Pn Dan Ph Bersaing Sengit Di Kedah Bn Sekadar Di Pinggiran


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Nov 18, 2022 8:00 AM
PRU15 | Masa yang berbaki semakin suntuk, dan setakat ini petunjuk mengisyaratkan tiada parti boleh meletakkan keyakinan penuh bahawa mereka mampu memenangi banyak kerusi di Kedah.

Pemerhatian Malaysiakini setakat ini mendapati persaingan sengit di negeri Jelapang Padi itu lebih membabitkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Kedua-dua gabungan itu mendominasi di kubu kuat masing-masing dalam usaha mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Melalui pemerhatian didapati sokongan terhadap PN menunjukkan mereka berpeluang untuk mempertahankan kerusi parlimen Sik dan Jerai, manakala PH dijangka mempertahankan Alor Setar, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Pokok Sena dan Kulim Bandar Baharu.

Pun begitu gerakan PH mencari kemenangan sebanyak mungkin mungkin terganggu sedikit dengan perkembangan terbaru di Padang Serai. Kematian mengejut calon PH, M Karupaiya, mungkin akan menjejaskan rentak mereka.

Selain itu terdapat sekurang-kurangnya lima kerusi berstatus 'kelabu' dengan peluang 50-50 bagi PN dan PH termasuk di Jerlun, Kubang Pasu, Pendang, dan Baling.

Di Jerlun penyandangnya Mukhriz Mahathir dilihat agak bergelut untuk menyaingi sokongan terhadap calon PN, Abd Ghani Ahmad, selain Othman Aziz (BN) serta Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH).
Pertandingan empat penjuru itu memberi cabaran besar kepada Mukhriz yang mewakili Pejuang untuk selesa berdepan lawan-lawannya.

Selain itu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pula dijangka masih mampu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dan saingan terdekatnya setakat ini ialah daripada calon BN, Armishah Siraj.

Tinjauan Malaysiakini sebelum ini mendapati sentimen Mahathir sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada pulau legenda Mahsuri itu masih menebal.

Bagi Parlimen Kubang Pasu juga menjadi kerusi tumpuan walaupun penyandangnya Amiruddin Hamzah menang dengan majoriti besar dalam PRU ke-14.

Setiausaha Agung Pejuang itu mendapat tentangan hebat daripada calon BN, Hasmuni Hassan yang juga dilihat berpotensi untuk menawan kembali kubu kuat BN itu.

Justeru kerusi Kubang Pasu boleh dianggap sebagai salah satu harapan terbaik BN untuk meraih kemenangan kali ini.
Pada masa sama BN kelihatan sukar untuk bangkit daripada kekalahan besar pada PRU apabila sokongan kepada parti-parti lawan mereka menunjukkan peningkatan.

Oleh kerana itu didapati BN sedang bergelut untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kemenangan di dua kerusi yang disandang mereka iaitu Baling dan Padang Terap.

Bagaimanapun pertandingan lebih tiga penjuru menjadikan sukar menjangka hasil akhir pada Sabtu ini, lebih-lebih lagi untuk menebak kencederungan pengundi muda yang akan memangkah kertas undi buat pertama kali.

Di kawasan Padang Terap Umno mempertaruhkan naib presiden mereka, Mahdzir Khalid. Di atas kertas dia kelihatan tidak menerima tekanan berat daripada calon parti-parti lawan.
Namun jika rekod 1,099 majoriti undi berpihak padanya pada PRU 2018 dijadikan kayu ukur, Mahdzir tidak boleh selesa khususnya berdepan saingan calon PN yang mempertaruhkan Ketua Pemuda PAS Kedah, Nurul Amin Abd Hamid.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof, berpandangan situasi semasa di Kedah menyaksikan momentum sokongan rakyat kepada PN dan PH.

"Di Kedah saya lihat persaingan sebenar adalah di antara PN dan PH. Dari segi momentum sokongan di peringkat akar umbi, kelebihan berpihak kepada PN.

"Ia dibantu dengan kempen-kempen pemimpin utama PN yang turun membantu calon-calon mereka di Kedah.

"Begitu juga komitmen ditunjuk Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) yang aktif turun padang untuk berkempen," katanya.
Pada masa sama, kata pensyarah Pusat Sains Liberal Unimap itu lagi, BN tidak kelihatan membawa pemimpin tertinggi mereka ke Kedah untuk membantu parti terbabit.

Dua nama yang disebut Izmer ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan timbalannya Mohamad Hasan.

Untuk rekod kedua-dua nama terbabit kini turut sibuk berkempen di kawasan masing-masing. Jika Ahmad Zahid di Bagan Datuk, Mohamad pula mencuba nasib di kerusi yang ditinggalkan oleh Khairy Jamaluddin di Rembau.

Memang agak mengejutkan untuk melihat BN berada pada keadaan sekarang ketika di negeri lain parti itu dianggap garang untuk mencari sebanyak mungkin kerusi.

Lebih menarik ialah bagaimana PN mampu menonjol melebihi populariti BN.

Dari satu sisi ia menunjukkan percaturan parti komponen PN dalam PRU kali ini agak menjadi di Kedah. Atau dalam bahasa lain gabungan itu memilih strategi pemasaran yang berkesan untuk 'menjual' sebuah produk baru bernama PN.

Namun pada masa sama parti-parti komponen dalam PN tidak boleh terlalu gembira. Hal itu kerana dalam konteks semasa di Kedah, PN itu sendiri ialah PAS, manakala Bersatu kelihatan masih mencari rentak tarian di atas tanah yang tidak rata.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/pn-dan-ph-bersaing-sengit-di-kedah-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Tak Sayang Ph Dan Bn Tetapi Orang Kedah Kena Pilih Pn

Bukan Tak Sayang Ph Dan Bn Tetapi Orang Kedah Kena Pilih Pn

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 185 hits
Sanusi Orang Kedah jadi jutawan jika kerajaan izin eksport ketum3Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meletakkan harapan tinggi agar kerajaan persekutuan yang akan dibentuk PN selepas ini akan membenarkan daun ketum dieksport
Satu Lagi Keperluan Kenapa Kerajaan Pusat Kedah Dan Pulau Pinang Diperintah Pn

Satu Lagi Keperluan Kenapa Kerajaan Pusat Kedah Dan Pulau Pinang Diperintah Pn

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 110 hits
PRU15 Hanya tinggal janji Ismail sebagai PM Tun MAstro AwaniNovember 9 2022 10 30 MYTDrKUALA LUMPUR Hanya tinggal janji Itu yang digambarkan Calon Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kepada janji pemilihan Perdana Menteri...
Sacked Kedah Amanah Chief Still Hitting Campaign Trail For Ph

Sacked Kedah Amanah Chief Still Hitting Campaign Trail For Ph

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 112 hits
Phahrolrazi Zawawi spotted on the campaign trail with PH chairman Anwar Ibrahim PETALING JAYA Phahrolrazi Zawawi may have been sacked by Amanah but he continues to hit the campaign trail all over Kedah for Pakatan Harapan Phahrolrazi was Am...
Culaan P010 Kuala Kedah

Culaan P010 Kuala Kedah

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 168 hits
P010 KUALA KEDAHDIMENANGI OLEHKEMBALI KE HUBAYA HUBAYA
Ktt G20 Bali Tak Sekadar Formalitas Presidensi Indonesia

Ktt G20 Bali Tak Sekadar Formalitas Presidensi Indonesia

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 98 hits
Perhatian serius Presiden Joko Widodo dalam hal energi dan iklim pada KTT G20 di Bali dengan menunjukkan contoh Pohon Bakau atau mangrove lanjut Asep berperan penting untuk menjaga ekosistem pesisir dan kualitas udara
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally