Pmx Bertemu Pelabur


 










Sebagai ikhtiar untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi MADANI, saya telah bertemu dengan beberapa pelabur terkemuka bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama.


Kebijakan Ekonomi MADANI adalah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif bagi memungkinkan sebuah tatanan ekonomi negara yang mampan dan terangkum sebagai usaha dan upaya Kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Visi ini menekankan peri penting penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi. 


Perjumpaan ini disertai beberapa orang pelabur yang berpengaruh di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi dan syarikat yang berjaya, antaranya pengasas bersama laman Facebook Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital Raj Ganguly, Pengasas WM Partners Alejandro Weinstein dan Pengasas European Venture Funds Peter Kadas. 


Kehadiran mereka bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.


Perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara. Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan. 


Selain itu, sesi ini turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses, meningkatkan tatakelola dan memastikan kemampanan jangka panjang serta menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif, dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.


Usaha berterusan Kerajaan adalah untuk menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek dan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.


Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya. 


#MalaysiaMADANI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/pmx-bertemu-pelabur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Bertemu Pelabur Terkemuka Teroka Peluang Pelaburan

Pm Bertemu Pelabur Terkemuka Teroka Peluang Pelaburan

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 165 hits
Selesai Pilihan Raya Negeri di 6 buah negeri Sabtu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar terus bekerja bagi memulihkan semula negara Menerusi hantaran di laman Facebooknya Anwar memaklumkan bertemu beberapa pelabur terkemuka di Putrajaya pa...
Nak Kata Pmx Menipu Pasal Pelaburan Ini Gambar Pmx Bertemu Delegasi Jerman Infineon

Nak Kata Pmx Menipu Pasal Pelaburan Ini Gambar Pmx Bertemu Delegasi Jerman Infineon

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 341 hits
DS Anwar yang berjumpa dengan wakil syarikat Infineon tiba tiba walaun claim Sanusi punya kerja Jenis muka tembok Tak malu nak claim Btw ini bukti Kerajaan Perpaduan Madani tak anak tirikan Kedah Sanusi fitnah PMX pun tetap beri pelaburan m...
Sekolah Khusus Anak Keluarga Paling Miskin Dirancang Pmx

Sekolah Khusus Anak Keluarga Paling Miskin Dirancang Pmx

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 400 hits
KEPALA BATAS Kerajaan berhasrat memperkenalkan konsep jenis sekolah baharu yang menyasarkan anak kepada golongan paling miskin di negara ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata pelaksanaan sekolah berkenaan akan berpanduka...
Gambar Gambar Ceramah Madani Pmx Semalam

Gambar Gambar Ceramah Madani Pmx Semalam

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 242 hits
Memulakan Jelajah Perpaduan MADANI Pulau Pinang di Persiaran Karpal Singh malam tadi Saya tegaskan bahawa pentingnya untuk rakyat di Pulau Pinang mengekalkan gabungan perpaduan PH BN di negeri ini Sepanjang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang...
Pmx Menantu Muhyiddin Tak Perlu Lari Jika Tak Bersalah Dakwaan Rasuah

Pmx Menantu Muhyiddin Tak Perlu Lari Jika Tak Bersalah Dakwaan Rasuah

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 375 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengulas tindakan SPRM yang sedang mengesan dua individu termasuk menantu kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin Beberapa media tempatan memetik Anwar berkata tiada sebab untuk seseorang mela...
Kenapa Pendakwa Raya Kes Zahid Digugurkan Pmx Jangan Bisu

Kenapa Pendakwa Raya Kes Zahid Digugurkan Pmx Jangan Bisu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 397 hits
Kerajaan digesa menjelaskan kenapa pendakwa kanan Raja Rozela Raja Toran digugurkan daripada mengendalikan perbicaraan terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan rasuah melibatkan dana Yayasan Akal Budi Timbalan ketua biro perlembagaan dan...
Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Bila Perut Tak Tenang

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit