Poco F7 Pro F7 Ultra Malaysia Spesifikasi Varian Harga


Poco telah melancarkan dua model terbaru mereka di Malaysia, iaitu Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra, yang menawarkan spesifikasi unggul pada harga yang kompetitif.
Kedua-dua peranti ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mencari prestasi tinggi tanpa mengorbankan bajet.
Peerbezaan antara kedua-dua model ini dapat dilihat daripada segi prestasi cip pemprosesan, kamerra, paparan, bateri dan teknologi pengecasan.
Spesifikasi Poco F7 Pro
Poco F7 Pro dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci yang menawarkan resolusi 2K (1440 x 3200 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz.
Paparan ini menyokong teknologi HDR10+ dan Dolby Vision, memberikan pengalaman visual yang tajam dan berwarna-warni.
Kecerahan puncak mencapai 3200 nits, memastikan keterlihatan yang baik walaupun di bawah cahaya matahari terang.
Dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 (4nm), peranti ini hadir dengan RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Konfigurasi ini memastikan prestasi lancar untuk multitasking dan aplikasi berat.
Peranti ini menampilkan sistem dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP (f/1.6) yang dilengkapi dengan teknologi dual pixel PDAF dan OIS untuk kestabilan imej.
Kamera kedua adalah lensa ultra lebar 8MP. Untuk swafoto, terdapat kamera 20MP di bahagian hadapan.
Peranti ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W, mampu mengecas penuh dalam masa 37 minit.
Spesifikasi Poco F7 Ultra
Poco F7 Ultra menampilkan skrin Flow AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 3K. Paparan ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz, HDR10+, dan Dolby Vision, dengan kecerahan puncak 3200 nits.
Peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB, menawarkan prestasi unggul untuk pengguna yang menuntut keupayaan tinggi.
Poco F7 Ultra dilengkapi dengan sistem tri-kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP, lensa telefoto 50MP, dan lensa ultra lebar 32MP. Kamera swafoto pula adalah 32MP.
Peranti ini mempunyai bateri berkapasiti 5300mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W dan pengecasan tanpa wayar 50W, membolehkan pengecasan pantas dan fleksibiliti untuk pengguna.
Perbezaan Poco F7 Pro dan F7 Ultra Berikut adalah perbezaan utama antara Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra:
1. Pemproses & Prestasi
Poco F7 Pro: Menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM dan storan hingga 512GB. Poco F7 Ultra: Dilengkapi dengan Snapdragon 8 Elite, cip yang lebih berkuasa untuk gaming dan tugas berat, serta RAM hingga 16GB. 2. Paparan
Poco F7 Pro: Skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 2K (1440 x 3200) dan kecerahan 3200 nits. Poco F7 Ultra: Skrin Flow AMOLED 6.67 inci dengan resolusi lebih tinggi, iaitu 3K, memberikan ketajaman yang lebih baik. 3. Kamera
Poco F7 Pro: Kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP, dan swafoto 20MP. Poco F7 Ultra: Sistem tri-kamera dengan kamera utama 50MP, lensa telefoto 50MP, lensa ultra lebar 32MP, serta kamera swafoto 32MP. 4. Bateri & Pengecasan
Poco F7 Ultra: 5300mAh tetapi menyokong pengecasan 120W berwayar dan 50W tanpa wayar. Poco F7 Pro: 6000mAh dengan pengecasan 90W. Varian & Harga Di Malaysia, Poco F7 Pro ditawarkan pada harga berikut:
RM2,299 – 12GB RAM + 256GB RM2,499 – 12GB RAM + 512GB Poco F7 Ultra ditawarkan pada harga berikut:
RM2,999 12GB RAM + 256GB RM3,299 -16GB RAM + 512GB Artikel berkaitan: 15 Smartphone Murah Terbaik Bawah RM1000
Promosi Pengenalan Bersempena dengan pelancaran, Poco menawarkan diskaun sehingga 9 April 2025. Poco F7 Pro boleh didapati pada harga RM2,039 (12GB + 256GB) dan RM2,139 (12GB + 512GB).
Sementara itu, Poco F7 Ultra ditawarkan pada harga RM2,699 (12GB + 256GB) dan RM2,899 (16GB + 512GB).
Untuk pembelian pada harga pengenalan ini, sila layari laman web rasmi Xiaomi di https://www.mi.com/my/mobile/#poco
Setiap pembelian juga disertakan dengan langganan Google One 100GB selama 6 bulan dan jaminan tambahan selama 2 tahun, memberikan nilai tambah kepada pengguna.
Dengan penawaran spesifikasi tinggi dan harga yang kompetitif, Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra menjadi pilihan menarik bagi pengguna di Malaysia yang mencari peranti berprestasi tinggi tanpa perlu berbelanja besar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/poco-f7-pro-ultra-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=poco-f7-pro-ultra-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Poco F7 Pro Dan F7 Ultra Dilancarkan Harga Bermula Rm2039

Poco F7 Pro Dan F7 Ultra Dilancarkan Harga Bermula Rm2039

papar berkaitan - pada 28/3/2025 - jumlah : 210 hits
POCO hari ini melancarkan pelancaran global telefon pintar terbaru mereka POCO F7 Pro dan POCO F7 Ultra yang dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3 dan Snapdragon 8 Elite POCO F7 Pro dikuasakan oleh SD 8 Gen 3 dan dilengkapi sistem kamera berkembar ...
Poco M7 Pro 5g Hadir Dengan Cip Dimensity 7025 Ultra Harga Bawah Rm1000

Poco M7 Pro 5g Hadir Dengan Cip Dimensity 7025 Ultra Harga Bawah Rm1000

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 156 hits
POCO hari ini melancarkan POCO M7 Pro 5G telefon pintar baharu yang menawarkan sambungan 5G prestasi lebih berkuasa kamera dinaik taraf serta paparan AMOLED kepada pengguna pada harga mampu milik Model ini dilengkapi cip Dimensity 7025 Ultr...
Google Pixel 9a Spesifikasi Varian Harga Kamera Bateri

Google Pixel 9a Spesifikasi Varian Harga Kamera Bateri

papar berkaitan - pada 30/3/2025 - jumlah : 173 hits
Google telah mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharu mereka Pixel 9a yang akan tersedia di Malaysia mulai 16 April 2025 dengan harga bermula RM2 699 untuk varian storan 128GB Peranti ini menawarkan pelbagai ciri unggul pada harga ya...
Asus Malaysia Lancar 3 Beg Rog Terbaru Harga Dari Rm329

Asus Malaysia Lancar 3 Beg Rog Terbaru Harga Dari Rm329

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 639 hits
Berita baik buat buat peminat tegar barangan bertemakan Republic of Gamers ASUS Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran 3 produk baharu dalam siri beg urban iaitu ROG Slash Sling Bag 4 0 ROG Slash Sleeve 4 0 dan ROG Backpack 4 0 ROG Slash S...
Samsung 9100 Pro Ssd Dilancar Pcie 5 0 Harga Bermula Rm679

Samsung 9100 Pro Ssd Dilancar Pcie 5 0 Harga Bermula Rm679

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 163 hits
Samsung kini melancarkan Samsung 9100 PRO SSD pengguna pertama mereka yang menyokong PCIe 5 0 Dengan kelajuan bacaan dan penulisan sehingga 14 800 MB s dan 13 400 MB s ia menawarkan prestasi luar biasa untuk multitugas berprestasi tinggi di...
Nvidia Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer Ai Terkecil Di Dunia

Nvidia Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer Ai Terkecil Di Dunia

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 132 hits
Pada awal tahun ini di acara CES 2025 yang lepas NVIDIA telah pun memperlihatkan superkomputer AI peribadi terkecil di dunia yang dikenali sebagai Project DIGITS Walau bagaimanapun NVIDIA kini mengumumkan nama baharu bagi PC tersebut yang k...
Final Piala Malaysia Ditukar Ke 26 April

Final Piala Malaysia Ditukar Ke 26 April

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 97 hits
Liga Bolasepak Malaysia berkata semua tiket fizikal dan e tiket telah dan akan dijual tertera tarikh asal perlawanan akhir pada 12 April dan boleh digunakan penyokong KUALA LUMPUR Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024 2025 antara Johor Daru...
Segim Is The Right Regulatory Mechanism For Malaysia S Gig Economy

Segim Is The Right Regulatory Mechanism For Malaysia S Gig Economy

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 133 hits
DEPUTY Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi recently proposed that the Cabinet consider and approve the Gig Economy Commission as the main regulatory body to ensure the sustainable growth of Malaysia s gig economy ecosystem This ...
My Pov The Housing Affordability Crisis In Malaysia

My Pov The Housing Affordability Crisis In Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 159 hits
I ve been reading about this multiple times Clearly Malaysia s housing affordability crisis has become a pressing issue with homeownership increasingly out of reach for many citizens especially low and middle income families This challenge ...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej