Pm Dijangka Ketengah Tema Dunia Adalah Keluarga Dalam Ucapan Unga
PM dijangka ketengah tema ‘Dunia adalah Keluarga’ dalam ucapan UNGA
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan berucap pada sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Sabtu (antara 11 malam hingga 1 pagi).
Ucapan sulungnya di UNGA itu akan disampaikan melalui rakaman video, bertemakan “Dunia adalah Keluarga” (the World is a Family) dan bagaimana “Keluarga Malaysia” akan bekerjasama dengan “keluarga dunia” untuk mengatasi dan pulih daripada pandemik Covid-19.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Perdana Menteri juga akan mengetengahkan mengenai diplomasi kesihatan yang merupakan satu daripada fokus utama kerangka dasar luar Malaysia.
“Perdana Menteri juga akan menyampaikan pendirian tegas negara terhadap isu-isu politik dan kemanusiaan termasuk isu Palestin dan Myanmar dan keprihatinan Malaysia terhadap perkembangan semasa di Afghanistan,” katanya pada satu taklimat berhubung penyertaan Perdana Menteri di UNGA, di sini, Jumaat.
Muhammad Shahrul Ikram berkata Perdana Menteri juga akan mengulangi pendirian, antara lain mengenai reformasi PBB, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Gencatan Senjata Global.
Perdana Menteri juga akan menyentuh mengenai hidup bersama secara aman untuk mengatasi cabaran ketidaksamaan, ketidakstabilan politik dan tadbir urus global, tambahnya.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan berucap mengenai Sidang Kemuncak Sistem Makanan PBB pada Jumaat (Khamis waktu tempatan) juga melalui rakaman video yang menggupas mengenai pentingnya sistem makanan untuk mencapai SDG 2030.
“Dalam ucapannya Perdana Menteri antara lain menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan perhatian akan diberikan kepada petani-petani kecil yang mewakili 75% pengeluaran makanan negara,” katanya.
Sementara itu, katanya Menteri Luar Saifuddin Abdullah akan mewakili Malaysia dan menyampaikan ucapannya di mesyuarat ‘High-Level Meeting to Commemorate and Promote the International Day for the Total Elimination of Nuclear Weapons’ pada 28 September melalui rakaman video.
“Di sini beliau akan mengulangi komitmen negara kita yang tidak berbelah bahagi terhadap pelucutan senjata nuklear dan akan terus bekerjasama erat dengan negara-negara lain untuk merealisasikan matlamat dunia yang bebas daripada ancaman senjata nuklear,” katanya.
Beliau berkata Malaysia juga menyeru negara anggota PBB meningkatkan tekad memperkuat kerjasama antarabangsa dan multilateralisme ke arah dunia yang aman, makmur serta mampan yang menyaksikan komuniti global hidup bersama aman dan damai.
Ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengetengahkan mengenai kerjasama keselamatan melibatkan United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia atau AUKUS, beliau berkata Saifuddin dijangka menyentuh mengenai pentingnya semua negara anggota PBB memperkukuh kerjasama untuk menstabilkan keselamatan global.
Muhammad Shahrul Ikram berkata, isu itu juga dibincangkan semasa Mesyuarat Menteri Luar ASEAN dengan AS pada malam Khamis. FMT
PM dijangka ketengah tema ‘Dunia adalah Keluarga’ dalam ucapan UNGA
Baca Artikel Menarik :
Pulau Pinang masih milik Kedah
Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU
Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut
The post PM dijangka ketengah tema ‘Dunia adalah Keluarga’ dalam ucapan UNGA appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/24/pm-dijangka-ketengah-tema-dunia-adalah-keluarga-dalam-ucapan-unga/