Pn Sedia Buktikan Dakwaan Sogok Pengundi Tidak Benar



(Warta Rakyat) – PERIKATAN Nasional (PN) mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menafikan dakwaan gabungan itu melakukan sogokan wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pasukan pembelaan parti itu sudah bersedia untuk membuktikan bahawa dakwaan oleh UMNO Terengganu yang dibuat melalui petisyen pilihan raya itu, adalah tidak benar.
“Sudah tentu bila dia cabar kita dengan membuat petisyen, kita akan pastikan bahawa kita ada bukti untuk menunjukkan itu semua tak betul. Tujuan petisyen ini semata-mata kerana tak puas hati atau sebagainya.
“Tapi kita juga ada kita punya pasukan pembelaan untuk memastikan kita menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PN di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.
Badan Perhubungan UMNO Terengganu awal bulan ini memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman yang kesemuanya dimenangi PAS, merupakan parti komponen PN.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin PN ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat
Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Jan lepas mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin PN ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat
Mengulas mengenai pemberian wang ketika pilihan raya, Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut berkata ia bergantung kepada situasi dan niat wang tersebut diberikan.
“Kadang-kadang mereka (penerima wang) yang minta daripada calon sebab kadang-kadang mereka mahu baiki rumah. Sebab itu kita kena berhati-hati, dan niat itu penting kenapa kita beri wang kepada orang yang minta itu,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/01/22/pn-sedia-buktikan-dakwaan-sogok-pengundi-tidak-benar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sogok Pengundi Alasan Dan Penafian Pas Tidak Masuk Akal

Sogok Pengundi Alasan Dan Penafian Pas Tidak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 244 hits
Apabila sudah terkantoi PAS memberi sogokan kepada pengundi untuk mendapat sokongan pda PRU15 maka pelbagai reaksi penafian mula dibangkitkan oleh pemimpin PAS bagi menghalalkan perbuatan sogokan mereka Salah satu cara pemimpin PAS untuk al...
Suka Saya Tegaskan Budaya Derma Dah Jadi Darah Daging Ahli Pas Pesuruhjaya Pas Perak Nafi Rasuah Pengundi Di Pru15

Suka Saya Tegaskan Budaya Derma Dah Jadi Darah Daging Ahli Pas Pesuruhjaya Pas Perak Nafi Rasuah Pengundi Di Pru15

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 219 hits
Parti Islam Se Malaysia kini sedang dilanda isu pemberian wang tunai semasa PRU15 yang didakwa sebagai rasuah Namun Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria pula tampil mempertahankan parti bahawa dakwaan itu tidak betul sebaliknya apa yang dib...
Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

Isu Wang Pada Pengundi Zahid Putar Belit Kenyataan Kelirukan Orang Awam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 205 hits
ismaweb netPemimpin PH BN usah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betulBANGI 3 Rejab 1444H Rabu Ketua Dewan Ulamak PAS membidas pandangan sinis Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang...
Sedekah Pilihan Raya Kepada Pengundi Tetap Rasuah

Sedekah Pilihan Raya Kepada Pengundi Tetap Rasuah

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 231 hits
Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata rasuah adalah rasuah tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
Pn Didakwa Rasuah Pengundi

Pn Didakwa Rasuah Pengundi

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 229 hits
Contohnya di Kemaman bantuan i Siswa ini diberi pada malam 17 November i Pencen pula diberi kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM600 semasa kempen PRU15 Parti pula beri duit kepada pengundi luar dan remaja antara RM200 hin...
Pas Dicabar Jelaskan Siapa Agih Sedekah Pada Pengundi Bersumpah

Pas Dicabar Jelaskan Siapa Agih Sedekah Pada Pengundi Bersumpah

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 193 hits
N Faizal GhazaliPemimpin PAS dicabar mendedahkan siapakah individu dalam video tular yang memaparkan pemberian wang tunai kepada pengundi yang dikehendaki bersumpah terlebih dulu bahawa mereka mengundi parti terbabit Pengerusi Pakatan Harap...
Parenting Support In Indian Community Needed After Boy S Brutal Murder

Pengguna Domestik Terima Rebat Elektrik Ogos Ini

Trump Akan Semak Semula Kadar Tarif Pm Anwar

Anak Tun Dr Mahathir Perlu Perjelas Sumber Kekayaan Pm Harian Metro

Jiran Aku Cuci Kereta Aku Cuci Dosa

5 Pelajaran Berharga Dari Kekalahan Timnas Indonesia U 23 Atas Vietnam Di Final Aff U 23 2025

42 Penjawat Awam Wanita Mohon Cerai Lepas Disahkan Kakitangan Tetap

Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Gardenia Durian

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

Spider Plant Untuk Laman Kecilku

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

Anwar Bubarlah Parlimen Jangan Takut Himpunan Anwar 15k Sahaja Tun Mahathir

Simple Pisan Template Blog Seo Friendly Terbaru Super Sederhana Tanpa Thumbnail