Pokok Scindapsus Pictus Spesis Sirih Gading Yang Cantik
Pokok sirih gading antara pokok favourite Fiza jugalah sebab cara penjagaan sirih gading dan cara tanam pokok sirih mudah. Itulah pokok pertama yang buatkan Fiza terjebak nak menanam. Kalau tidak, memang lansung tak berminat nak menambah houseplant.
Dulu tak faham kenapa mak asyik beli pokok je. Penuh kawasan rumah dengan pokok sampai boleh nursery bunga dah. Asal ada orang datang mesti belek pokok mak minta benih pokok. Sekarang baru lah faham kenapa. Tanam pokok ni terapi diri dan berbakti kepada tanah juga. Tapi seronoklah ada kawasan luas macam kat kampung kan
By the way, dari pengalaman Fiza tanam pokok sirih gading ni semuanya hidup sihat dan dah berpasu-pasu dah Fiza propagate. Sejak kenal dengan sirih gading lah baru lah Fiza rasa macam hebat pulak menanam pokok ni. Padahal dulu selalu set dalam kepala ni tak boleh tanam pokok sebab tangan panas. Istilah yang orang selalu sebut kalau tak pandai tanam bunga
Tapi sebenarnya semua orang boleh tanam bunga. Kan? Cuma kena ambil tahu dulu jenis pokok dan cara penjagaan dia. Paling penting pokok tu boleh disesuaikan dengan cuaca dan persekitaran rumah kita. Contoh macam kalau beli bunga kat Cameron Highland tu
Mostly bunga dari sana dah biasa hidup sejuk tapi bila kita bawa balik. Tak pernah nak hidup elok kecuali bunga kaktus sebab pokok kaktus ni jenis 'hard to kill' juga macam snake plant juga.
Scindapsus Pictus/ Scindapsus Pictus Argyraeus/ Scindapsus Pictus Silver SatinTerberkenan dengan pokok hiasan seperti daun keladi yang bertompok-tompok warna perak (silver) ni. Bila tengok terasa macam memanggil manggil je suruh di beli. Scindapsus pictus ni daun dia macam tebal sikit daripada golden pothos tu.
Selain tompok-tompok tahi unta tu, daun dia kalau dilihat secara dekat nampak macam berkilat kilat dan macam baldu. Sangat cantik untuk ditatap. Dari jauh nampak cantik, kalau dekat apatah lagi.
Cara Tanam cara tanam pokok sirih gading ni mudah je. Potong batang yang dah berakar sikit tu dan letak je dalam air. Lama lama nanti dia akan berakar panjang dan tumbuh tunas daun baru. Boleh dijadikan sebagai dish garden. Nak cantik lagi letakkan batu batu atau crystal gel. Boleh klik label tanaman kalau nak tahu banyak lagi tentang tanaman yang Fiza kongsikan
Pokok jenis macam ni dia akan menjalar dan cantik untuk hiasan dalam atau luar rumah. Kalau letak luar rumah kenalah tanam dalam pasu yang bertanah. Sama juga caranya pembiakkan melalui keratan batang
Cara PenjagaanKalau letak dalam balang air, hanya pastikan air sentiasa ada dan secukupnya. Kalau diletakkan di luar, letakkan di tempat yang redup. Jangan letak direct bawah matahari takut daun dia melecur disebabkan panas. Nak daun dia rimbun cepat, letakkan baja
Kebaikan tanam pokok ni sama macam Kebaikan pokok snake plant juga yang membuatkan pokok snake plant semakin popular sekarang ni kan.
Ehhh lupa pulak. Harga pokok scindapsus ni RM12 kalau tak silap di Seremban Lanscape and Nursery.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/06/pokok-scindapsus-pictus-spesis-sirih.html