Pn Seperti Sambung Era Falsafah Ekonomi Ph



PN Seperti Sambung Era Falsafah Ekonomi PH – Asyraf
Pentadbiran kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) dilihat seperti meneruskan falsafah ekonomi Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Jelasnya, perkara ini dibuktikan apabila PN diibaratkan melakukan ‘pencapatian’ janji-janji reformasi Demokrasi yang kononnya bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat global pada negara.
“Kemuncaknya kini adalah apabila Proklamasi Darurat diisytiharkan dan Parlimen sebagai komponen utama Perlembagaan Persekutuan ‘dimandulkan’ apabila persidangan tetap digantung walaupun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai kepala negara telah bertitah ianya boleh dilaksanakan.
“Lebih merisaukan apabila kuasa Parlimen untuk meluluskan perbelanjaan kerajaan turut digantung. Kini kerajaan boleh berbelanja tanpa had dan ‘semak-imbang’ oleh wakil yang dipilih rakyat. Demokrasi apa ini?” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Asyraf lagi, dalam konteks ekonomi pula PN cuba menutup kelemahan pentadbiran mereka dan sering memberikan alasan penularan pandemik COVID-19 semata-mata.
Katanya, situasi ini berbeza dengan negara jiran malah mereka terus mencatatkan perkembangan ekonomi dan berupaya meraih perlaburan berkualiti.
“Masyarakat global dan para pelabur melihat, mengamati dan menilai apa yang sedang berlaku. Ada pelbagai persoalan yang akan menjadi kunci kepada penilaian risiko mereka
“Bagaimana mahu menyakini Malaysia jika undang-undang tertinggi mereka sendiri pun mereka ‘mandulkan’?
“Apakah perlaburan kita akan dilindungi oleh undang-undang Malaysia? Apakah kita masih boleh membawa pulang keuntungan kita? Apakah sektor yang kerajaan hendak fokuskan?” ujarnya.
Berikut merupakan teks penuh yang dikongsikan Asyraf:

KEYAKINAN YANG KIAN TERHAKIS
Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Parlimen. Sistem ini mengangkat keulungan (Supremacy) Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara yang menentukan peranan dan tahap otoriti institusi di dalamnya baik di peringkat Pusat dan Negeri.
Melalui dokumen ulung inilah, Malaysia itu sendiri wujud dan diterima ramai sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Konsep ‘keulungan’ Perlembagaan itu sendiri menyerlahkan keupayaan Malaysia untuk meraih keyakinan dunia dan duduk sama tinggi, sama rendah dengan negara-negara berdaulat yang lain.
Dengan kata lain, Dokumen Perlembagaan Persekutuan ini juga boleh dilihat sebagai akujanji kita kepada dunia bahawa kita akan mengamalkan sistem demokrasi yang menjamin hak-hak politik individu dan seterusnya hak-hak lain seperti hak pemilikan aset dan lain-lain.
Dalam konteks ekonomi pula, Malaysia selaku sebuah negara ekonomi membangun dan ekonomi perdagangan terbuka perlu diyakini oleh masyarakat antarabangsa sebagai ahli komuniti global yang stabil dan bertanggungjawab.
Ini boleh dicapai dengan keikhlasan Malaysia di dalam mengangkat ‘keulungan’ undang-undang kita sendiri iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah, Malaysia mula menampak tanda-tanda kejatuhan (decline) dalam pembangunan ekonominya.
Usaha yang yang sudah dirancang baik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mula dihentikan atau dipinda dengn drastik dan terburu-buru.
Regim cukai yang moden dan diakui global sebagai telus dimansuhkan bagi mengembalikan sistem percukaian yang menguntungkan ‘towkay-towkay’ besar samata.
Hal ini menyebabkan kewangan Kerajaan berhadapan dengan cabaran ‘kekurangan hasil, peningkatan perbelanjaan’ sehingga menyebabkan hutang negara dengan kadar sangat pantas dan mendadak serta mengkerdilkan rekod pinjaman era BN.
Perlaburan dalam projek infrastruktur rakyat berimpak tinggi ada yang dihentikan atas justifikasi yang meragukan. Bukan itu sahaja, apabila PH mencapatikan janji ‘reformasi’ untuk menambah baik Demokrasi, keyakinan yang masih ada menjadi semakin nipis dan menjadi risiko besar bagi mereka.
Keadaan ini sekaligus membawa kepada aliran keluar dana asing yang selama ini melabur puluhan billion ringgit dan mencipta kekayaan (wealth) di dalam negara, penurunan Perlaburan Langsung Asing (FDI) yang ketara berbanding negara jiran, amaran dari agensi penarafan kredit global dan pengakhiranya penguncupan ekonomi negara.
Lebih mengecewakan apabila kerajaan yang ada kini seolah-olah meneruskan falsafah ekonomi PH dan pencapatian janji-janji reformasi Demokrasi yang mereka boleh buat untuk meningkatkan keyakinan masyarakat global pada negara.
Kemuncaknya kini adalah apabila Proklamasi Darurat diisytiharkan dan Parlimen sebagai komponen utama Perlembagaan Persekutuan ‘dimandulkan’ apabila persidangan tetap digantung walaupun Seri Paduk Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Negara telah bertitah ianya boleh dilaksanakan.
Lebih merisaukan apabila Kuasa Parlimen untuk meluluskan perbelanjaan kerajaan turut digantung. Kini kerajaan boleh berbelanja tanpa had dan ‘semak-imbang’ oleh wakil yang dipilih rakyat. Demokrasi apa ini?
Maka, jangan terkejut dengan angka-angka dan indikator ekonomi negara masih kurang memberangsangkan. Jangan dipersalahkan kepada pandemik COVID-19 semata-mata kerana negara jiran molek sahaja berkembang dan terus meraih perlaburan berkualiti.
Masyarakat global dan para pelabur melihat, mengamati dan menilai apa yang sedang berlaku. Ada pelbagai persoalan yang akan menjadi kunci kepada penilaian risiko mereka.
Bagaimana mahu menyakini Malaysia jika undang-undang tertinggi mereka sendiri pun mereka ‘mandulkan’?
Apakah pelaburan kita akan dilindungi oleh undang-undang Malaysia? Apakah kita masih boleh membawa pulang keuntungan kita? Apakah sektor yang kerajaan hendak fokuskan?
Jawapannya tidak dapat dipastikan kerana kerajaan yang ada kini tampak sibuk berpolitik dari memikirkan kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
UMNO Online
Dr Mahathir sokong Muhyiddin secara sulit

The post PN Seperti Sambung Era Falsafah Ekonomi PH appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/08/pn-seperti-sambung-era-falsafah-ekonomi-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papua Logistic Ecosystem Bagian Dari Program Pemulihan Ekonomi Nasional

Papua Logistic Ecosystem Bagian Dari Program Pemulihan Ekonomi Nasional

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 174 hits
Manfaat luar biasa yang ditawarkan oleh NLE menjadikan banyak wilayah di Indonesia turut mengimplementasikannya
5532 Aktiviti Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Transformasi Ekonomi Ummah Ppim 07 04 2021

5532 Aktiviti Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program Transformasi Ekonomi Ummah Ppim 07 04 2021

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 223 hits
Telah berlangsung hari ini Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan Elegance Global Trading Sdn Bhd di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur Majlis perjanjian ini merupakan satu usahasama bagi...
Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

Pemulihan Ekonomi Akan Perlahan Jika Gagal Tangani Hutang Negara Anwar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Fasa pemulihan ekonomi negara dijangka bertambah lambat pada tahun ini sekiranya kerajaan gagal menangani masalah hutang kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Justeru beliau menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
50 Soal Un Ekonomi Sma Dan Kunci Jawaban Part 4

50 Soal Un Ekonomi Sma Dan Kunci Jawaban Part 4

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 281 hits
Melanjutkan 50 Soal UN Ekonomi SMA dan Kunci Jawaban bagian ketiga bagian keempat dimulai dari soal nomor 31 31 Data perusahaan dagang sebagai berikut a Persediaan awal Rp 600 000 00 b Pembelian Rp2 000 000 00 c Beban angkut Pembelian Rp 20...
Pertumbuhan Ekonomi 7 5 2021 Unjuran Menteri Kewangan Tidak Realistik Amk

Pertumbuhan Ekonomi 7 5 2021 Unjuran Menteri Kewangan Tidak Realistik Amk

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 167 hits
Sasaran pertumbuhan ekonomi yang diunjur oleh Menteri Kewangan sebanyak 7 5 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2021 terlalu tinggi dan mungkin bersifat kosmetik Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir Menteri Kewangan sebelu...
Latih Rakyat Bidang Usahawan Pacu Semula Ekonomi

Latih Rakyat Bidang Usahawan Pacu Semula Ekonomi

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 96 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Rakyat Kelantan perlu diberi pendedahan dan latihan dalam bidang keusahawanan bagi memacu ekonomi yang masih suram akibat pandemik Covid 19 Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah berkata ekonomi dunia belum ...
Grab Selangor Perkukuh Pendigitalan Ekonomi

Grab Selangor Perkukuh Pendigitalan Ekonomi

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 124 hits
Menteri Besar Amirudin Shari berkata inisiatif Platform Selangor 2 0 akan melengkapkan agenda dan ekologi pendigitalan Selangor PETALING JAYA Platform teknologi tempatan Grab meneruskan kerjasama dengan kerajaan Selangor bagi menarik lebih ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

What You Should Know About New Construction Plumbing

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm