Pnb118 Menara Paling Tinggi Di Malaysia
PNB118 atau Menara Warisan - Menara paling tinggi di Malaysia
PNB118? Menara Warisan? Ok ok. Jujur siapa yang tak pernah tahu lagi? Confirm ada yang masih tak tahu lagi kewujudan bangunan pencakar langit Malaysia ni. Bakal siap pada 2022. Jom kita kenali Menara PNB118 atau juga di kenali Menara Warisan
Nama Menara PNB118
Menara PNB118 ini di kenali juga sebagai PNB118, Merdeka PNB118, KL118 dan juga Menara Warisan Merdeka
Asal Usul Menara PNB118
PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), diperbadankan pada bulan Jun 2000 bagi membangunkan presint Warisan Merdeka, dan juga pemilik tanah dan penjaga tunggal kedua-dua Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kedua-dua stadium tersebut telah disenaraikan sebagai tapak "Warisan Kebangsaan" pada Oktober 2005 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Semenjak dari itu, PNB Merdeka Ventures telah menjalankan pelan pemuliharaan yang teliti sehingga Stadium Merdeka meraih Anugerah Kecemerlangan UNESCO untuk Program Pemuliharaan Warisan Kebudayaan (Asia Pacific) di 2008.
Projek mercu tanda Warisan Merdeka, yang dijangka siap pada Disember 2020, merangkumi: sebuah Menara ikonik setinggi 118 tingkat dengan anggaran 3 juta kaki persegi kawasan lantai, yang terdiri daripada 1.65 juta kaki persegi ruang pejabat untuk disewa, sebuah hotel mewah dengan dek pemerhatian dan sebuah pusat membeli-belah. Projek ini disokong oleh pelan infrastruktur utama untuk meningkatkan akses ke presint tersebut sama ada dengan pengangkutan awam atau kereta. Sehingga kini stesen Transit Aliran Massa Rapid Merdeka (MRT) sudah beroperasi. Kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan untuk membina dua terowong untuk kenderaan mengakses menara dan beberapa laluan akses lebuh raya yang mewujudkan jaringan laluan yang lebih banyak.
kredit - http://www.pnbmerdekaventures.com.my/
Lokasi Menara PNB118
Stadium Merdeka & Stadium Negara
48 peratus kawasan yang menempatkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara telah diwartakan sebagai khazanah warisan negara yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia
PNB telah secara sukarela mengambil langkah untuk mengisytiharkan kedua-dua stadium ini sebagai Warisan Kebangsaan. Pengisytiharan ini telah dibuat pada 17 Oktober 2005 di bawah Akta Benda Purba 1976 yang kemudiannya digantikan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang berkuat kuasa pada 30 Disember 2005
Sebagai bangunan Warisan Kebangsaan, kedua-dua stadium ini tidak boleh dirobohkan, malah pemilik dimestikan menjaga aset warisan negara ini supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Demi menjaga kepentingan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai hartanah warisan negara, PNB telah juga menubuhkan satu badan amanah khas yang dikenali sebagai Badan Amanah Warisan Merdeka ("the Merdeka Heritage Trust") pada tahun 2006. Objektif utama Badan Amanah Warisan Merdeka ini adalah untuk mengurus, membaik pulih dan memelihara Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai hartanah warisan negara
Fakta menarik mengenai Menara PNB118
Apa yang menariknya, Menara PNB118 ini akan jadi menara tertinggi di Malaysia dan no. 3 di dunia. Wow!!!.
Kenapa menara ini di panggil 118? Ini karena, ada 118 tingkat keseluruhannya. Di samping itu, yang menjadikan menara ini lebih menarik lagi, di 17 tingkat teratas, terletaknya hotel iaitu ParkHyatt hotel. Bayangkanlah kita duduk di hotel yang begitu tinggi sekali. Fuhhh...kalau siang-siang, memang mengucap tengok bawah. Tapi kalau malam, tengok view KL memang menarik.
Fakta mengenai Menara PNB118
FaktaOfficial NameMerdeka PNB118Other NamesHeritage of Independence, KL118 Tower, Menara Warisan Merdeka, PNB HeadquartersStructure TypeBuildingStatusUnder ConstructionCountryMalaysiaCityKuala LumpurStreet Address & MapJalan Hang JebatBuilding Functionserviced apartments / hotel / officeStructural Materialcomposite
Core: Reinforced ConcreteColumns: Concrete Encased SteelFloor Spanning: SteelEnergy LabelGBI Certified; LEED CertifiedProposed2010Construction Start2014Completion
2021
Syarikat TerlibatDeveloperPNB Merdeka Ventures SDN BerhadArchitect• DesignFender Katsalidis Architects; RSP Architects Planners & Engineers; G.A. Brand DesignStructural Engineer• DesignLeslie E. Robertson Associates; Robert Bird Group• Engineer of RecordArupMEP Engineer• DesignKTA Tenaga Sdn BhdProject ManagerTurner International LLCMain ContractorUEM Sunrise Berhad; Samsung C&T CorporationOther Consultant• CivilArup• FaçadePermasteelisa Group• LandscapePentago• LightingFisher Marantz Stone• MarketingWordsearch• Stormwater ManagementFast Flow Systems Pte Ltd• SustainabilityTerrapin Bright Green• Vertical TransportationBarker Mohandas, LLC• Way FindingG.A. Brand Design• WindRWDIMaterial Supplier• ElevatorKONE• FormworkDoka Formwork Malaysia Sdn Bhd• Paint/CoatingJotun• SealantsDow Corning Corporation• SteelArcelorMittal
Kemajuan Kerja Terkini
Bagi yang selalu masuk ke KL tu, kalau nampak menara yang macam dekat bawah ni, itulah dia Menara PNB118. Kalau ikut jalan mahameru boleh nampak. Tu je jalan yang selalu abang Wayne jalan. Hahaha...Kalau ikut Mex Highway, kita boleh nampak menara TRX.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wayneharraz.com/2019/09/pnb118-menara-paling-tinggi-di-malaysia.html