Poco F2 Pro Peranti Bajet Berciri Perdana Beri Lebih Nilai Pada Wang Anda



Pocophone F1 dilancarkan lebih kurang dua tahun lepas. Ia menjadi peranti yang mempunyai banyak gembar-gembur dek kerana ia dipromosikan sebagai peranti mercu bajet dengan pelbagai spesifikasi terbaik. Harganya yang mampu milik menyebabkan ramai membeli tanpa berfikir panjang.
Pada waktu itu meskipun ia menggunakan skrin IPS LCD, tidak ramai pula yang mempertikai keputusan itu kerana rata-rata lebih mementingkan pemproses dan harganya.
Selepas imbas ke belakang, kini Xiaomi mengeluarkan pula penggantinya iaitu Poco F2 Pro. Kali ini harga menjadi taruhan, kerana ia dilancarkan pada harga jualan lebih tinggi, mencecah RM2000. Ini disebabkan penggunaan pemproses Snapdragon 865 yang turut diimplimentasi modem 5G.
Pun begitu, pelancaran model ini di Lazada yang terjual habis 950 unit dalam tempoh 10 minit pada 10 June lepas menunjukkan bahawa walaupun harga kini meningkat naik, pengguna masih sanggup mendapatkannya.
Atas sebab apakah ia masih laris? Untuk itu, saya cuba ceritakan sendiri sedikit ulasan saya setelah beberapa hari menggunakannya. Saya tidak ditaja oleh Xiaomi untuk unit ini. Apa pun mari kita buka kotak dahulu:



Apa yang ada dalam kotak?
Seunit Poco F2 Pro. Manual panduan pengguna. Pin pembuka slot kad sim. Bekas TPU Adapter pengecasan pantas 30W. Kabel USB-C. Nampaknya buka kotak dah tak seceria seperti zaman Nokia dulu, tetapi itulah dia hakikat yang kita perlu terima. Cuma bila difikirkan balik, apa yang diberikan dalam kotak pada ketika ini sebenarnya bagus juga, contohnya adapter pengesan pantas. Kalau disuruh beli sendiri, mahal juga tu.
Reka Bentuk
Untuk pengetahuan anda, saya masih menggunakan Mi 9T yang dibeli pada tahun lepas. Saya sememangnya meminati reka bentuk tanpa notch dan punch hole yang banyak boleh didapati pada peranti keluaran baru. Mekanisma kamera pop-naiknya bertahan sehingga ke hari ini, dan atas kerana itu saya tidak ragu lagi mendapatkan Poco F2 Pro.
Jika hendak dibandingkan dengan peranti mercu lain pada tahun ini, sememangnya Poco F2 Pro ada beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan.
Tetapi jika kita buat perbandingan dengan Pocophone F1 pula, reka bentuk dan kualiti binaan akhir pada F2 Pro adalah jauh di hadapan. Skrin pula menggunakan Super AMOLED dengan tahap kecerahan 500 nits. Ini adalah naik taraf yang dinantikan.

Pada bahagian belakangnya diberikan sentuhan Gorilla Glass 5 berbanding plastik (polikarbonat) pada F1. Terdapat empat buah kamera dengan lensa utamanya menempatkan kamera beresolusi 64MP (Sony IMX686 Exmor RS). Kamera lain pula ialah 5MP (telefoto makro), 13MP sudut ultra lebar), dan 2MP untuk kedalaman.
Sebut mengenai skrin, reka bentuk tanpa bingkai memberikan pengalaman menonton tanpa gangguan. Cuma saya mendapati aplikasi Netflix menunjukkan tiada sebarang ciri HDR pada Poco F2 Pro. Saya sudah pun melaporkan isu ini melalui ruangan ‘Feedback’, dan harapnya Xiaomi akan cepat mengeluarkan kemas kini bagi membaiki HDR yang tidak berfungsi itu.

Apa yang menarik, Poco F2 Pro mempunyai pemancar infra merah terletak di atas, yang juga menempatkan headphone jack, dan kamera pop-naik. Pada bahagian kiri, tiada apa dapat ditemui, manakala bahagian kanan pula terdapat butang pelaras kekuatan bunyi dan butang penghidup. Di bawah pula adanya port USB-C, dan slot kad sim, serta pembesar suara mono.
Dengan paparan skrin sebesar 6.67 inci berbanding 6.39 inci pada Mi 9T, dan 6.18 pada Poco F1, ia kelihatan begitu besar dan apabila memegangnya juga terasa lebih berat. Pada skrin terdapat pengimbas cap jari, yang pada saya terasa jauh lebih baik berbanding Mi 9T.
Ertinya, kadar kegagalannya untuk membaca cap jari dengan baik tidaklah sebanyak Mi 9T, cuma saya anggarkan buat masa ini pengimbas terpantas ialah dari Realme X2 Pro. Kedudukan pengimbas juga lebih tinggi, dan untuk diri saya sendiri, saya rasakan ia lebih selesa begini, tetapi saya faham jika ada yang tidak beberapa suka.
MIUI 11, Android 10
Poco F2 Pro dilancarkan bersama MIUI 11, tetapi dibina pada platform Android 10. Saya sudah lama menggemari UI ini, kecuali bloatwares yang disertakan sekali.
Dan bloatwares yang ada, adalah amat banyak, tidak termasuk aplikasi sedia terpasang seperti Mi Community dan beberapa aplikasi permainan (bukan aplikasi sistem).
Mujurlah ia boleh dibuang menggunakan ADB, tanpa perlu root. Cuma masih bersaki-baki beberapa komponen atau aplikasi yang pada saya tidak diperlukan, dan tidak juga saya akan gunakan, tidak dapat dibuang, contohnya aplikasi Google One.
Kalau ya pun, janganlah jadikan ia sebagai aplikasi sistem. Sekurang-kurangnya jika ia dipasang sebagai aplikasi biasa, pilihan terletak di tangan pengguna sama ada hendak terus menggunakannya atau tidak.
Selain dari isu ini, ada beberapa ciri pada MIUI 12 agak saya rindui, seperti global dark mode. Walaupun implimentasinya tidak sempurna, kerana ada beberapa bahagian pada aplikasi contohnya Facebook, menjadi putih keseluruhan di ruang notifikasi sehingga tidak nampak tulisannya, tetapi mode paparan gelap secara global ini membuatkan saya tidak rindu lagi kepada warna putih di mana-mana.
MIUI 12 dijangka akan dilepas kepada pengguna Poco F2 Pro menjelang akhir Jun, atau awal Julai nanti (second wave release).
Perangai ‘Pelik’ MIUI
Satu perkara yang saya kurang suka pada MIUI (for Poco) ialah ‘perangai peliknya’. Saya berikan anda contoh, saya gunakan Poco Launcher 2.0 pada awalnya, dan ia telah terintegrasi bersama Google Discover dengan baik sekali. Atas sebab itu, saya terus memakainya selama beberapa hari kerana pada saya, apabila saya seret (swipe) ke kanan dan keluar Google Discover, saya tidak perlukan launcher lain.
Tetapi setelah saya puas menggunakan ciri itu, secara tiba-tiba ia ‘hilang’, lalu digantikan dengan ‘App Vault’. Tidak terbayang kekecewaannya, kerana pada saya App Vault MIUI tidak berguna langsung (untuk diri saya).
Anda boleh lihat sendiri antara senarai aplikasi yang saya tinggalkan dalam sistem operasi. App Vault ialah salah satu dari aplikasi yang saya buang, tetapi entah bagaimana ia masih boleh ‘keluar’ dan menggantikan Google Discover (yang lebih baik). Atas kekecewaan itu, saya buang juga Poco Launcher dan gantikan pula ia dengan Nova Launcher.

Ini belum saya sebutkan pula mengenai kadar laras suara/bunyi yang tidak sama untuk negara berlainan. Katakanlah anda gunakan (region) Malaysia, kadar bunyinya agak perlahan meskipun anda laraskan pada tahap paling tinggi. Tetapi apabila anda tukarkan kepada United States, bunyinya akan meningkat dengan signifikan.
Bloatwares untuk setiap negara juga jika tak salah saya adalah berbeza. Anda boleh cuba sendiri kalau anda beli nanti.
Kamera
Jika ditanya kepada saya, perbezaan ketara antara peranti mercu/perdana dengan peranti bajet bukan terletak kepada chipset yang digunakan. Ianya adalah kamera. Katakanlah Pixel 5 dipasangkan Snapdragon 765G sekalipun, tetap nanti kameranya juga yang dibicarakan orang.
Setakat percubaan saya, kamera Poco F2 Pro tidak mengecewakan. Kita sudah mengenali sejauhmana kualiti pemprosesan imej pada Xiaomi sama ada melalui ulasan di laman web, YouTube, mahupun DXOMark. Ia adalah kualiti yang diyakini, dan Poco F2 Pro tidak terkecuali.
Jika ada yang berkata kamera adalah titik kelemahan pada Poco F2 Pro (untuk mengurangkan harganya), maka saya bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dengan perkara itu. Mari kita lihat beberapa sampel yang sempat saya ambil.
Tangkapan gambar ‘Indoor’. Tangkapan gambar ‘outdoor’.
Tangkapan dengan lensa sudut lebar. Tangkapan dengan mod malam.

Berikut pula adalah rakaman pengujian kestabilan dan juga rakaman pengujian kecekapan fokus, ketepatan warna, dan kualiti bunyi.
Bateri
Baterinya berkapasiti 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 30W. Saya masih belum menggunakan adapter pengecasan pantas 33W yang tersedia dalam kotak. Sehingga hari ini, saya masih gunakan adapter Tronsmart WC1T, yang mampu mengecas dengan kelajuan 18W, dan untuk Poco F2 Pro, saya anggarkan lebih kurang 1 jam 45 minit untuk penuh, dari 0%.
Setakat yang saya uji sendiri, dari 10% (seperti tangkap layar di atas) hingga 100% memerlukan masa sehingga 1 jam 32 minit. Bagi adapter asal pula, anda hanya perlukan masa selama 63 minit sahaja (1 jam 3 minit) untuk penuh, dari 0%. Anda jimat lebih dari 30 minit berbanding pengecas 18W.
Dengan kapasiti 4700mAh itu, adalah amat sukar untuk saya habiskannya dalam masa sehari. Anda boleh lihat sendiri pada tangkap layar di bawah, di mana masih berbaki 10%, dan SOT sudah mencecah 10 jam 32 minit. Saya banyak habiskan masa dengan aktiviti penstriman.
Sekiranya anda banyak bermain permainan, sudah tentulah akan lebih cepat berkurangan, tetapi anda tidak perlu bimbang kerana kadar pengurangan dari semasa ke semasa adalah sedikit. Pada telahan saya, pengoptimuman dari Xiaomi pada MIUI boleh dikatakan berjaya, untuk penghematan kuasa bateri, ditambah lagi dengan optimumnya penggunaan kuasa pada Snapdragon 865.



Prestasi, Dan Konklusi
Perlukah lagi saya perkenalkan prestasi Snapdragon 865 kepada anda? Rasanya, pada ketika ini semua orang sudah tahu bagaimana ia mampu mengendalikan pelbagai permainan yang mempunyai grafik intensif.
Saya bukan pemain tegar (heavy gamer), tetapi dari beberapa permainan yang telah saya cuba seperti Dead Trigger 2, Asphalt 9, METAL MADNESS PvP, Left to Survive, dan Iron Blade: Medieval, tiada yang tidak dapat dikendalikan dengan baik oleh telefon ini.


Jadi, dimanakah ‘titik’ pengurangan ciri pada Poco F2 Pro, dalam usaha untuk mengurangkan harga peranti ini?
Apa yang ia tiada, ada pada peranti mercu yang lain?
Skrin dengan refresh rate 90Hz dan 120Hz. Pengecasan pantas 50W ke atas. Tiada pengecasan tanpa wayar. Tiada OIS. Pengimbas cap jari tidak sepantas peranti mercu seperti Realme X2 Pro (model tahun lepas). Tiada pembesar suara stereo. Tetapi, adakah dengan semua kekurangan di atas, saya berasa ‘tertinggal’? Tidak sama sekali, dan ini juga membuktikan bahawa anda tidak perlukan peranti yang terlalu mahal untuk berasa puas dengan teknologi semasa. Sekurang-kurangnya, beberapa keperluan telah dipenuhi iaitu SoC terpantas ketika ini, skrin penuh tanpa sebarang gangguan, kamera yang bagus, bateri yang tahan lama, dan ketersediaan untuk band 5G.
Pada ketika 5G sudah pun kukuh, dan pada waktu pelbagai peranti hadir dengan skrin beserta refresh rate sehingga 144Hz nanti, saya yakin anda sudah punyai modal lain untuk membeli peranti mercu lebih baik. Untuk saya, buat masa ini Poco F2 Pro telah memuaskan keperluan yang saya mahukan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/poco-f2-pro-peranti-bajet-berciri-perdana-beri-lebih-nilai-pada-wang-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Redmi Note 9 Pro Peranti Dari Kelas Pertengahan Yang Berkuasa Dan Mampu Milik

Redmi Note 9 Pro Peranti Dari Kelas Pertengahan Yang Berkuasa Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 506 hits
Kini hampir kesemua syarikat pengeluar peranti pintar berlumba lumba dalam menawarkan telefon pintar mampu milik bagi memenuhi kehendak setiap golongan pengikut mereka Bagi Redmi sendiri umum mengetahui bahawa jenama ini membawakan identiti...
Panas Sprm Rampas Wang Tunai Lebih Setengah Juta Dari Rumah 2 Exco Armada

Panas Sprm Rampas Wang Tunai Lebih Setengah Juta Dari Rumah 2 Exco Armada

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 456 hits
Kuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600 000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu Menurut laporan The Star wang tersebut dipercayai milik parti itu Pengarah siasatan SPRM Nora...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd Bertarikh 15 Jun Laporan Cot Pemain Utama Meningkatkan Nilai Pound Tanpa Membelinya Sudah

Pasangan Mata Wang Gbp Usd Bertarikh 15 Jun Laporan Cot Pemain Utama Meningkatkan Nilai Pound Tanpa Membelinya Sudah

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 299 hits
Pasangan mata wang GBP USD carta masa 1H Salam sejahtera para pedagang Menurut carta masa setiap jam pasangan mata wang pound dolar meneruskan proses kejatuhan setelah ditutup untuk kali kedua di bawah kawasan aliran menaik Saya telah membi...
Apple Macbook Pro 16 Inci Kini Hadir Dengan Pilihan Grafik 75 Lebih Pantas

Apple Macbook Pro 16 Inci Kini Hadir Dengan Pilihan Grafik 75 Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 364 hits
Apple hari ini telah menawarkan satu lagi pilihan naik taraf untuk komputer riba MacBook Pro 16 inci mereka iaitu pilihan penambahan kad grafik AMD Radeon Pro 5600M dengan memori 8GB HBM2 Apple mengatakan pilihan grafik ini menawarkan prest...
Poco M2 Pro Mungkin Muncul Tidak Lama Lagi

Poco M2 Pro Mungkin Muncul Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 226 hits
Baru sahaja muncul dengan Poco F2 Pro kini muncul pula desas desus mengatakan Xiaomi dalam perancangan untuk muncul dengan sebuah lagi peranti baru iaitu Poco M2 Pro Spekulasi mengenainya kini tersebar secara meluas di media sosial Jika and...
Oppo Reno3 Pro Peranti Kamera Berkuasa Bawah Rm2400

Oppo Reno3 Pro Peranti Kamera Berkuasa Bawah Rm2400

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 240 hits
OPPO Reno3 Pro adalah antara telefon pintar terbaru yang dilancarkan oleh OPPO pada tahun ini Telefon pintar ini dilengkapi dengan rakaman Ultra Clear 108MP dwi kamera swafoto yang pertama di dunia dengan lensa 44MP mod swafoto yang baik pa...
Xiaomi Mengesahkan Android 11 Beta Akan Hadir Ke Poco F2 Pro Mi 10 Dan Mi 10 Pro

Xiaomi Mengesahkan Android 11 Beta Akan Hadir Ke Poco F2 Pro Mi 10 Dan Mi 10 Pro

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 417 hits
Oppo semalam telah pun mengesahkan yang mana mereka akan menawarkan ColorOS berasaskan Android 11 Beta kepada pengguna peranti Oppo Find X2 mengujinya terlebih dahulu kelak pada bulan ini Kini selain Oppo pihak Xiaomi turut telah mengumumka...
Poco F2 Pro Secara Rasmi Akan Dijual Bermula Rm2 199 Menggunakan Cipset Snapdragon 865

Poco F2 Pro Secara Rasmi Akan Dijual Bermula Rm2 199 Menggunakan Cipset Snapdragon 865

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 262 hits
Xiaomi Malaysia telah mengumumkan Poco F2 Pro secara rasminya akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM2 199 yang hadir dengan empat pilihan warna iaitu Cyber Grey Electric Purple Phantom White dan Neon Blue Kalau sebelum ni Poco F2 var...
Alasan Song Ji Hyo Lebih Memilih Single Hingga Usia 40 Tahun Kata Siapa Syarat Bahagia Itu Nikah

Alasan Song Ji Hyo Lebih Memilih Single Hingga Usia 40 Tahun Kata Siapa Syarat Bahagia Itu Nikah

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 426 hits
Menikah atau nggak sekarang atau nanti itu mutlak pilihanmu sendiri jadi harusnya nggak ada yang berhak menghakimi Toh kamu kan yang nanti menjalani
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities