Pm Jepun Akhiri Lawatan Rasmi Ke Malaysia Berlepas Ke Indonesia


 
Pesawat khas membawa Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba bersama isteri Yoshiko Ishiba berlepas ke Jakarta, Indonesia selepas menamatkan lawatan rasminya ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Bernama
SEPANG, 10 Jan – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berlepas ke Indonesia hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.
Ishiba, yang diiringi isterinya Yoshiko, diberikan sambutan hamparan permaidani merah serta tabik hormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Kapten Muhammad Iskandar Dzulkarnaen Doa@Hasan di Kompleks Bunga Raya di sini.
Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyampaikan album lawatan kepada Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba sebelum beliau menamatkan lawatan rasminya ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. Foto BernamaTerdahulu, Tengku Zafrul menyampaikan sebuah album khas yang mengandungi foto-foto lawatan Ishiba ke Malaysia.
Pesawat khas yang membawa Ishiba dan rombongannya berlepas dari Kompleks Bunga Raya di sini ke Jakarta, Indonesia pada jam 3.55 petang.
Terdahulu, Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang lebih menyeluruh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ishiba, membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan Tsukuba University dari Jepun di Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba hadir ke Majlis Makan Tengah Hari di Kompleks Seri Perdana hari ini. Turut sama, isteri kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Yoshiko Ishiba. Foto BernamaInisiatif pendidikan ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Jepun melalui kerjasama yang lebih erat dalam perdagangan, pelaburan, dan tenaga bersih.
Hubungan Malaysia dengan Jepun semakin kukuh, dengan peningkatan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Menyeluruh pada Disember 2023.
Jepun menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang membabitkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia sehingga Jun 2024.
Projek berkenaan membabitkan pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion), yang menyediakan peluang pekerjaan untuk kira-kira 344,996 orang.
Jepun juga adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan perdagangan keempat terbesar, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM156.75 billion (US$34.41 billion) pada 2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/pm-jepun-akhiri-lawatan-rasmi-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Lawrence Adakan Lawatan Rasmi Sempena Pemukiman Singapura Malaysia Esok

Pm Lawrence Adakan Lawatan Rasmi Sempena Pemukiman Singapura Malaysia Esok

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 274 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menerima lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan isterinya Loo Tze Lui sempena Pemukiman Pemimpin Singapura Malaysia ke 11 di Putrajaya ...
Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

Ishiba Pilih Malaysia Sebagai Negara Pertama Lawatan Rasmi Hubungan Dua Hala Terus Diperkukuhkan

papar berkaitan - pada 12/1/2025 - jumlah : 446 hits
Malaysia dipilih sebagai negara pertama dikunjungi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba selepas dilantik ke jawatan itu pada Oktober tahun lalu nbsp Lawatan rasmi Ishiba ke Malaysia bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua...
Kerjasama Hidrogen Malaysia Jepun Diharap Dipermudahkan Menjelang Mei

Kerjasama Hidrogen Malaysia Jepun Diharap Dipermudahkan Menjelang Mei

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 240 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa projek kerjasama dalam tenaga hidrogen bersih dan penyahkarbonan antara Sarawak Economic Development Corporation Energy Petroleum Sarawak Bhd dan konsortium dari Jepun dij...
Poco X7 Dan Poco X7 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Ini Spesifikasi Dan Harga

Poco X7 Dan Poco X7 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Ini Spesifikasi Dan Harga

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 675 hits
POCO telah melancarkan dua model terbaharu POCO X7 dan POCO X7 Pro yang direka khas untuk memberikan prestasi tinggi dan daya tahan yang lebih baik berbanding model terdahulu POCO X7 POCO X7 dikuasakan MediaTek Dimensity 7300 Ultra dengan t...
Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi

Lawatan Pm Anwar Ke Abu Dhabi Bukan Sekadar Perkukuh Hubungan Malaysia Uae Tetapi

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 424 hits
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi di Abu Dhabi National Exhibition Centre pada ...
Pertemuan Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Perkukuh Hubungan Malaysia Indonesia

Pertemuan Pm Anwar Presiden Prabowo Bincang Perkukuh Hubungan Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 407 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Indonesia Prabowo Subianto dalam majlis makan tengah hari di Rumah Tangsi Kuala Lumpur pada Khamis Foto BernamaKUALA LUMPUR 9 Jan Perbincangan tertutup empat mata antara Perdana Men...
Pm Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

Pm Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 451 hits
Majlis peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin Foto BernamaSEPANG 6 Jan Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026...
Villa Nabila Yang Berhantu Di Johor Bahru Membongkar Kebenaran Seram Di Sebalik Rumah Hantu Terkenal Malaysia

Villa Nabila Yang Berhantu Di Johor Bahru Membongkar Kebenaran Seram Di Sebalik Rumah Hantu Terkenal Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 458 hits
Villa Nabila sebuah rumah agam yang pernah terbengkalai di Malaysia telah berubah daripada rumah berhantu yang terkenal kepada tempat perlindungan haiwan Artikel ini meneroka Asal usul reputasi berhantu Villa Nabila Menyangkal mitos dan mem...
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 452 hits
MyBorderPass ialah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh TRIS CENTRE untuk memudahkan proses pelepasan imigresen di sempadan Malaysia terpilih Berikut adalah maklumat lanjut mengenai aplikasi ini Cara Menggunakan Aplikasi MyBorderPass M...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan