Pm Muhyiddin Wajar Letakkan Jawatan Gagal Jaga Kepentingan Kesejahteraan Orang Asli


CAMERON HIGHLANDS - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan dan kesejahteraan masyarakat orang asli di negara ini.
Menurutnya, ia disebabkan pelbagai faktor kegagalan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin setakat ini temasuklah gagal menjaga kepentingan dan kesejahteraan masyarakat orang asli Semenanjung Malaysia sebagaimana termaktub dalam perkara 8(5)c Perlembagaan Persekutuan Malaysia secara keseluruhanya.
"Ini jelas kita lihat melalui dasar-dasar kerajaan PN iaitu tiada pelan pembangunan strategik dan hala tuju bagi membangunkan golongan ini.
"Ia membabitkan bagi menyelesaikan masalah pendidikan, infrastruktur asas (jalan kampung, air bersih, elektrik, sekolah, klinik kesihatan dan lain-lain), ekonomi, pembangunan tenaga manusia, penyelesaian isu sosial dan tanah orang asli baik jangka pendek, lima tahun kehadapan atau jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.
Ramli berkata, kerajaan juga tidak melaksanakan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pembangunan Ekonomi Orang Asli (PKPEOA) sebagaimana model Majlis Amanah Rakyat (Mara) khusus untuk membangunkan ekonomi masyarakat orang asli walaupun bersetuju pada dasarnya semasa ketetapan Konvensyen Majlis Perundingan Melayu (MPM) oleh Perdana Menteri pada 1 Oktober 2020.
Tambahnya, perkara itu juga turut dipersetujui oleh Menteri Ekonomi dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di peringkat Kementerian (JPM).
"Ini jelas berlaku apabila pada mesyuarat penyelarasan pelaksanaan peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebagai pemegang taruh pelaksana dasar berkaitan masyarakat orang asli, pegawai-pegawai kerajaan kementerian secara jelas menolak cadangan penubuhan tersebut dengan alasan ia akan menambah beban kewangan dan perjawatan kerajaan serta tidak wajar walaupun telah dipersetujui oleh PM, Menteri dan EPU.
"Persoalan timbul adakah PM, Menteri atau 'Little Napolean' yang akan menentu dasar pembangunan masyarakat orang asli Malaysia?" soalnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan juga gagal melantik Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam kalangan masyarakat orang asli Semenanjung walaupun dasar tersebut telah dipersetujui dan jawatan itu dibiar kosong melebihi enam bulan oleh sebab pengaruh 'little napoleon'.
"Selain itu, tiada representasi (wakil) masyarakat ini dalam kabinet yang tidak melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat orang asli.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan terhadap masyarakat orang asli Semenanjung adalah lebih baik semasa zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN)/ UMNO berbanding pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan PN yang sekadar memberi janji manis kepada masyarakat orang asli.
"Justeru, saya sebagai Ahli Parlimen orang asli tunggal, selepas 64 tahun negara merdeka menyarankan dan meminta masyarakat orang asli Semenanjung Malaysia agar memilih kembali BN/ UMNO pada pilihan raya umum akan datang kerana telah terbukti ia adalah pilihan terbaik.
Ujarnya, ia dapat dilihat PH dan PN hanya memberi lebih tumpuan dalam memperkukuhkan kesinambungan kedudukan politik dan kepentingan mereka daripada menjaga kepentingan dan kesejahteraan masyarakat orang asli sebagaimana termaktub dalam perkara 8(5)C Perlembagaan Malaysia.#sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-wajar-letak-jawatan-gagal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 498 hits
Kita hargai Muhyiddin tidak CAMPURTANGAN untuk kes Najib dan Zahid Apakah Muhyiddin langsung tidak CAMPURTANGAN utk kes lain Muhyiddin tidak pernah mengadakan sidang akhbar dua hala mahupun melalui Maya sedangkan era PH Tun saban minggu bua...
Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

Hiburan Menangis Hiba Di Ig Mila Jirin Sedih Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 418 hits
Penyanyi dan juga usahawan Mila Jirin meluahkan rasa sedih mendengarkan berita bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan daripada menjadi pucuk pimpinan negara Malaysia ARTIKEL BERKAITAN nAdvertisementPerkara ters...
Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Dah Letak Jawatan

Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Dah Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 271 hits
August 2 2021 Seorang pemimpin Umno harini memuat naik satu hantaran di laman sosialnya di facebook mengenai status terkini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Dalam status tersebut Rafi Awang Kechik yang juga antara blogger terkenal Umno menu...
Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 353 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Perdana menteri yang dilantik daripada kerajaan sedia ada sekiranya penyandangnya Muhyiddin Yassin berundur hari ini adalah resepi kepada Kerajaan Gagal 2 0 kata seorang penganalisis politik Oh Ei Sun dari Insti...
Terkini Menteri Pn Kata Muhyiddin Tidak Akan Letak Jawatan

Terkini Menteri Pn Kata Muhyiddin Tidak Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 266 hits
August 12 2021 Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menolak spekulasi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat Saya tidak dengar spekulasi itu katanya Menurutn...
Tidak Wajar Paksa Perdana Menteri Letak Jawatan

Tidak Wajar Paksa Perdana Menteri Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 594 hits
Tindakan pemimpin UMNO memaksa Perdana Menteri meletak jawatan pada ketika ini adalah tidak wajar memandangkan hanya usul undi percaya di persidangan Parlimen sahaja akan diambil kira Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri ...
Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 290 hits
By August 14 2021 MOHD REDZUAN MD YUSOFTiada mesyuarat khas kabinet diadakanBERITA yang mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani surat peletakan jawatan Perdana Menteri yang tular sejak tengah hari Sabtu juga...
4 Parti Tolak Tawaran Muhyiddin Desak Pm Letak Jawatan

4 Parti Tolak Tawaran Muhyiddin Desak Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 301 hits
August 13 2021 9 23 PMPETALING JAYA Warisan Parti Sarawak Bersatu UPKO dan MUDA menolak tawaran kerjasama rentas kepartian daripada Muhyiddin Yassin Katanya sejak tahun lalu parti pembangkang menyuarakan cadangan untuk menstabilkan kerajaan...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master