Pm Yang Gagal Lebih Bahaya Daripada Pm Ada Skandal




 Ada dua kategori pemimpin atau Perdana Menteri yang perlu, bahkan wajib untuk dijatuhkan.
Kategori pertama, Perdana Menteri yang terkait dengan skandal dan kategori kedua, Perdana Menteri yang gagal.
Contoh Perdana Menteri yang gagal yang telah dijatuhkan daripada kekuasaannya ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Mahiaddin Md Yassin.
Perdana Menteri terkait skandal yang telah dijatuhkan pula ialah Najib Razak.
Dalam kedua-dua kategori itu, ramai yang melihat Perdana Menteri terkait skandal lebih wajar untuk dijatuhkan berbanding Perdana Menteri yang gagal.
Ini kerana melalui skandal yang terkait dengannya, asas untuk menjatuhkannya lebih mudah dilihat, diperkatakan dan diyakinkan kepada orangramai.
Tambahan lagi, jika skandal yang dilakukan itu berskala besar seperti 1MDB yang terkait dengan Najib sehingga nama negara jadi “popular” di seluruh dunia.
Bagi Perdana Menteri yang gagal, walaupun pemahaman gagal itu sendiri agak abstrak dan rencam serta lain orang mungkin lain pemahamannya, mereka juga sebenarnya perlu dijatuhkan, malah dalam keadaan-keadaan tertentu, keperluan menjatuhkan itu menjadi lebih wajib lagi.
Dalam keadaan tertentu juga, Perdana Menteri yang gagal lebih bahaya dan jauh lebih tidak berguna kepada rakyat serta negara.
Bahkan, Perdana Menteri yang terkait skandal, tetapi mengurus negara dengan baik adalah lebih baik berbanding Perdana Menteri yang gagal, walau tidak dikaitkan dengan sebarang skandal.
Perdana Menteri yang gagal, selain difahami tidak membawa kemajuan kepada rakyat, walau tidak terkait dengan skandal, mereka lebih mungkin mencambahkan lebih banyak skandal di peringkat bawahannya seperti di kalangan menteri, kementerian dan jabatan yang mana mereka itu sentiasa menyokong dan membodek kegagalannya itu.
Oleh kerana kegagalannya terus dipertahankan dan disokong, Perdana Menteri berkenaan hanya mampu berdiam diri terhadap apa dan banyak mana sekali pun skandal yang berlaku di peringkat bawahannya.
Akhirnya, skandal kecil dan banyak itu akan menjadi lebih besar dan merosakkan negara, serta mungkin juga lebih besar daripada jika dia sendiri yang melakukan skandal tersebut.
Dalam hal ini, Perdana Menteri sekarang, Ismail Sabri Yaakob berada di kategori mana?
Sebagaimana kita semua tahu, sedar dan amat maklum bahawa sejak Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri, negara ini seolah-olah tidak ada Perdana Menteri, tanpa keraguan lagi beliau sebetulnya lebih gagal jika dibandingkan dengan Tun Abdullah atau Mahiaddin.
Selain lambat bertindak dan bersuara seperti dalam isu banjir dan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki misalnya, Ismail Sabri juga tidak bersuara langsung dalam isu-isu lain seperti Kertas Pandora, perangai menteri-menterinya yang merimaskan rakyat dan sebagainya.
Kepimpinan beliau dalam membawa negara ke arah hala tuju yang betul dalam pelbagai aspek juga sama sekali tidak kelihatan.
Lantaran gagal bersuara dan menunjukkan kepimpinan yang meyakinkan itu, Ismail Sabri bukan saja gagal, malah boleh dikategorikan sebagai gagal teruk.
Memang Ismail Sabri belum ada apa-apa skandal, tetapi kegagalannya teruknya sebagai Perdana Menteri bukanlah rahsia lagi di mana semua orang sudah bercakap mengenainya, termasuk budak-budak sekolah juga.
Sebelum negara jadi lebih rosak dan mungkin diikuti lebih banyak skandal bercambah di peringkat bawahannya yang diakibatkan kepimpinannya yang gagal itu, menjatuh, menumbang atau menukar beliau adalah pilihan yang tidak harus dikompromi, sementara menjatuhkan Perdana Menteri terkait skandal kekal merupakan kewajipan yang tak berubah, jika rakyat Malaysia mahu kehidupan masa depan yang lebih baik lagi. – ShahbudinHusin 16/01/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/pm-yang-gagal-lebih-bahaya-daripada-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Dividen Kwsp Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah

Kenapa Dividen Kwsp Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 324 hits
Kenapa Dividen KWSP Simpanan Patuh Syariah Lebih Rendah Anda boleh baca penjelasannya sepertimana di bawah Dah tukar kepada simpanan patuh syariah Saya sudah Anda bila lagi Tak usah kita dok risau dividen rendah atau tinggi apa yang penting...
Disney Umum Lebih Banyak Kandungan Dari Korea Selatan China

Disney Umum Lebih Banyak Kandungan Dari Korea Selatan China

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 238 hits
Susulan Pameran Kandungan APAC 2021 The Walt Disney Company yang menyaksikan pelancaran 28 tajuk kandungan baharu Disney telah menayangkan kandungan dari Asia seperti Snowdrop BLACKPINK The Movie Outrun by Running Man dan Tokyo MER di beber...
Pemulihan Pasca Banjir Selangor Lulus Peruntukan Segera Lebih Rm40 Juta

Pemulihan Pasca Banjir Selangor Lulus Peruntukan Segera Lebih Rm40 Juta

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 262 hits
Amirudin Shari berkata segala usaha pemulihan dan pembaikan sungai termasuk infrastruktur yang sebahagiannya sudah dimulakan dijangka dapat selesai dalam sebulan hingga dua bulan lagi SHAH ALAM Lebih RM40 juta peruntukan segera diluluskan k...
Lebih Setahun Hilang Lepas Tinggalkan Aoa Jimin Muat Naik Entri Pertama Di Instagram

Lebih Setahun Hilang Lepas Tinggalkan Aoa Jimin Muat Naik Entri Pertama Di Instagram

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 182 hits
Selepas setahun setengah akhirnya Ji min iaitu bekas ahli AOA kembali ke media sosial untuk berkongsi hadiah istimewa bersama peminat Pada Julai 2020 Ji min meninggalkan AOA dan menunda semua aktiviti seni selepas bekas ahli AOA iaitu Kwon ...
Wanita Lebih Rela Menderita Kerana Utamakan Fesyen

Wanita Lebih Rela Menderita Kerana Utamakan Fesyen

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 206 hits
WASHINGTON Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati wanita adalah 12 kali lebih berkemungkinan menderita kerana mementingkan fesyen berbanding lelaki lapor laman berita Mail Online semalam Penemuan itu diterbitkan menerusi jurnal Sex Roles...
Cosmoderm Baharu Glow C Set Dengan Empat Langkah Menjadikan Kulit Wajah Lebih Cerah Anjal Dan Gebu

Cosmoderm Baharu Glow C Set Dengan Empat Langkah Menjadikan Kulit Wajah Lebih Cerah Anjal Dan Gebu

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Malam Hai Pembaca Semua Cosmoderm baru melancarkan produk terbaharu iaitu rangkaian Vitamin C iaitu Glow C Set Teruja untuk mencubanya Banyak yang menarik This is a content summary only Visit my website for full ...
Agnez Mo Gunakan Amplop Putih Biasa Sebagai Dompet Biar Lebih Praktis

Agnez Mo Gunakan Amplop Putih Biasa Sebagai Dompet Biar Lebih Praktis

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 222 hits
Amplop putih kayak gitu memang lebih gampang buat dimasukin ke dalam tas Nggak makan banyak tempat praktis banget
Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

Redakan Sakit Tangan Anak Ekzema Dengan Balutan Ini Hasilnya Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 207 hits
Sebut sahaja ekzema pasti ibu yang pernah mengalami anak anak dengan masalah ekzema mengakui akan kepayahannya Semuanya terpaksa diambil kira bukan hanya pemakanan sahaja bahkan aspek lain pemakaian fabrik dan sebagainya perlu diambil kira ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl