Pmx Dedahkan Aset Sakit Th Kekal Dengan Kerajaan Selama Ini






1. Ketika saya diamanahkan sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas TH April 2018, kedudukan kewangan TH dalam keadaan defisit RM4 Bilion antara aset dan tanggungan seperti dilaporkan oleh laporan audit 2017. Pada Disember tahun sama setelah dibuat nilai rosot sebenar (impairment) oleh pengurusan baharu jurang defisit meningkat kepada RM10 Bilion. 


2. Masalah pertama saya ialah bagaimana saya akan keluarkan Hibah (dividen) tahun itu dalam keadaan tanggungan (liability) melebihi aset. Isu kepatuhan akta perlu dipenuhi kerana syarat keluar hibah ditetapkan ialah aset perlu melebihi tanggungan dan perlu ada keuntungan (Seksyen 22(3)(a) Akta Lembaga Tabung Haji 1995). 


3. Kepatuhan kepada akta adalah keutamaan saya kerana saya perlu lunaskan tanggungjawab kepada seluruh 9 juta pendeposit ketika itu supaya TH patuh undang2. Sejak 2015 pematuhan kepada Seksyen 22(3)(a) tidak diikuti dan pernah ditegur oleh Bank Negara dan laporan Audit. 


4. Setelah membuat penilian semula semua aset TH maka dikenal pasti nilai semasa aset sakit antara boleh alih (saham) dan tetap adalah hampir RM1O Bilion. Kerajaan melalui syarikat SPV  (Special Purpose Vehicle) di bawah Kem. Kewangan diPerbadankan telah menilai harta sakit dengan harga premium RM20 Bilion sebagai nilai perpindahan dari TH ke SPV melalui pemberian sukuk. Keputusan untuk selamatkan TH dari terus dalam keadaan defisit saya bentangkan kepada kabinet pada tahun 2018 dalam kertas jamaah menteri bawah pelan penstrukturan semula. Pelan ini antara lain memohon aset sakit/rugi (underperforming assets) TH dipindahkan kepada SPV bawah MoF (Inc) bagi mengelak terjejasnya aset lain yang menguntungkan. 


5. SPV menerima aset RM20 Bilion dengan menerbitkan sukuk kepada TH dan dengan itu jurang aset dan tanggungan berjaya ditutup dengan lebihan 1 Bilion. Bagi tahun 2018 hibah patuh undang-undang bernilai 1.25% berjaya diagihkan sejak ia dilanggar pada tahun  2015. Tohmahan aset dijual dan dilelong kepada Cina menjadi mainan politik jijik dari tahun  2018-2022. Kes Mahkamah Dasuki vs Mujahid dalam isu aset TH dijual kepada Cina berjaya dipatahkan dengan penghakiman peringkat Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berpihak kepada Mujahid dan ternyata jual aset ke Cina satu kenyataan fitnah sekaligus mematikan serangan jahat dan keji pihak tertentu untuk tujuan  politik sempit perkauman dan agama. 


6. Alhamdulillah pada 29hb Sept. 2023 PMX telah menjelaskan apa yang saya sebut dan pertahankan selama ini bahawa tujuan perpindahan aset ke SPV atas nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) adalah usaha menyelamatkan kewangan TH yang gawat ketika itu dan kerana tindakan tersebut aset berdayamaju yang lain dapat dijana dan pada tahun berikutnya hibah patuh undang2 dikeluarkan lebih baik iaitu 3.05% dan seterusnya 3.10%. 


7. Kenyataan PMX itu menandakan 2 perkara iaitu kewangan TH dan pengurusannya berjaya diperbetulkan dan dibaiki melalui pelan penstrukturan semula 2018-2020. Apa yang diumumkan oleh PMX ialah kini TH berada dilandasannya yang betul semula setelah fasa kritikal 2018-2020 berjaya dilaksanakan di sebalik fitnah dan tohmahan jahat pembangkang ketika itu. 


8. Seperkara lagi terbenamlah sudah segala fitnah aset TH dijual dan dilelong sedangkan selama ini ia berada dalam jaminan selamat kerajaan dan dipegang penuh amanah memeliharanya sebagaimana didedahkan oleh PMX dalam majlis sambutan 60 tahun TH. 


Alhamdulillah, kita diuji dengan kesabaran untuk mempertahankan kebenaran. Firman Allah, 


"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan" (Al Nahlu : 127)


Yb Datuk Seri Sen. Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Dewan Negara
Naib Presiden Amanah 


30hb Sept 2023






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/pmx-dedahkan-aset-sakit-th-kekal-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Berjaya Calon Kerajaan Perpaduan

Semoga Berjaya Calon Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 312 hits
Berucap di acara terakhir di kempen saya membantu calon Barisan Nasional untuk Dun Pelangai semalam dengan menegaskan bahawa apa yang dilakukan sedaya upaya kini adalah untuk mengangkat martabat rakyat dan negara Negara ini mesti bergerak s...
Konsert K Pop Dibatalkan Pakar Spin Rujukan Pn Pula Anggap Kerajaan Madani Macam Taliban

Konsert K Pop Dibatalkan Pakar Spin Rujukan Pn Pula Anggap Kerajaan Madani Macam Taliban

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 122 hits
AKMAL MANAF Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamed menyelar tindakan Raja Petra Kamarudin yang mendakwa Kerajaan Madani seperti kerajaan Taliban Penulis blog itu mengeluarkan dakwaan berkenaan disusuli tangkap layar berita m...
Ambil Ikhtibar Makan Berpada Pada Jangan Salahkan Kerajaan

Ambil Ikhtibar Makan Berpada Pada Jangan Salahkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 183 hits
Kisah isteri artis makan kena caj mahal tu katanya dia makan di Tepian Tebrau Seingat aku tempat tu memang mahal Pengalaman aku masa bujang dulu pernah makan dengan dua orang kawan aku Makan sup campur je Sekali tengok kena RM21 Tahun 1998 ...
Salahkan Kerajaan Harga Naik Pn Tidak Baca Perkembangan Dunia

Salahkan Kerajaan Harga Naik Pn Tidak Baca Perkembangan Dunia

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 126 hits
Pembangkang PN yang menyalahkan kerajaan kononnya gagal mengawal harga barang tidak membaca perkembangan politik antarbangsa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga beras tidak pernah diberitahu kepada rakyat bahawa negara In...
Lihat Tuan Tuan Cuba Kerajaan Buat Di Banggunan Majlis Agama Sahih Kena Kecam Ngan Walaun

Lihat Tuan Tuan Cuba Kerajaan Buat Di Banggunan Majlis Agama Sahih Kena Kecam Ngan Walaun

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 168 hits
Che Ibrahim Lain macam sekarang kat bangunan MAIK pulak tu ukays ni dah tukar genre kot
Jumlah Subsidi Ditanggung Kerajaan

Jumlah Subsidi Ditanggung Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 288 hits
Banyak negara mempunyai program perlindungan sosial untuk meringankan beban rakyat terutama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana Antara contoh program perlindungan sosial ialah pemberian tunai penetapan harga siling barangan keperlua...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok