Pm Kata Kabinetnya Bersih Adakah Kes Rasuah Skala Besar Akan Digugurkan


agendaily.com17/07/2023
Syed Saddiq melahirkan keraguan terhadap kenyataan Anwar yang menegaskan Kabinetnya bersih tidak terpalit rasuah.
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada menteri dalam Kabinetnya terpalit rasuah seolah-olah memberi isyarat kes membabitkan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan digugurkan.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kenyataan itu memberi persepsi salah terutamanya ketika Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di bawah kuasanya.

“Malah perdana menteri ini juga melantik Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM yang secara tidak langsung menampakkan ia mengawal selia badan berkenaan seterusnya dapat memastikan kes yang sedang berjalan boleh digugurkan.

“Sebagai Presiden MUDA saya tak lihat kenyataan itu sebagai satu perkara yang kecil bahkan banyak rakyat adukan, adakah selepas pilihan raya negeri (PRN) ini kes rasuah skala besar akan digugurkan?

“Bahkan keraguan itu memuncak apabila Anwar di khalayak umum Pulau Pinang, memaklumkan SPRM sahkan bahawa tiada mana-mana menterinya terpalit skandal rasuah,” katanya kepada pemberita sebelum mengumumkan nama calon MUDA sesi kedua bagi PRN di enam negeri, lapor BH, hari ini.

Sebelum ini, Anwar ketika Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang memaklumkan menteri yang dilantik di bawah kerajaan perpaduan kekal bersih dan bebas daripada rasuah.

Katanya, sejak lapan bulan menerajui kerajaan beliau turut mengarahkan SPRM untuk memeriksa semua menteri dan tiada satu pun ada kes rasuah membabitkan Kabinetnya.

Pada 10 April lalu, media melaporkan Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO selesai membela diri terhadap 47 pertuduhan membabitkan 12 kes pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya pada Ogos tahun lalu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid dilapor mengemukakan representasi kepada Peguam Negara dengan menyertakan fakta dan bukti baharu bagi menggugurkan 47 tuduhan kes yang dihadapinya itu.

Sementara itu, Syed Saddiq mengakui beliau juga menjadi salah seorang individu yang mempunyai kes mahkamah namun tidak sekali pun cuba menangguhkannya atau merayu kepada kerajaan supaya menggugurkan kes terbabit.

“Saya tidak gunakan mereka untuk mempengaruhi kes sebab bagi saya berani kerana benar dan tidak takut dengan sistem keadilan sedia ada. Prinsip MUDA jelas untuk mempertahankan perundangan di negara ini,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/pm-kata-kabinetnya-bersih-adakah-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hancur Ranap Imej Pas Kerana Banyak Kes Rasuah

Hancur Ranap Imej Pas Kerana Banyak Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 275 hits
Sambil Parti PAS cuba pamirkan diri sebagai Parti Suci berteras Islam tiba tiba muncul banyak kes rasuah membabitkan PAS secara tidak langsung dan individu PAS secara langsung Satu persatu kes rasuah PAS muncul Ada kes rasuah yang sudah dip...
Kes Dea Maisarah Pihak Berkuasa Sedang Siasat Kata Zaliha

Kes Dea Maisarah Pihak Berkuasa Sedang Siasat Kata Zaliha

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 286 hits
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memohon agar semua pihak menghormati privasi keluarga Dea Maisarah Bada susulan kematiannya PETALING JAYA Kematian seorang kanak kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan...
Hamzah Dakwa Zahid Setuju Sokong Anwar Untuk Selesaikan Kes Rasuah

Hamzah Dakwa Zahid Setuju Sokong Anwar Untuk Selesaikan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 287 hits
Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mendakwa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi setuju untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas PRU lalu dengan syarat kes rasuah terhadapnya diselesaikan Hamzah yang juga ketua pembangkang ...
Terbongkar Rm13 Juta Salah Guna Kuasa Dan Rasuah Apa Kata Ds Saifuddin

Terbongkar Rm13 Juta Salah Guna Kuasa Dan Rasuah Apa Kata Ds Saifuddin

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 438 hits
SATU LAGI PENCERAHAN DAN PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DARI DS SAIFUDDIN ISU SALAH GUNA RASUAH DAN PENCURIAN NADIR BUMI DI KEDAH
Kes Ree Sprm Akan Panggil Sanusi Kata Azam

Kes Ree Sprm Akan Panggil Sanusi Kata Azam

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 315 hits
freemalaysiatoday com 20 Jul 2023Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya ketika ini sudah merakam keterangan 12 saksi berhubung kes tersebut Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata SPRM juga sedang mengesan beberapa individu dari...
Mustahil Tawan Kedah Selagi Tiada Reformasi Besar Dalam Umno Kata Penganalisis

Mustahil Tawan Kedah Selagi Tiada Reformasi Besar Dalam Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 260 hits
freemalaysiatoday com 05 Jul 2023 8 00amPeralihan undi akan berlaku jika ada reformasi besar dalam Umno bermula dengan Zahid Hamidi meletak jawatan presiden kata Azmil Tayeb Azmil Tayeb berkata pengundi Umno yang beralih kepada PN akan kemb...
Menteri Besar Pakatan Kekal Jika Menang Kata Anwar

Menteri Besar Pakatan Kekal Jika Menang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 261 hits
Menteri besar Pakatan kekal jika menang kata Anwar Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Jul 2023 12 18AM
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto