Pm Letak Jawatan Rentetan Peristiwa Setakat Ini



Dalam pada itu, barisan pimpinan tertinggi PKR turut dijangka akan mengadakan sidang petang ini bagi menjelaskan keadaan terkini parti komponen PH itu. - Gambar fail
Peletakan jawatan Tun M: Apa yang anda perlu tahu setakat ini'

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir hari ini mengesahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, selain mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu Pribumi (BERSATU).

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar jam 1.20 tengah hari Isnin.

Ini kemuncak kepada kemelut politik yang sudah bermula sejak Ahad. Spekulasi mula menular terutamanya apabila berita berhubung mesyuarat lima parti termasuk PKR, UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan BERSATU berlangsung di ibu negara pada Ahad.

Namun, peletakan jawatan secara mengejut berkenaan masih menjadi tanda tanya dalam kalangan pemerhati olitik di negara ini.
Berikutan beberapa perkara yang anda perlu tahu setakat ini:

Anwar rayu Dr Mahathir tidak lepas jawatan

5.30 petang: Anwar memaklumkan telah merayu kepada Dr Mahathir supaya tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian sebaik meninggalkan Istana Negara, sebentar tadi. 

Agong belanja media makan KFC!

5.00 petang: Kepenatan pengamal media terubat selepas Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi berkenan menjamu wartawan dan jurukamera yang bertugas di hadapan Istana Negara dengan ayam goreng KFC. 

Astro AWANI✔@501AwaniPresiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. #ICYMI#AWANInews#AWANIterkini#Malaysia20202175:08 PM - Feb 24, 2020Twitter Ads info and privacy165 people are talking about this
4.45 petang: Dr Mahathir dilaporkan tiba di Istana Negara sebentar tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

DAP syor Dr Mahathir kekal Perdana Menteri

4.40 petang: DAP memaklumkan akan mengesyorkan agar Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri, demikian kata Lim Guan Eng.

Syor berkenaan akan dicadangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH yang dijangka diadakan malam ini.

DAP kutuk perbuatan khianat

4.30 petang: DAP dalam sidang media sebentar tadi mengutuk perbuatan khianat beberapa pemimpin parti yang cuba untuk mewujudkan kerajaan baharu melalui pintu belakang. 

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, parti baharu yang dicadangkan bagi menggantikan PH dikenali sebagai Perikatan Nasional - gabungan parti UMNO, MCA, MIC, Bersatu dan segelintir pemimpin yang dipecat dari PKR. 

"Manipulasi  politik ini telah menjejaskan usaha kerajaan untuk menangani isu ekonomi dan kos sara hidup, bukan sahaja rakyat biasa, tetapi juga perniagaan," demikian katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng mendakwa keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana bekas Pengerusi Bersatu itu tidak sanggup untuk bekerjasama dengan UMNO.

Perkara itu dakwa Guan Eng telah dimaklumkan oleh Dr Mahathir ketika beliau membuat pertemuan di rumahnya, pagi tadi. 

"Tun Dr M (Mahathir) telah menyatakan dengan jelas tidak boleh bekerjasama dengan UMNO apabila secara bertungkus-lumus menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum pada 2018," katanya. 

Bersatu adakan mesyuarat tergempar

4.15 petang: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu malam ini.

Dr Mahathir menghadap Agong

4.00 petang: Dr Mahathir dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 5 petang ini.

Pertemuan ini dipercayai akan berlangsung selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Anwar menghadap Agong

3.30 petang: Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira 40 minit.

Sebelum itu, beliau dilaporkan tiba di Istana Negara sekitar pukul 2.30 petang. 

Sidang media PKR

3 petang: Dalam pada itu, barisan pimpinan tertinggi PKR turut dijangka akan mengadakan sidang pada petang ini bagi menjelaskan keadaan terkini parti komponen PH itu.

Setakat ini, difahamkan PH terbubar selepas BERSATU mengumumkan keluar PH.

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dipecat

2.30 petang: Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dipecat sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Tun Dr Mahathir letak jawatan

1.20 tengah hari: Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Bersatu keluar PH

1 tengah hari: Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Lihat Sebelum Ini..Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/pm-letak-jawatan-rentetan-peristiwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 431 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Loading Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini demikian menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu di sini Ke...
Petisyen Desak Ag Letak Jawatan Cecah 39 900 Tandatangan

Petisyen Desak Ag Letak Jawatan Cecah 39 900 Tandatangan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 385 hits
Tommy cabul sistem perundangan kerana tunduk kepada agenda politikBANGI Hampir 40 000 orang telah menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bagi mendesak Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan Setakat jam 11 pagi...
Mahathir Dilantik Semula Mahathir Letak Jawatan Geng Azmin Bersatu Keluar Ph

Mahathir Dilantik Semula Mahathir Letak Jawatan Geng Azmin Bersatu Keluar Ph

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 491 hits
Apabila PM Dr Mahathir letak jawatan maka seluruh kabinet juga hilang jawatan Kini hak YDP Agong memlih Perdana Menteri baharu berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen Jika Dr Mahathir ada sokongan majoriti beliau boleh dilantik semula s...
Dap Amanah Mati Kutu Konco Anwar Bisu Ini Kesan Bila Mahathir Letak Jawatan

Dap Amanah Mati Kutu Konco Anwar Bisu Ini Kesan Bila Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 383 hits
Majlis presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dengan DAP berikrar untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad semula untuk terus menjadi perdana menteri Dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuar...
Selepas Dr M Serah Surat Letak Jawatan Bekas Hakim Jelas Apa Bakal Menyusul

Selepas Dr M Serah Surat Letak Jawatan Bekas Hakim Jelas Apa Bakal Menyusul

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 357 hits
February 24 2020 4 00 PMDr Mahathir Mohamad bersama ahli Kabinet KUALA LUMPUR Agong harus melantik seorang perdana menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat seperti yang ditetapkan Perlembagaan kata hakim bersara Gopal Sri Ram hari ini beber...
Tun Mahathir Letak Jawatan Kerana Tak Mahu Bekerjasama Dengan Umno Lim Guan Eng

Tun Mahathir Letak Jawatan Kerana Tak Mahu Bekerjasama Dengan Umno Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 649 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana tidak mahu kerjasama dengan UMNO kata Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Menerusi sidang media khas DAP yang disiarkan secara langsung beliau berkata D...
Mahathir Letak Jawatan

Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 585 hits
TANPA GPS DAN WARISAN MAKA KERAJAAN PINTU BELAKANG TAK JADI MEREKA HADIR SEMALAM TAPI TIDAK MASUK DALAM PERKONGSIAN
Marah Ppbm Mahu Keluar Ph Punca Tun M Letak Jawatan Pm

Marah Ppbm Mahu Keluar Ph Punca Tun M Letak Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 449 hits
BORHAN AHMAD Tun Mahathir kecewa apabila beliau dipaksa menerima keputusan agar PPBM keluar dari PH kata sumber Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah kerana kesal dengan sikap...
Tun M Letak Jawatan Azmin Zuraida Dipecat

Tun M Letak Jawatan Azmin Zuraida Dipecat

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 457 hits
SAH Tun M Letak Jawatan DR MAHATHIR Mohamad telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Yang DiPertuan Agong hari ini beberapa jam selepas spekulasi hujung minggu bahawa kerajaan baru akan menggantikan Pakata...
222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Workers At Glove Mould Producer Back At Work After Successful Talks

Hanya Gambar Berbicara

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing