Pm Ke 11 Harapan Nazri Sama Macam Harapan Kerajaan Kata Zahid


malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Feb 26, 2025 2:24 PM
Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri untuk penggal kedua dilihat berada dalam keadaan 'selamat' apabila Umno berpandangan Ahli Parlimen Tambun itu perlu kekal menerajui negara selepas PRU ke-16 nanti.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenyataan dibuat bekas duta Malaysia ke AS, Nazri Aziz, pada Ahad lalu berkaitan perkara itu adalah selaras dengan harapan semua pihak dalam kerajaan.

"Itu adalah harapan beliau (Nazri) dan kita dalam kerajaan Madani," katanya ringkas ketika diminta mengulas kenyataan Nazri.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra di Tanjung Seratus, dekat Rompin, Pahang, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dan Pengerusi Felcra, Ahmad Jazlan Yaakub.

Dalam temu bual bersama Malaysiakini pada 23 Feb lalu, Nazri yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas selama enam penggal memberitahu, fokus utama kerajaan ketika ini sepatutnya ialah memberi sokongan kepada Anwar dan memastikan dia kekal sebagai perdana menteri untuk penggal akan datang.

Nazri yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sokongan terhadap Anwar dibuat kerana dia bimbang apabila tiada calon lain yang berpotensi memegang jawatan perdana menteri termasuk daripada Umno.

Semua dapat peluang

Bagaimanapun pemimpin PAS berpendapat Malaysia wajar ditadbir oleh sebuah kerajaan yang diketuai teknokrat dan usaha mencari calon sebegitu adalah mudah.

Ahli Parlimen Bachok yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman, berkata Anwar meletakkan piawaian yang rendah apabila menjadi perdana menteri ke-10, justeru tidak sukar untuk mencari seorang tokoh lain yang dapat mengatasi kewibawaan Pengerusi PH berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid ketika ditanya mengenai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning memaklumkan, perkara itu perlu dibincangkan bersama Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan MB (menteri besar) Perak dan juga jawatankuasa perhubungan negeri serta kepimpinan (Umno) Tapah untuk mengenal pasti calon berkenaan," ujarnya.

Untuk rekod, DUN Ayer Kuning adalah satu daripada dua kerusi yang berada dalam kawasan parlimen Tapah. Satu lagi kerusi itu ialah Chenderiang. Kedua-duanya dimenangi BN dalam pilihan raya lalu.

Ditanya sama ada Umno akan memberi laluan kepada calon Pemuda untuk bertanding di situ, Ahmad Zahid menjelaskan pihaknya sedia memberi peluang kepada semua kumpulan - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Katanya semua nama yang berpotensi menjadi calon akan disenarai pendek sebelum diteliti untuk keputusan akhir agar ciri "wali" dapat dipenuhi.

Wali dimaksudkan Ahmad Zahid itu merujuk kepada kriteria boleh menang (winnability), boleh diterima (acceptability) dan disenangi (likeability).

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Akmal Salleh, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melobi agar wakil mereka dipilih untuk bertanding di Ayer Kuning.

Kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pm-ke-11-harapan-nazri-sama-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Peluang Nanti Nanti Buat Lagi Hangpa Bodow Macam Dia Dok Kata Mana Ada Depa Sedar Bab Macam Ni Mainan Naratif

Bagi Peluang Nanti Nanti Buat Lagi Hangpa Bodow Macam Dia Dok Kata Mana Ada Depa Sedar Bab Macam Ni Mainan Naratif

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 147 hits
Pak Ya SiamHari ini telah dibuat penghakiman persetujuan berkenaan saman YAB Dato Seri Amirudin bin Shari berkaitan satu ceramah saya di Kedah untuk diselesaikan di luar mahkamah
Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

Kerajaan Akan Pinda Akta Perhimpunan Aman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 113 hits
freemalaysiatoday com 13 Feb 2025 10 30 AMPerdana menteri berkata keperluan mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta itu akan dikeluarkan Antara pindaan adalah mengeluarkan Seksyen 11 dalam...
Gagal Bawa Pembahruan Di Machang Macam Pmx Kata

Gagal Bawa Pembahruan Di Machang Macam Pmx Kata

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 170 hits
Fayhsal Fayhsal Itu la Dalam hidup ni semua benda Gula bagus untuk tubuh Tapi kalau kita boleh kena Begitulah juga dengan dan sebagainya Kalau terlebih akan ada kesan tak elok Fayhsal ni dalam parlimen ni Dah la suara tu tak sedap fakta pun...
Akmal Pemuda Umno Bukan Penjilat Macam Nazri

Akmal Pemuda Umno Bukan Penjilat Macam Nazri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 196 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 23 2025 6 21 PMKetua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh membalas kenyataan bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz dengan menegaskan sayap parti itu bukanlah golongan pengampu Kami Pemuda bukan penji...
Biar Dia Meroyan Seorang Kata Nazri Aziz Kepada Seseorang

Biar Dia Meroyan Seorang Kata Nazri Aziz Kepada Seseorang

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 170 hits
Bekas Ahli MKT Umno Nazri Aziz menganggap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan dan penting dalam politik Menurut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu kerajaan seharusnya terus bergerak ke hadapan dan tidak me...
Silap La Amir Dia Kata Tak Bersalah Kenapa Dimaafkan Pmx Jangan Maafkan Sanusi Ni

Silap La Amir Dia Kata Tak Bersalah Kenapa Dimaafkan Pmx Jangan Maafkan Sanusi Ni

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 153 hits
Tonton bagaimana putar belit Sanusi dalam mengulas isu pengampunan orang lain terutamanya PMX Anwar Ibrahim Ikhlaskah MB Sanusi dalam memohon pengampunan Sultan dan juga permohonan maaf MB Amiruddin Shaari PMX Jangan sesekali maafkan Sanusi...
Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025

Teguran Terbuka Wan Fayhsal Bongkar Retak Dalam Bersatu

Cara Buat Sos Carbonara Homemade Sekali Masak Dapat Sekuali Mudah Jimat

Beli Putu Bambu World Di Senawang

Drama Hospital Loveline


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Street Fighter Alpha 2

Influencer Dan Bad Marketing

Aku Cerita Ku Dan Kenangan Ku

Sejarah Dan Lelaki Disebali Qr Code Yang Mengubah Instrumen Kewangan Dunia

Tak Tahu Nak Buat Apa

Satisfy Your Curiosity What S Really Inside Nuud S Libido Enhancer Gummies