Dan Dikuarantin

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 347 hits
SERAMAI dua belas orang rakyat Malaysia yang menghadiri himpunan tabligh di Sulawesi Indonesia telah menjalani ujian Covid 19 dan dihantar untuk proses pengasingan sebaik sahaja pulang ke tanah air Kesemua 12 orang lelaki itu dipercayai tib...
Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna Mcdonald S Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia

Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna Mcdonald S Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 656 hits
Dhia Batrisya Naib Johan 2nd Place Pertandingan Mewarna McDonald s Kajang Perdana Sempena Hari Malaysia Cuti Hari Malaysia 16 September 2020 mummy berkesempatan masukkan Dhia dan Dzal ke Coloring Contest anjuran McDoland s Kajang Perdana at...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef