Podcast Rafizi Hambar Dan Tak Cukup Menggigit


 


TUNGGU LAGI EPISOD SETERUSNYA.


21 June 2025


Tidak kira daripada PKR, UMNO, PAS, DAP, Bersatu atau kelompok mana jua, termasuk mereka yang tidak berparti, pasti sebahagian daripadanya adalah penonton podcast Rafizi Ramli malam semalam.


Episod pertama podcast “Yang Berhenti Menteri” malam tadi adalah program yang dinanti-nantikan oleh ramai orang sejak bekas Menteri Ekonomi itu mengumumkan kemunculan semulanya secara aktif di dunia maya sejak memutuskan meletak jawatan.


Lebih menarik dan menjadi perhatian lagi apabila Ahli Parlimen Pandan itu juga mengumumkan beliau akan muncul pada setiap Jumaat malam melalui podcastnya itu.


Selepas kalah dalam pertandingan Timbalan Presiden PKR dan kemudian meletakkan jawatan daripada kabinet, manakala sebelum itu Jelajah HIRUK yang digerakkannya menjadi sensasi dengan kritikan yang berterus-terang terhadap PKR, kerajaan serta Perdana Menteri, pengumumannya akan muncul setiap minggu dalam podcast adalah penantian yang ditunggu-tunggu sepertimana ghairahnya orang menunggu tibanya hari siaran Akademi Fantasia sebelum ini.


Sebab itu, ramai yang menanti dan mahu melapangkan masa sejak awal lagi untuk menonton podcastnya itu.


Bagaimanapun, sejak malam semalam iaitu sebelum siaran podcast itu berakhir lagi dan sehinggalah sekarang ini, ramai rakan dan kenalan menghubungi dan menghantar mesej meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


Kata mereka, walaupun  Rafizi dalam temubual podcast itu ada menyentuh berkaitan Anwar Ibrahim, kerajaan, PKR, menteri sebab beliau meletak jawatan dan pelbagai lagi, tetapi program itu secara umumnya boleh dikira hambar dan mengecewakan.


“Kata-kata dan ucapan Rafizi tidak cukup “mengggit” sebagaimana beliau berucap dengan keras dalam Jelajah HIRUK sebelum ini.


“Beliau sepatutnya lebih lantang, keras dan kuat “menggigit” kerana beliau sekarang bukan lagi menteri.


“Apa-apa yang terbuku di hatinya, inilah masanya untuk diluahkan dan itulah yang didengar oleh audien,” kata mereka.


Rafizi juga kata mereka, patutnya lebih banyak bercakap mengenai kepincangan pemilihan PKR baru-baru yang mungkin tidak diketahui ramai serta tidak ragu-ragu untuk memberitahu perancangan masa depannya dalam politik.


Ini kerana kata mereka, masa depan Rafizi sebenarnya sudah habis bersama PKR dan beliau harus ada perancangan lain untuk masa depannya.


Seorang pemimpin UMNO dan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan pula, ketika berbual-bual dengan saya, menyarankan agar Rafizi mencari moderator yang benar-benar mampu memberi soalan kritikal kepadanya bagi episod seterusnya.


“Daripada soalan-soalan kritikal itulah nanti akan lahir jawapan yang sensasi dan bermutu tinggi,” tambah kedua-dua mereka.


Apa pun, kehambaran podcast Rafizi semalam sebenarnya masih boleh diterima memandangkan ia adalah episod pertamanya.


Bak kata orang, enjin belum panas lagi.


Tetapi, untuk minggu depan dan minggu-minggu seterusnya, Rafizi tidak boleh kekal dengan kehambaran seperti yang dihidangkannya semalam.


Beliau harus tampil keras, lantang dan pedas sebagaimana karektor biasanya sebelum  bergelar menteri, bahkan kalau “menggigit”, biarlah “gigitan” itu benar-benar berbekas dan menguji mereka yang sedang berkuasa di Putrajaya.


Jika itu dapat dilakukan, barulah kerinduan kepada Rafizi yang dahulu terubat dengan sendirinya. – ShahbudinHusin 21Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/podcast-rafizi-hambar-dan-tak-cukup-menggigit/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/podcast-rafizi-hambar-dan-tak-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Kembali Dalam Podcast Yang Berhenti Menteri Bakal Bongkar

Rafizi Kembali Dalam Podcast Yang Berhenti Menteri Bakal Bongkar

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 248 hits
Rafizi Ramli berjanji akan membakar serta memberi pencerahan dalam audio siarnya YBM kini yang membawa maksud Yang Berhenti Menteri Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan Jadi saya bebas bersuara Insya Allah s...
Rafizi Akui Podcast Kurang Panas Jumaat Ini Jemput Iswardy Morni Jadi Moderator

Rafizi Akui Podcast Kurang Panas Jumaat Ini Jemput Iswardy Morni Jadi Moderator

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 182 hits
Atas permintaan ramai YBM yang seterusnya akan menampilkan Saudara Iswardy Morni Kepada yang tidak berpuas hati dengan moderator kami hargai komen komen Saya ada sedikit perangai yang mungkin tidak disenangi orang saya gemar memberi peluang...
Anwar Hopes Rafizi Nik Nazmi Reconsider Decision To Quit Cabinet

Anwar Hopes Rafizi Nik Nazmi Reconsider Decision To Quit Cabinet

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 293 hits
The prime minister says he is in favour of the duo continuing their services in the government following their defeats in the recent PKR elections Nik Nazmi a two term MP failed to defend his position as PKR vice president at the party s di...
Rafizi Cerita Lain Tu Masaalahnya

Rafizi Cerita Lain Tu Masaalahnya

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 186 hits
Menurut PM Anwar beliau memberi ruang sehingga tamat tempoh cuti kepada kedua dua menteri itu untuk menilai dan mempertimbangkan keputusan mereka MalaysiaMADANI Pemilihan2025
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer