Pn Adalah Kerajaan Paling Dibenci Cukuplah Setengah Penggal


 
PN adalah sebuah kerajaan gagal serta kerajaan paling dibenci sekali oleh rakyat negara ini.
Rakyat pernah membenci BN, terutama ketika era Najib Razak yang terkait dengan skandal 1MDB, tetapi kebencian kepada PN jelas lebih lagi daripada kebencian kepada BN sebelum ini.
Rakyat juga pernah membenci PH, khususnya melalui tindak-tanduk Perdana Menterinya, Tun Mahathir Mohamad yang berkuasa selama 22 bulan yang dengan terang-terang enggan menunaikan janji dalam buku manifesto PRU14 dengan berkata ia bukan kitab suci.
Tetapi, kebencian rakyat kepada PH itu tidaklah seteruk kebencian rakyat kepada PN sekarang.
Membenci kerajaan boleh dikira suatu perkara biasa dalam politik, tetapi kebencian yang luar biasa adalah isyarat bahaya.
Untuk itu, tidak dijatuhkan pun sudah kita bernasib baik berikutan wujudnya kekangan tertentu bagi menghindarkan perubahan dilakukan, selebihnya PN usah bermimpi mereka akan dipilih semua melalui undi rakyat.


Sebagaimana PN tidak pernah dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan, hampir mustahil, dengan deretan kegagalan dan ketidakpuasan hati terhadapnya yang jelas dapat dilihat dan dirasai itu mampu membuatkan rakyat memilihnya lagi sebagai kerajaan.
Tamat tempoh menjadi kerajaan bagi PN sebenarnya sudah pun dipersiapkan oleh rakyat, tinggal mereka hanya perlu mengesahkannya saja lagi di kotak-kotak undi apabila tiba masanya nanti.
Keputusan muktamad UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan keluar daripada kerajaan sekurang-kurangnya menjelang 1 Ogos depan adalah petanda kegagalan PN itu tidak mampu dipertahankan lagi.
Jika PN sebuah kerajaan yang baik serta berkesan dan Bersatu pula merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai, tidak ada sebab untuk UMNO tidak boleh meneruskan kerjasamanya.
Kalau UMNO terus bekerjasama dengan Bersatu, senang-senang saja PN ini akan kekal lagi memerintah negara.
Tetapi, dengan keputusan muktamad UMNO itu, perubahan dan terbentuknya kerajaan baru selepas PRU15 akan datang tidak boleh dielakkan lagi.
UMNO yang kini menyokong kerajaan PN pun tidak mahu lagi berada di bawah naungan kuasa yang dipimpin oleh Mahiaddin Md Yasin, inikan pula rakyat yang menyaksikan sendiri serta merasai kesan kegagalan itu.
Realitinya tidak ada yang bertambah baik di negara ini sejak kerajaan pengkhianat ini beroleh kuasa, malah kerja utamanya hanya untuk memastikan kuasa dikekalkan saja, waima dengan cara kotor, tidak demokratik dan memperalatkan darurat sekali pun.
Darurat yang disedari sejak awal untuk melindungi kuasa, bukan untuk memerangi Covid19 akhirnya terbukti menjadi persaksian di mana terbukti angka kes terus mencanak di sebalik darurat yang telah lebih tiga dikuatkuasakan.
Tidakkah ini membuktikan Tuhan ingin menunjukkan bahawa semuanya adalah darurat tipu-tipuan belaka?
Maka, cukuplah setengah penggal kita disengsara dan diperdaya oleh kerajaan PN pimpinan Mahiaddin yang namanya sendiri pun kita tertipu selama ini. 


(ShahbudinHusin 08/05/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pn-adalah-kerajaan-paling-dibenci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Melakukan Ini Semua Adalah Untuk Selamatkan Nyawa Rakyat

Kerajaan Melakukan Ini Semua Adalah Untuk Selamatkan Nyawa Rakyat

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 264 hits
Kerajaan melakukan intervensi seperti PKP larangan rentas negeri dan lain lain adalah untuk selamatkan nyawa rakyat
Kerajaangagal Adalah Kerajaan Yang Diketuai Pm Yang Lembab

Kerajaangagal Adalah Kerajaan Yang Diketuai Pm Yang Lembab

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 164 hits
Hari ini sudah masuk hari ketiga sejak Ketua Polis Negara yang akan bersara Hamid Bador menyerang kerajaan PN dengan amalan lompat parti yang dikaitkan dengan rasuah dan dakwaannya berkaitan campurtangan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddi...
Seminggu Sebelum Raya Dan Seminggu Selepas Raya Dua Minggu Pkp 100 Adalah Yang Terbaik Kerajaan Perlu Serius

Seminggu Sebelum Raya Dan Seminggu Selepas Raya Dua Minggu Pkp 100 Adalah Yang Terbaik Kerajaan Perlu Serius

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 399 hits
Lock down tanpa ada dua darjat tanpa KOMPROMI darurat sepenuhnya tembak jika keluar rumah Kuasa darurat diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara secara langsung di bawah Agong Kecemasan hanya perlu call balai polis...
Kita Adalah Kerajaan Menanti Kata Dap

Kita Adalah Kerajaan Menanti Kata Dap

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 396 hits
freemalaysiatoday com May 2 2021 3 13 PMPETALING JAYA Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata pada Pilihan Raya Umum ke 15 parti itu tidak lagi masuk bertanding sebagai parti pembangkang Beliau berkata sebaliknya DAP bertanding sebagai p...
Menteri Kata Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan

Menteri Kata Kerajaan Ada Cara Tangani Kluster Pendidikan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 212 hits
KPM pastinya akan perketat SOP bendung penularan COVID 19 BATU GAJAH Kerajaan mempunyai cara tersendiri dalam menangani kluster pendidikan di beberapa negeri yang semakin membimbangkan ibu bapa ketika ini kata Menteri Pembangunan Wanita Kel...
Farhash Puji Keputusan Mkt Umno Desak Kerajaan Agar Parlimen Bersidang

Farhash Puji Keputusan Mkt Umno Desak Kerajaan Agar Parlimen Bersidang

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 174 hits
April 26 2021 Parti Keadilan Rakyat Perak menerima baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata k...
Kerajaan Mesti Henti Guna Akta Lapuk Tekan Suara Suara Kritikan

Kerajaan Mesti Henti Guna Akta Lapuk Tekan Suara Suara Kritikan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 188 hits
Berita mutakhir ini terkait penahanan dan pelecehan terhadap para aktivis seperti Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah cukup memprihatinkan serta adalah usaha melampau dalam menekan kebebasan bersuara dan bereskpresi Sik...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025