Pmx Digesa Beri Penjelasan Kes Rasuah Anak Murid Dihentikan Hassan


agendaily.com14/09/2023
Zahid sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, kata Ahli Parlimen (PH/PKR) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini (16 Januari 2023)

Penjelasan berhubung pembebasan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu dibuat sendiri oleh cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang Ahli Parlimen (MP) PKR, Hassan Abdul Karim berkata lebih baik Perdana Menteri menjelaskan kepada Dewan Rakyat mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

“Dari segi undang-undang, apa yang dilaporkan dalam akhbar (media massa) itu (statusnya) adalah dengar cakap, namun saya percaya apa yang beliau cakap (katakan) kerana ia perbualan antara sahabat dalam parti, perbualan antara pemimpin dengan ahli parti.

“Saya percaya apa yang beliau (Perdana Menteri) cakap, saya tidak akan mencampakkan beliau di bawah ‘bas’ dan akan pertahankan beliau di dewan ini.

“Namun untuk berlaku adil supaya sahabat di blok pembangkang jelas (perkara ini), kami hendak dengar sendiri dari Perdana Menteri supaya isu DNAA dinoktah di dewan ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Hari ini giliran Hassan membahas usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat.

Hassan yang juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata, beliau kurang berpuashati dan mahu Peguam Negara memikul tanggungjawab dalam isu berkenaan.

Katanya, beliau setuju supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi memanggil Peguam Negara yang lalu dan kini untuk menjawab isu berkenaan.

“Peguam Negara mesti datang untuk menjawab, dan jangan beri alasan untuk tidak datang… ini kerana jawatankuasa dan Parlimen ada integriti,” katanya.

Pada 4 September lalu, Zahid terlepas bagi semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ekoran tindakan tersebut, Majlis Peguam menyifatkan kenyataan AGC mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan Zahid sebagai tidak mempunyai justifikasi sewajarnya.

Presidennya, Karen Cheah, dilaporkan berkata adalah tidak wajar bagi Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mengaitkan penarikan balik sepenuhnya kes Zahid itu kepada Mahkamah Tinggi dan menggunakannya sebagai alasan dalam kenyataan media daripada memberikan penjelasan terperinci.

Terdahulu di Dewan Rakyat, MP Perikatan Nasional (PN) juga mengemukakan usul meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bagi memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan melepaskan Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah berkait Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar dibawa MP Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada Isnin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/pmx-digesa-beri-penjelasan-kes-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjelasan Kes Zahid Lebih Kepada Retorik Politik Cikgu Dan Anak Murid

Penjelasan Kes Zahid Lebih Kepada Retorik Politik Cikgu Dan Anak Murid

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 155 hits
agendaily com20 09 2023Anwar bersama anak muridnya Zahid Hamidi Jawapan berhubung langkah kerajaan campuran menghentikan kes Ahmad Zahid Hamidi semalam yang diberikan oleh cikgu Anwar Ibrahim tidak lebih hanya satu retorik politik tanpa mem...
Amanah Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Kes Zahid

Amanah Gesa Peguam Negara Beri Penjelasan Kes Zahid

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 174 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI AMANAH mahu Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan terperinci mengenai alasan yang menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zah...
Anak Sekolah Kena Gas Air Mata Saat Bentrok Di Rempang Batam Ini Penjelasan Polisi

Anak Sekolah Kena Gas Air Mata Saat Bentrok Di Rempang Batam Ini Penjelasan Polisi

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 130 hits
Polisi mengungkapkan siswa yang terdampak akibat gas air mata sedang dalam pemulihan
Tular Wanita Campak Duit Dekat Pelanggan Anak Beri Penjelasan Tapi Kena Condemn Kenapa Mak Kau Tak Minta Maaf

Tular Wanita Campak Duit Dekat Pelanggan Anak Beri Penjelasan Tapi Kena Condemn Kenapa Mak Kau Tak Minta Maaf

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 186 hits
Baru baru ini tular sebuah gerai ikan bakar di Perlis selepas peniaga wanita mencampak duit pelanggan didakwa kerana berang ditegur tiada adab Tindakannya itu turut membongkarkan review buruk daripada pelanggan lain yang pernah ke sana dan ...
Kes Rasuah 5 Anggota Penguat Kuasa Direman 6 Hari

Kes Rasuah 5 Anggota Penguat Kuasa Direman 6 Hari

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 167 hits
Kes rasuah 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Sep 2023 12 08PM
Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 255 hits
harakahdaily netSeptember 5 2023Mohd Zai MustafaKUALA LUMPUR Pengguguran kes mahkamah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bahawa pentadbiran negara mempunyai isu rasuah yang amat buruk Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa berkata sehar...
Dah Takde Solusi Nak Hentikan Anak Mereka Sendiri Norman Abby Didakwa Beri Green Light Viralkan Kes Sondol

Dah Takde Solusi Nak Hentikan Anak Mereka Sendiri Norman Abby Didakwa Beri Green Light Viralkan Kes Sondol

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 216 hits
Hari ini nama anak gadis aktor Norman Hakim dan Abby Abadi Marissa Dania menjadi topik trending di aplikasi X selepas seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan
Kes Sakaw Jom Turun Demi Penyakaw Anak Menantu Dan Ramai Yang Bakal Terpenjara

Kes Sakaw Jom Turun Demi Penyakaw Anak Menantu Dan Ramai Yang Bakal Terpenjara

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 225 hits
Ada berpuluh kes DNAA sebelum ni Musa Aman pun dapat juga masa Mahiaddin PM dulu Lebih kurang sama banyak kes dengan Zahid Mahiaddin pun dapat Malah lepas tanpa bebas lagi Tapi tak ada himpunan sebegini Sebab apa Sebab semua kejadian tu tak...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Sang Saka Penipu

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Akaun Emas Gap Bukan Emas Digital


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Exclusive Scr2u Casino Features You Should Know About Before Signing Up

Lubnan Mengesahkan Sayyed Hassan Nasrallah Terbunuh

Bn Sapu Mahkota Rampas Undi Pn Tapi Sokongan Cina Merosot

Server Kecil Hpe Berbasis Amd Eypc 64 Core Tiga Gpu Enam Ssd Tapi Jangan Harap Main Black Myth Wukong Dengan Lancar

Saiz Fail Dlc Shattered Space Untuk Starfield Ditemui

Vivo Tunjuk X200 Series Dengan Lebih Jelas