Pokok Karas Gaharu Depu



Kerajaan Kelantan pernah mengiystiharkan gelaran Kelantan Koridor Depu. Perasmian projek koridor depu dirasmikan oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Saadah, Beta Hulu, Kota Bharu sekitar tahun 2007.

Serentak pengumuman kerajaan negeri berkaitan projek ladang depu, berpuluh-puluh billboard telah dipasang di sekitar jalan-jalan utama di negeri Kelantan bagi menghebohkan projek tersebut kepada rakyat Kelantan kerana penanaman pokok depu atau gaharu masih baru dan tidak diusahakan oleh negeri-negeri lain.

Projek depu digambarkan amat menguntungkan. Harga untuk sekilogram depu gred 'double-super' dikatakan bernilai RM12,000-RM14,000 untuk sekilogram manakala harga pasaran untuk minyak gaharu dikatakan mencecah sehingga RM45,000/kg bergantung kepada kualiti kayu gaharu.

Mengambil kira keuntungan bakal diraih, Projek Ladang Depu dijalankan dengan menggunakan sistem 'pajak & kongsi'. Penanam depu dikatakan mampu meraih hasil yang lumayan selepas 6 tahun usia tanaman tersebut diusahakan.  

Sebaliknya, setelah sekian lama masa berlalu, projek depu sehingga kini diam serta sepi tanpa berita? Projek ladang depu terus jadi sedu. Pokok depu yang dianggaran sebatang pokok RM1,000 kini sepi.  

Projek yang gagal itu dikaitkan dengan pemimpin tertentu. Namun, dengan masa yang sudah lama perkara itu lenyap begitu sahaja, melainkan ada yang sekadar membangkitkan semua untuk imbau kembali.

Perbezaan ketara kegagalan ialah tiada penjagaan rapi yang dilakukan. Contoh projek depu yang berjaya di Dannok, Thailand dijaga baik tetapi pokok depu di Gua Musang tiada penjagaan rapi yang diberikan.

Pokok gaharu juga dikenali pokok karas atau mengkaras hidup di kawasan tanah pamah sehingga ketinggian 750m dari aras laut dan memerlukan taburan hujan dan kelembapan yang tinggi. Gaharu digunakan dalam industri minyak wangi, produk perubatan, perubatan Ayurvedic, majlis keagamaan dan sebagainya.


Permintaan untuk gaharu semakin tinggi walaupun pengeluaran semakin berkurangan menyebabkan harganya semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan gaharu dieksport kepada. pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.


Harganya boleh mencecah sehingga RM14-18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu RM45 ribu/kg (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaian dan bergantung kepada penjual dan pembeli).

Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.

Buat masa ini, kebanyakkan gaharu dikeluarkan daripada hasil hutan dan amat terhad. Tanpa penanaman semula. spesis ini akan terus diancam kepupusan disebabkan aktiviti pengambilan gaharu.

Penanaman gaharu di Malaysia masih baru dan belum popular, tetapi di negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja sudah lama diusahakan. Malah ia mendapat sokongan yang amat kuat daripada pihak agensi kerajaan mereka dari segi modal dan teknologi.


Keseluruhan pokok gaharu (batang, daun dan akar) berguna dan dapat dikomesialkan.


Penanaman pokok gaharu sesuai dijalankan di tanah terbiar, kawasan rezab hutan simpan, kawasan pembalakan yang telah diterokai dan dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintegrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba dan tanaman komoditi.

Dengan teknologi terkini pokok gaharu boleh ditebang dalam jangka masa 5-6 tahun, selepas 12 bulan suntikan (inducement) ubat, pokok boleh mula ditebang untuk mendapatkan resinnya.

Untuk 1 ekar tanah boleh ditanam hampir 1000 pokok dengan jarak antara 6-7 kaki. Anggaran pendapatan untuk sepokok ialah RM1000.00 dan seekar ialah RM1juta. 

Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu `agaru' yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar.

Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Komponen methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu dibakar. 

Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.  Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Pokok karas ini merupakan spesis pokok hutan yang tumbuh secara meliar di dalam hutan dan juga kebun-kebun getah orang kampung yang mana habitatnya adalah mudah dan tidak rumit untuk hidup di mana-mana kawasan selain dari kawasan tanah yang berair.

Teras gaharu terhasil adalah disebabkan pokok yang sakit, apabila pokok ini sakit maka pokok ini akan mengeluarkan satu cecair yang dikenali damar atau risen (boleh dikatakan juga sebagai antibodi) untuk merawat kembali kecederaannya, damar dan risen inilah yang akan menyebabkan berlakunya pembentukkan teras gaharu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/hyi_21.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Buah Pokok Kulim

Khasiat Buah Pokok Kulim

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1829 hits
Tidak ramai kenal pokok kulim yang juga dipanggil bawang hutan Namun jika disebut Kulim Kedah ramai yang tahu kewujudan tempat itu biarpun tidak pernah pergi ke sana Di Pasir Putih Kelantan pula ada nama tempat Gong Kulim Pokok kulim semaki...
Amanah Pokok Sena Disokong Rakyat Tubuh 26 Lagi Cawangan Selepas Pru14

Amanah Pokok Sena Disokong Rakyat Tubuh 26 Lagi Cawangan Selepas Pru14

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 368 hits
MOHD ALI HASHIM Komitmen yang bersungguh sungguh serta gerak kerja yang tidak pernah mengenal penat dan lelah menjadikan AMANAH sebagai salah satu parti yang telah berjaya mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat bagi kawasan Parlimen ...
Hadi Ahli Pas Jangan Jadi Kera Melompat Ke Pokok Yang Banyak Buah

Hadi Ahli Pas Jangan Jadi Kera Melompat Ke Pokok Yang Banyak Buah

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 537 hits
KOTA BHARU Program Himpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan malam tadi menyaksikan laungan mengajak ahli ahli PAS untuk terus beristiqamah dalam perjuangan Islam parti itu Program sehari itu juga menjadi pentas un...
Pokok Nenas Batu

Pokok Nenas Batu

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 1928 hits
Gambar pokok nenas batu ditanam dalam pasu Mengikut pemiliknya buah nenas batu dari pokok ini baru dipetik Pokok nenas nenas batu yang ditanam dalam pasu memang kecil Pokok nanas batu hanyalah sebagai tanaman hiasan yang dapat menyerikan ka...
Pokok Buah Gucil

Pokok Buah Gucil

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 2275 hits
Pokok gucil atau dieja guchil untuk ejaan lama Pokok gucil juga dipanggil pokok gunchiak Sumber lain pula menamakannya sebagai buah binayuyu atau binayuyo Ada juga memanggil pokok gucil dengan nama pokok goncar Apapun nama pokok gucil kini ...
Keistimewaan Pokok Bongor Jadi Tarikan

Keistimewaan Pokok Bongor Jadi Tarikan

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 1948 hits
Pokok bongor tergolong kategori pokok besar yang berbanir Pokok bongor tidak sesuai ditanam di halaman rumah atau di dalam pasu walaupun boleh menjadi pokok hiasan menarik Biasanya pokok bongor ditanam sebagai pokok teduhan di taman dan di ...
Petua Hasil Pokok Berbuah Lebat

Petua Hasil Pokok Berbuah Lebat

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 847 hits
Ada petua orang lama mengenai bagaimana ingin supaya pokok buah mengeluarkan hasil lebat dan berkualiti Kata orang tua hasil kebun atau pokok yang mengeluarkan buah itu kena kongsi dengan jiran jiran Paling baik ketika buah baru gugur atau ...
Bahana Cinta Terlarang Gadis Islam Disebat Dan Diikat Pada Pokok

Bahana Cinta Terlarang Gadis Islam Disebat Dan Diikat Pada Pokok

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 660 hits
BIHAR India Seorang gadis beragama Islam diikat pada sebatang pokok dan disebat tanpa belas kasihan oleh penduduk kampung di negeri Bihar India awal minggu ini kerana dia cuba kahwin lari dengan remaja lelaki beragama Hindu lapor akhbar Tim...
Jeragat Hilang Dengan Sabun Gaharu Cendana

Jeragat Hilang Dengan Sabun Gaharu Cendana

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 446 hits
Jeragat Hilang Dengan Sabun Gaharu CendanaGaharuGaharu memiliki tinggi antioksidan yang diperlukan oleh kulit kita Apabila sapu sabun Gaharu Cendana di muka anda insyaallah sabun akan membebaskan anda daripada sel sel yang merosak kulit And...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Throwback 2024 Join Competition Sempena Deepavali Celebration Kat Tempat Kerja

Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan