Pm Bimbang Kerjasama 3 Hala Dalam Aukus



BH ONLINE KUALA LUMPUR: Malaysia sekali mengulangi pendiriannya yang bimbang terhadap kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat atau AUKUS pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada sidang itu mengulangi pendirian bahawa perkembangan berkenaan boleh mendorong ke arah perlumbaan senjata dan mencetuskan ketegangan, mengakibatkan ketidakstabilan di rantau ini terutama di Laut China Selatan.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia menegaskan kepentingan mengekalkan rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear sejajar Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).
"Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal utuh. Isu berkaitan Laut China Selatan perlu diuruskan secara aman dan menerusi dialog serta rundingan, menggunakan forum bersesuaian dan saluran diplomatik," katanya.
Bagi memastikan ia kekal sebagai laut yang aman dan stabil, Ismail Sabri menekankan, semua pihak perlu membendung diri dan mengelak mengambil tindakan yang mungkin dianggap sebagai provokasi, yang merumitkan lagi keadaan serta meningkatkan ketegangan di kawasan ini.
Sebagai negara yang turut menuntut hak, beliau berkata, Malaysia secara tegas berpendirian perkara berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif, sejajar prinsip undang-undang antarabangsa yang diterima sejagat, termasuk Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.
Katanya, Malaysia kekal komited menggerakkan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan, yang disambung semula baru-baru ini menerusi persidangan secara maya.
"Kita terus berharap mendapat konklusi CoC awal yang efektif dan substantif," katanya.
Tiga hari selepas AUKUS diumumkan pada 15 September 2021, Malaysia menjadi antara negara paling awal di rantau ini menyuarakan kebimbangan terhadap perjanjian tiga hala itu kerana menganggap ia boleh mencetuskan perlumbaan senjata nuklear.
Ismail Sabri turut menyentuh isu keselamatan siber dengan menyatakan Malaysia mengalu-alukan sokongan negara peserta EAS ke arah Rangkaian Pusat Pertahanan Siber ASEAN.
Beliau berkata, rangkaian yang ditubuhkan menerusi Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN dengan Malaysia sebagai penyokong usul, akan menjadi platform bagi pakar siber berkongsi pengetahuan dan amalan baik dalam memupuk keyakinan dan kesiapsiagaan keselamatan siber.
Mengenai perubahan iklim, Ismail Sabri berkata, Malaysia akan terus memenuhi komitmen alam sekitarnya bagi mengurangkan intensiti karbon ekonomi berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar sehingga 45 peratus menjelang 2030.
"Malaysia berhasrat mencapai sasaran itu berdasarkan kemampuan sendiri. Malaysia turut komited menjadi negara sifar pencemaran rumah hijau secepat-cepatnya menjelang 2050 dan ini adalah pendirian kami pada COP-26 (Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-26).
Sidang EAS dihadiri 10 negara anggota ASEAN dan disertai Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Russia dan Amerika Syarikat serta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta Pertubuhkan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ia diadakan secara dalam talian sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula pada Selasa, dipengerusikan Brunei.– BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/pm-bimbang-kerjasama-3-hala-dalam-aukus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 318 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri Melaka sudah ditetapkan Katanya keputusan itu adalah muktama...
Hisham Gesa Bn Perlu Jalin Kerjasama Selari Di Peringkat Pusat

Hisham Gesa Bn Perlu Jalin Kerjasama Selari Di Peringkat Pusat

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 129 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Hishammuddin Hussein Foto Kredit Hishammuddin Hussein Kerjasama dan persefahaman politik di peringkat Persekutuan dan negeri perlu selari dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka ia secara tidak langsung memberi i...
Kerjasama Pru15 Muda Tunggu Keputusan Mahkamah Disember Ini

Kerjasama Pru15 Muda Tunggu Keputusan Mahkamah Disember Ini

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 164 hits
Parti Ikatan Demokratik Malaysia masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah atau mana mana parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 SUBSCRIBE now A
Mesyuarat Khas Mkt Umno Malam Ini Tanding Solo Atau Ada Kerjasama Parti Lain

Mesyuarat Khas Mkt Umno Malam Ini Tanding Solo Atau Ada Kerjasama Parti Lain

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 178 hits
Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO difahamkan akan diadakan pada malam ini Menurut sumber dalaman parti itu mesyuarat tersebut diadakan bagi membincang dan membuat keputusan sama ada UMNO akan bertanding bersendirian atau melak...
Prn Melaka Umno Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

Prn Melaka Umno Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 461 hits
UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana mana parti lain bagi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AW...
Noktah Tiada Kerjasama Kata Zahid Kepada Bersatu

Noktah Tiada Kerjasama Kata Zahid Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 186 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi UMNO telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan komponen Perikatan Nasional termasuk PAS dan Gerakan dalam mana mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri M...
Mengapa Ppbm Sukar Terima Pendirian Umno Tolak Kerjasama

Mengapa Ppbm Sukar Terima Pendirian Umno Tolak Kerjasama

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 164 hits
Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi ketegasan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah keputusan parti Presiden UMNO itu berkata ia merupakan keputusan akar umbi part...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 269 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa