Pn Persoal Sambutan Luar Biasa Pada Kapal Perang China


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 10, 2024 

Pembangkang mempersoal sambutan meriah dan “luar biasa” terhadap rombongan pelatih tentera China di sebuah sekolah di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Bersatu dan PAS menyatakan bantahan ketika perairan Malaysia masih dicerobohi kapal China, susulan pertindihan tuntutan di Laut China Selatan.

“Adakah Kementerian Luar Negeri dirujuk terlebih dahulu? Adakah ini keputusan Kementerian Pertahanan?

“Mengapakah mereka diberikan sambutan yang begitu hangat dan meriah?
“Mengapakah mereka diizinkan melawat ke sekolah?

“Mengapa sekolah itu yang dipilih?” soal Pengerusi Biro Antarabangsa Bersatu Saifuddin Abdullah.

Anggota parlimen Indera Mahkota berkata kerajaan perlu lebih sensitif dan peka terhadap perasaan rakyat tatkala pencerobohan aset-aset China di dalam perairan Sabah dan Sarawak sering berlaku.
Ini, katanya, termasuk protes yang diterima oleh Petronas berkaitan kerja-kerjanya di projek pembangunan gas di Kasawari, Sarawak.

Pulau Pinang semalam menjelaskan kunjungan silaturahim dua kapal latihan dari China bersama pelajar universiti tentera laut China di ke pelabuhan negeri itu mengikut saluran rasmi.

Exco pelancongan Wong Hon Wai berkata Pegawai Residen Tentera Malaysia di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan kapal pelatih Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu bersama pemimpin kerajaan negeri sebagai tetamu.

Kunjungan ke Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling pula, katanya, atas hubungan pelajar ke pelajar termasuk mengadakan aktiviti bersukan dan kebudayaan.
Antara persembahan kebudayaan dalam kunjungan itu
Perlawanan persahabatan ping pong

Kunjungan itu diuruskan oleh Pejabat Konsulat General China di Pulau Pinang dan dua kapal pelatih berkenaan berlabuh selama tiga hari serta telah beredar menuju ke Bangladesh.

Wong berkata lawatan itu hendaklah dilihat dari sudut positif berikutan hubungan antara Malaysia dan China adalah baik dan pemimpin utama saling mengadakan lawatan antara satu sama lain.

Sabtu lepas, kerajaan negeri mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri itu menaiki Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang.

Pasukan tugas ke-83 PLA dan pelatihnya dibawa melawat beberapa tempat menarik di Pulau Pinang dan turut berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Soalan untuk ‘redakan spekulasi’

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib pula menolak penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berkaitan peristiwa itu.
Afnan Hamimi TaibMereka membangkitkan dua persoalan bagi “meredakan spekulasi”, iaitu:
Apakah relevansi speaker memberi keterangan kepada tentera China mengenai selok-belok Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Apakah rombongan 150 tentera China ke Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling dengan membuat program dan persembahan beridentiti China tidak bertentangan dengan sebarang protokol dan dasar negara Malaysia?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/pn-persoal-sambutan-luar-biasa-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Kapal Perang China Berlabuh Di Malaysia

Apa Kapal Perang China Berlabuh Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 402 hits
Apa Kapal perang China berlabuh di Malaysia 1 Malaysia ada dengan China Setakat kapal tentera berlabuh di pangkalan negara sahabat tak jadi isu Itu di peringkat antarabangsa 2 Kapal itu membawa anak kapal yang merupakan atau Belum lagi jadi...
Tok Mat Hasan Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan

Tok Mat Hasan Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 212 hits
Tok Mat Hasan Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan Menteri Luar Mohamad Hasan menegaskan tiada pelanggaran mana mana peraturan negara dalam kunjungan kapal tentera China DI Pelabuhan Pulau Pinang baru baru ini ...
Idola Sebenar Tenaga Luar Biasa 2ne1 Buat Peminat Lepas Rindu Di Konsert Jelajah Di Seoul

Idola Sebenar Tenaga Luar Biasa 2ne1 Buat Peminat Lepas Rindu Di Konsert Jelajah Di Seoul

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 355 hits
Akhirnya 2NE1 kembali Artikel Berkaitan Pada 4 Oktober 2NE1 telah memulakan konsert jelajah mereka Welcome Back di Seoul yang akan berlangsung selama 3 hari sehingga 6 Oktober nanti Membuka pentas dengan lagu FIRE kumpulan itu turut menghib...
Ladang Besaq Milik Orang China Walaun Buat Tak Heran Lak

Ladang Besaq Milik Orang China Walaun Buat Tak Heran Lak

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 146 hits
La Jo Ir Tahniah ladang musang king terbesar dimalaysia 10 ribu ekar dimiliki oleh siapa Lawatan muhibbah Singgah kapal 2 hari lps TU klur berlabuh semula dgn masuk duduk buka ladang 10 ribu ekar selama 99 tahun adalah 2 perkara yg berbeza
Marah Ke China Tengok Walaun Punya Kerja Di Kelantan

Marah Ke China Tengok Walaun Punya Kerja Di Kelantan

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 148 hits
Gino Marvela Marah kapal China masuk melabuh di perairan negara beberapa hari tapi beri tanah berpuluh ribu ekar kepada warganegara China tanam durian musang king di Kelantan Pung pang pung pang lebai kelarah marah kepada bangsa warganegara...
Malaysia S Brics Move And Us China Rivalry

Malaysia S Brics Move And Us China Rivalry

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 202 hits
When Prime Minister Anwar Ibrahim met Russian President Vladimir Putin on Sept 4 in Russia to discuss among other things Malaysia s application for admission to the BRICS intergovernmental organisation some Malaysians were skeptical and eve...
Lancar Perang Terhadap Ydp Agong Kerabat Sultan Sulu Ke Tali Gantung

Lancar Perang Terhadap Ydp Agong Kerabat Sultan Sulu Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 218 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di Pertuan Agong berikutan pencerobohan...
Iran Isytihar Perang Terhadap Israel

Iran Isytihar Perang Terhadap Israel

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 244 hits
AGENSIIran melepaskan puluhan peluru berpandu balistik ke arah Israel dengan siren serangan udara kedengaran di seluruh negara ketika penduduk diarahkan untuk kekal dekat dengan tempat perlindungan bom Foto AGENSIBAITULMAQDIS Tentera Israel...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao